Wadah PELANCAR Edisi Mac 2019

Kesediaan dan kesungguhan Pusat Tahfiz Al-Ulum untuk melaksanakan pelbagai agenda perniagaan melalui koperasi amat dikagumi dan boleh menjadi contoh yang baik bukan sahaja kepada anggota dan pelajarnya, malah kepada masyarakat setempat. Beliau juga turut memberi dorongan kepada para pelajar di pusat tahfiz berkenaan agar turut mempelajari ilmu keusahawanan selain aktif terlibat membantu koperasi dalam menjalankan aktiviti perniagaan koperasi. “Saya amat yakin sekiranya ilmu dan semangat itu sudah berada kuat dalam jiwa setiap pelajar, mereka (alumni) pasti akan kembali suatu masa nanti untuk menyumbangkan bakti dan tenaga bagi membantu memperkasakan lagi koperasi yang dinaungi.

» Meninjau mesin pengeluaran air mineral.

» Tetamu turut dibawa melawat ke pusat ternakan yang terdapat di dalam kawasan Kompleks Madrasah Darul Ulum Wal Qiroat.

“Apabila produknya baik, pasarannya baik dan penerimaannya baik maka koperasi juga akan dapat menumpang nama baik dan dihormati masyarakat,” ujarnya. Turut sama dalam majlis perasmian tersebut ialah Naib Presiden ANGKASA, Haji Mohamad Azmi Omaruddin; Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Cawangan Negeri Perak, Encik Azam Sulaiman; Pengurus Besar Bahagian Perkhidmatan Kredit dan Kewangan dan sektor Kewangan ANGKASA, Encik Mohamad Darulnizam Mat Darus; YDP Dewan Ekonomi Usahawan Malaysia, Dato’ Seri Khairul Khuzaini Zamsani dan Pengerusi Koperasi Al-Ulum Pantai Remis Berhad, Ustaz Maulana Jalaluddin Abdul Rahman Al-Hafiz.

» Melawat gerai pameran produk keluaran Koperasi Al-Ulum Pantai Remis Berhad.

Mac 2019 PELANCAR

7

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease