Wadah PELANCAR Edisi Mac 2019

Oleh : ABDUL AZIZ MOHAMAD YUNUS Pengurus Pengurusan Risiko, Tadbir Urus dan Integriti ANGKASA

Komunikasi Dalaman Antara Penyumbang Kejayaan Koperasi

Dalam usaha koperasi menempuh era globalisasi masa kini di samping usaha mencapai Wawasan 2020 bagi mencapai taraf negara maju, kualiti dan kecemerlangan dari sudut budaya kerja positif perlu diutamakan.

Budaya kerja dalam sesebuah koperasi adalah perlu berdasarkan kepada suatu sistem nilai yang dipegang oleh setiap anggotanya. Ia ditentukan oleh sistem, prosedur dan struktur koperasi itu sendiri dan memerlukan komitmen terhadap kualiti, kesabaran dan kesungguhan. Pembentukan dan asuhan kualiti dalam kalangan pekerja koperasi juga memerlukan kepada pendedahan pelbagai peluang bagi pembangunan profesional setiap pekerja seperti skim latihan terancang khusus untuk pembentukan kemahiran kerja serta meningkatkan

pengetahuan berkaitan. Bagi mengekalkan usaha-usaha ini, ia perlu berlandaskan kepada matlamat jangka pendek dan jangka panjang yang menjurus kepada pembangunan pekerja dalam sesebuah koperasi. Ini perlu disertai dengan ganjaran bekerja dalam bentuk yang bersesuaian dari semasa ke semasa. Dalam budaya kerja, kepuasan bekerja dalam kalangan semua peringkat pekerja merupakan indikator penting bagi mengekalkan tahap emosi, mentaliti dan penerimaan matlamat yang akhirnya akan mewujudkan budaya kerja positif secara berterusan.

46 PELANCAR Mac 2019

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease