Adalah diharapkan melalui kementerian ini, semua agensi dan badan bukan kerajaan yang terlibat dalam bidang keusahawanan dan koperasi boleh diletakkan di bawah kawal selia yang sama agar polisi dan dasar dapat dibuat secara lebih holistik dan terancang. Selain itu, kementerian perlu membangunkan dasar dan polisi yang jelas agar dapat melahirkan lebih ramai usahawan yang berjaya selain mengembangkan sektor IKS sedia ada. Kementerian juga perlu menyediakan ruang dan peluang untuk usahawan terutamanya usahawan muda untuk terus berjaya. Kita telah lihat beberapa
Pasaran terbuka telah mengubah landskap perniagaan dalam persekitaran industri dan perdagangan, sama ada di peringkat domestik, serantau ataupun global. Perubahan itu pula memerlukan individu atau usahawan yang mampu mengendali dan menguruskan perniagaan dengan cekap dan berpengetahuan selain berupaya dari semasa ke semasa mengubah ‘mind-set’ mereka, supaya selaras dengan tuntutan keadaan dan situasi semasa. Perubahan ‘mind-set’ ini, antara lain, perlu untuk membolehkan usahawan-usahawan bergerak balas
dengan segera dan tepat kepada setiap perubahan dalam pasaran. Mereka perlu mempunyai sikap dan minda terbuka kepada unsur-unsur baharu dalam dunia industri dan perdagangan, seperti teknologi komunikasi dan maklumat atau ICT, pembukaan pasaran dan proses globalisasi. Perubahan struktur dalam hubungan rantaian antara enterprise dengan syarikat- syarikat bergabung antara mereka, untuk kekuatan dan ketahanan serta meningkatkan daya saing. Dalam konteks ini, anjakan paradigma itu perlu dilakukan secara menyeluruh atau total. Selaras dengan itu, pengurusan koperasi seharusnya mengadaptasi ilmu keusahawanan sebagai persediaan mengubah landskap pemikiran keusahawanan. Antara perkara yang perlu diberi perhatian dan diketengahkan oleh pengurusan koperasi adalah seperti memastikan pembudayaan keusahawanan sosial koperasi kekal dan mempunyai daya saing yang tinggi. Dapat dibuat kesimpulan, dalam menjadikan gerakan koperasi sebagai budaya saing
“PENERAPAN ILMU BERKOPERASI DI PERINGKAT SEKOLAH HARUS DIPUPUK LEBIH AWAL DAN DITERUSKAN SELAIN MEMBUDAYAKAN NILAI- NILAI KEUSAHAWANAN DI PERINGKAT SEKOLAH DAN SETERUSNYA PENDIDIKAN TINGGI YANG TERLETAK DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI. KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN JUGA PERLU MEWUJUDKAN JARINGAN ANTARA USAHAWAN BAHARU DAN LAMA BAGI MEMBANTU MERANCAKKAN AKTIVITI KEUSAHAWANAN DI MALAYSIA MELALUI SISTEM PERMENTORAN”.
koperasi sekolah telah menunjukkan perolehan pendapatan yang melebihi RM500 ribu setahun seperti SMK Kota di Kota Bharu Kelantan dan SMK Seri Gombak di Kuala Lumpur. Penerapan ilmu berkoperasi di peringkat sekolah harus dipupuk lebih awal dan diteruskan selain membudayakan nilai-nilai keusahawanan di peringkat sekolah dan seterusnya pendidikan tinggi yang terletak di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi. Kementerian Pembangunan Usahawan juga perlu mewujudkan jaringan antara usahawan baharu dan lama bagi membantu merancakkan aktiviti keusahawanan di Malaysia melalui sistem permentoran. Kementerian juga perlu mengadakan saluran melalui sesi percambahan idea perniagaan. Selain itu, kementerian perlu memastikan agar semua usahawan baharu mempunyai pengetahuan yang cukup berkaitan pengurusan kewangan, operasi, pemasaran dan sumber manusia.
Strategi yang dicadangkan adalah mengikut kesesuaian tahap keusahawanan dalam koperasi iaitu menerapkan ciri-ciri keusahawanan dalam koperasi iaitu meningkatkan kemahiran pengurusan dan teknikal dalam kalangan Anggota Lembaga Koperasi (ALK), pengurusan dan pekerja.
dalam menyumbang ke arah usaha pembasmian kemiskinan, mewujudkan peluang perniagaan dan meningkatkan kualiti masyarakat, koperasi harus lebih serius dalam mengharungi dunia keusahawanan.
Mac 2019 PELANCAR
45
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease