Wadah PELANCAR Edisi Mac 2019

segi pendapatan dan menjadi contoh kepada koperasi- koperasi lain yang ingin menceburi perniagaan Ar-Rahnu. Pihak SKM juga sentiasa memberi galakan serta khidmat nasihat kepada koperasi untuk meneroka bidang kewangan Islam seperti Ar-Rahnu dari semasa ke semasa,” katanya sewaktu Majlis Perasmian Ar-Rahnu KOPUTRA dan Pengiktirafan Sijil ISO 9001: 2015 di Wisma KOPUTRA, Seri Kembangan pada 19 Januari 2018. Turut hadir ialah Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Che Mohd Shukree Che Isa; Pengerusi KOPUTRA, Haji Zaharudin Alias; Ketua Bahagian Jualan dan Pembangunan Perniagaan SIRIM QAS International Sdn. Bhd., Puan Siti Shapura Mashood dan Ketua Pegawai Eksekutif Muhaimin Jewels & Gems Sdn. Bhd., Encik Amin Abu Muhammad. Menurut Puan Zuhaini Romli, selain kejayaan menubuhkan perkhidmatan » Ketua Penolong Pengarah (Pembangunan) SKM Wilayah Persekutuan, Puan Zuhaini Romli (dua dari kiri), Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Che Mohd Shukree Che Isa (tiga dari kanan), Pengerusi KOPUTRA, Haji Zaharudin Alias (tiga dari kiri), Ketua Bahagian Jualan dan Pembangunan Perniagaan SIRIM QAS International Sdn. Bhd., Puan Siti Shapura Mashood (kiri sekali) bergambar bersama Ketua Pegawai Eksekutif Muhaimin Jewels & Gems Sdn. Bhd., Encik Amin Abu Muhammad di kedai emasnya dalam Wisma KOPUTRA.

Sementara itu, Haji Zaharudin Alias dalam ucapan aluannya berkata, menyedari hakikat umat Islam yang inginkan produk patuh syariah, pihaknya komited untuk membantu anggota KOPUTRA dan masyarakat bagi mendapatkan bantuan kewangan menerusi pajak gadai Islam Ar-Rahnu yang merupakan produk terbaru pihaknya. Selain gadaian emas, perkhidmatan lain yang turut disediakan adalah seperti simpanan emas dan mencuci emas. Tambahnya, dalam usaha KOPUTRA untuk menjadikan perniagaan Ar-Rahnu KOPUTRA ini sebagai model contoh kepada koperasi lain, KOPUTRA menawarkan enam kelebihan kepada penyimpan iaitu 80 peratus pinjaman daripada nilai marhun bagi Goldbar dan Dinar KOPUTRA dan 70 peratus pinjaman daripada nilai marhun bagi barang kemas dan emas. » Ketua Penolong Pengarah (Pembangunan) SKM Wilayah Persekutuan, Puan Zuhaini Romli, Pengerusi KOPUTRA, Haji Zaharudin Alias dan Ketua Bahagian Jualan dan Pembangunan Perniagaan SIRIM QAS International Sdn. Bhd., Puan Siti Shapura Mashood bergambar di gerai jualan KPC Property Care Sdn. Bhd. yang mempromosikan produk sabun pencuci pakaian KOPUTRA.

Ar-Rahnu, KOPUTRA juga telah berjaya mendapat

pengiktirafan ISO 9001:2015 bagi skop pensijilan pemberian perkhidmatan sokongan kepada anak syarikat iaitu KPC Property Care Sdn. Bhd. bagi pengurusan perkhidmatan pembersihan, pengurusan fasiliti dan lanskap. Sebagai rekod, KOPUTRA adalah koperasi kedua di Malaysia yang menerima sijil pengiktirafan ISO 9001:2015 selepas ANGKASA.

» Ketua Penolong Pengarah (Pembangunan) SKM Wilayah Persekutuan, Puan Zuhaini Romli memotong reben sebagai simbolik perasmian Ar Rahnu KOPUTRA dan Pengiktirafan Sijil ISO 9001: 2015.

Mac 2019 PELANCAR

63

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease