Oleh : AIZAL AZIZAN SAJARI
Cabaran Lumba Basikal Lendu Lasak Disember 2018 : Monsoon Challenge » Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah melepaskan permulaan pelumbaan basikal Penggerak Komuniti Koperasi Dalam Sektor Pelancongan
Cabaran Lumba Basikal Lendu Lasak Disember 2018 : Monsoon Challenge anjuran Koperasi Keluarga Hajah Che Men Melaka Berhad (KOCHEME) adalah pentas terbaik untuk menjadikan Taman Rekreasi D’Baruh Kampung Lendu Hilir, Alor Gajah sebagai penggerak komuniti koperasi dalam sektor pelancongan.
» Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan memberikan ucapan aluan.
Pengerusi KOCHEME, Hajah Junaidah Ibrahim berkata, ini merupakan kali kedua berturut-turut KOCHEME berjaya menganjurkan acara mountain bike dengan menghimpunkan seramai 773 peserta yang terdiri dari seluruh pelusuk negara dan luar negara seperti United Kingdom, Kanada, Perancis dan Singapura.
Menurutnya, penganjuran kali ini berjaya menunjukkan peningkatan ketara dari segi penyertaan. Aktiviti seperti ini telah pun menjadi acara tahunan kepada KOCHEME dan secara tidak langsung dapat medekatkan atau menggalakkan golongan muda untuk menyertai koperasi melalui aktiviti seperti ini.
48 PELANCAR Mac 2019 48 PELANCAR Mac 2019
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease