Oleh : NOR FADHILAH MOHD Pusat Pembangunan Komuniti Maktab Koperasi Malaysia
KURSUS KHAS PERUNDANGAN KOPERASI UNTUK SUBSIDIARI ANGKASA
Keperluan dan peranan undang-undang dalam pengurusan organisasi tidak dapat dinafikan sama sekali. Undang-undang berkaitan pengurusan organisasi ini melibatkan banyak aspek antaranya pengurusan perniagaan, urus tadbir, pengurusan pekerja dan pengurusan konflik. Undang-undang ini harus diberi perhatian kerana dapat memberi manfaat secara khususnya kepada pengurus organisasi yang terlibat dan juga kakitangan secara amnya.
Justeru, pada 18-19 Disember 2018, Pusat Pembangunan Komuniti (PPK), Maktab Koperasi Malaysia (MKM) dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, ANGKASA telah menganjurkan Kursus Khas Koperasi Dari Perspektif Undang-Undang. Tujuan program ini adalah untuk menerang dan membincangkan isu undang-undang berkenaan tadbir urus koperasi. Program ini telah diadakan di Auditorium ANGKASA yang melibatkan seramai 36 orang daripada kakitangan MyANGKASA Holdings dan Koperasi Pembiayaan Syariah ANGKASA Berhad (KOPSYA). Perkongsian ilmu dan pengalaman ini telah disampaikan oleh Pengarah Pusat Pembangunan Komuniti, Encik Mohd Zaib Mat Yunus dan Pegawai Latihan dari MKM iaitu Encik Shamsul Khairi Abu Hassan, Puan Salwana Ali dan Encik Asha’ari Arshad. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang konsep dan falsafah koperasi di samping memberi kefahaman berkenaan peruntukan undang- undang koperasi. Selain itu, turut dikongsikan dalam program ini adalah kefahaman kepentingan
menguruskan koperasi mengikut kehendak undang-undang agar pentadbiran koperasi dapat diurus dengan berkesan. Melalui program ini juga, para peserta dapat meningkatkan ilmu dan pengetahuan dalam konteks perundangan koperasi serta meningkatkan kesedaran mengenai isu-isu semasa koperasi dalam menghadapi cabaran masa kini. Tadbir urus korporat yang cemerlang menyediakan pengaruh positif dan kesan bukan sahaja kepada kakitangan atau ahli-ahlinya tetapi juga kepada pemegang taruh amnya.
» MKM dengan kerjasama ANGKASA telah menganjurkan Kursus Khas Perundangan untuk Subsidiari ANGKASA pada Disember lalu.
Mac 2019 PELANCAR
61
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease