Wadah PELANCAR Edisi Mac 2019

» Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah (empat dari kanan) mendengar penerangan oleh Pengerusi KOCHEME, Hajah Junaidah Ibrahim.

» Presiden ANGKASA bergambar bersama peserta Lendu Lasak 2018 : Monsoon Challenge

» Pengerusi KOCHEME, Hajah Junaidah Ibrahim,menyampaikan trofi kepada Pemenang pertama Katergori Super Mama.

» Dr. Muhammad Md Nor menyampaikan trofi kepada pemenang Kategori Men Open.

» Pelumba dari Kanada Mike Davie (kiri) dan Leslie Dang Ngor dari Perancis turut menyertai kejohanan.

» Laluan track pelumba basikal Lendu Lasak 2018 : Monsoon Challenge.

Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan berkata, perkembangan aktiviti Sport Tourism dalam Negara amat mendadak dan makin popular. Cabaran Lumba Basikal Lendu Lasak 2018 : Monsoon Challenge yang dianjurkan oleh KOCHEME, kini menjadi salah satu daya tarikan dalam sektor pelancongan di negara kita. “Ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan dan secara tidak langsung telah membantu meningkatkan pendapatan negara dan koperasi serta dapat menarik lebih

ramai pelancong ke Melaka dan mempopularkan Taman Rekreasi D’Baroh, Kampung Lendu Hilir, Alor Gajah,” jelasnya. Sementara itu, Pengurus Besar Melaka Taming Sari Berhad, Dr. Muhammad Md Nor berkata, program berbasikal semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat di negara ini khususnya di negeri Melaka dan berterima kasih kepada pihak ANGKASA yang sentiasa menyokong aktiviti yang dianjurkan oleh koperasi.

49 Mac 2019 PELANCAR 49 PELANCAR

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease