Modul Kejayaan Perniagaan Koperasi Perancangan Jangka Pendek dan Jangka Panjang Oleh : MOHD ZAKUAN AZMI
» Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan, YB Dato’ Wira Dr. Mohd Hatta Md. Ramli bersama Naib Presiden ANGKASA, Haji Mohamad Azmi Omaruddin merasmikan kilang air mineral Al-Ulum dan kilang roti Koperasi Al-Ulum Pantai Remis Berhad.
Persediaan awal melalui perancangan jangka pendek dan jangka panjang mampu menjadi modul perancangan terbaik dalam membina haluan yang positif bagi mencapai matlamat dalam sesebuah perniagaan tanpa menjejaskan perbelanjaan atau sesuatu pelaburan yang dibuat.
Integrasi antara aktiviti dan ilmu sekiranya dimanfaatkan dengan bijak, mampu jadikan persekitaran koperasi menjadi lebih harmoni dan lestari dalam memperjuangkan matlamat penubuhannya. Demikian menurut Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan, YB Dato’ Wira Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli ketika berucap merasmikan kilang pemprosesan air mineral jenama Al-Ulum dan kilang roti milik Koperasi Al-Ulum Pantai Remis Berhad pada 27 Januari lepas di Kampung Tebuk Yan 2, Pantai Remis, Perak. Katanya, perancangan lebih awal adalah sangat penting bagi mengelak berlakunya kesilapan yang boleh membawa kepada
kegagalan atau kerugian seiring dengan pepatah ‘sekiranya kita gagal merancang, kita sebenarnya merancang untuk gagal. Namun sekiranya program yang bermula dari peringkat dasar, menengah dan lanjutan dapat diuruskan dengan baik berasaskan kepada kebolehan dan dana yang dilaburkan, sudah pasti usaha yang dijalankan akan memberi kejayaan yang lebih cemerlang. Modal dan kepakaran juga perlu diseimbangkan supaya tidak berlakunya masalah kualiti dan kekuatan pasaran. Kajian pasaran juga perlu dibuat terlebih dahulu bagi memastikan pasaran mampu ditembusi . Produk yang dikeluarkan juga perlu diiktiraf kualitinya terlebih dahulu sebelum dipasarkan termasuk pengiktirafan yang lain seperti pensijilan halal, GMP dan HACCP.
6 PELANCAR Mac 2019
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease