Wadah PELANCAR Edisi Mac 2019

Oleh : SUZITA TUSIRIN Pengurus Koperasi Perbadanan Putrajaya Berhad

Membudayakan Infaq Dalam Organisasi Koperasi

Istilah infaq pada masa ini kian kerap didengar dalam kalangan masyarakat. Pendedahan kepada pengertian dan manfaatnya menjadikan masyarakat mulai sedar dan menjadikan infaq sebagai satu aktiviti membantu insan yang memerlukan selain daripada bersedekah dan juga zakat.

Infaq adalah suatu sumbangan atau pemberian harta selain zakat untuk kebaikan. Dana infaq ini digunakan untuk menampung keperluan sosial yang diberikan oleh seseorang yang berhajat untuk memberikan sebahagian hartanya untuk mendapat redha Allah dan tidak terikat kepada jumlah harta itu. Koperasi merupakan sesebuah organisasi yang mempunyai ramai keanggotaan dari pelbagai status. Ada yang berkemampuan dan ada yang mempunyai kemaslahatan dari segi kemampuan sosial dan kewangan. Rangkaian struktur organisasi inilah yang membuatkan koperasi menjana pendapatan dari penyertaan. Sumbangan dana anggotanya turut menitikberatkan kebajikan sebagai salah satu aktiviti koperasi. Menyentuh konteks infaq secara meluas dalam organisasi koperasi, selain daripada melaksanakan infaq yang popular masa ini seperti Infaq Back to School atau Infaq barangan harian kepada anggota koperasi atau komuniti setempat, koperasi pada masa ini boleh membudayakan infaq dari segi inovasi dan juga kreativiti daripada anggotanya untuk manfaat anggotanya kembali ataupun kepada komuniti setempat. Sebagai contoh, anggota sesebuah koperasi mempunyai profesion sebagai guru, doktor dan arkitek yang boleh menginfaq bidang kerjayanya untuk membantu koperasi, anggotanya dan masyarakat selain dari harta mereka. Dalam erti kata lain ia menjurus

kepada kerelaan mereka untuk menjadi sukarelawan bagi membangunkan sosioekonomi lebih-lebih lagi dalam kalangan yang memerlukan selain dari bentuk dana wang ringgit. Adalah diharapkan dimensi baharu berkaitan infaq ini yang bukan berbentuk wang ringgit semata-mata dapat dijadikan budaya berkoperasi dalam organisasi koperasi supaya manfaat infaq dapat membantu anggota koperasi sebagai keutamaan dan dapat dinikmati masyarakat setempat mana koperasi menjana pendapatan melalui aktivitinya di kawasan sekitar. Koperasi Perbadanan Putrajaya Berhad (PutraKop) mengambil peluang mengadakan Program Sumbangan Dana Infaq ‘Back To School’ sempena pembukaan sesi persekolahan tahun 2019. PutraKop telah menyalurkan sumbangan kepada beberapa sekolah yang terpilih di Putrajaya dan sekitarnya. Melalui program ini, PutraKop dapat membantu mengurangkan perbelanjaan persekolahan bagi keluarga yang kurang berkemampuan dan anak-anak yatim. Hasrat murni PutraKop selain menjana keuntungan, koperasi haruslah mengambil berat tentang kebajikan bukan sahaja kepada anggota koperasi, malahan kepada masyarakat dan penduduk setempat.

64 PELANCAR Mac 2019

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease