DARI MEJA PRESIDEN
SIDANG PENGARANG
Presiden Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah
Timbalan Presiden Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail
Naib Presiden Datuk Haji Mohamad Ali Hasan Haji Mohamad Azmi Omaruddin Dr. Mohd. Azlan Yahya Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa Panel Penasihat Editorial Dato’ Haji A. Aziz Deraman Dr. Aminudin Mansor (AMI MASRA) Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah
Salam Sejahtera
Secara umumnya, kebolehan dan kecekapan seseorang individu berkaitan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam sesebuah koperasi berkait rapat dengan tahap literasi yang dimiliki selain prasarana atau kelengkapan yang disediakan. Pemantapan ilmu berkaitan ICT dalam kalangan anggota mahupun warga kerja koperasi sentiasa diberi penekanan serius oleh ANGKASA, namun keupayaan mereka untuk mengimplimentasikan kelengkapan tersebut haruslah seiring dengan perkembangan terkini selain faham dengan selok-belok penggunaan ICT dari semasa ke semasa. Seiring dengan Dasar Koperasi Negara yang turut menggariskan strategi tentang kepentingan ICT dalam gerakan koperasi demi kemajuan dan kelestariannya, sudah pasti matlamat tersebut perlu dilaksanakan dengan lebih bersungguh-sungguh. Semua kelebihan dan kemudahan yang disediakan menerusi ICT itu sewajarnya dimanfaatkan atau dikuasai dengan sebaiknya oleh setiap warga koperasi yang terlibat bagi memastikan tahap upaya tadbir urus koperasi berjalan seiring dengan perkembangan sosioekonomi masa kini. Budaya niaga konvensional bukan sahaja boleh menjejaskan prestasi perniagaan koperasi, malah pelaksanaan yang dibuat tanpa mengikuti perkembangan semasa khususnya aspek ICT boleh menyebabkan peningkatan kos yang akhirnya membebankan koperasi itu sendiri dalam jangka panjang. Menerusi ICT juga, sesebuah koperasi kecil akan mampu membawa perniagaannya sehingga merentasi sempadan negara selain lebih kompetitif untuk berada sebaris dengan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh pesaing yang lain. Di samping itu juga, ICT mampu berperanan sebagai platform untuk mewujudkan rangkaian niaga sesama koperasi bagi mewujudkan skala perniagaan yang lebih tinggi dalam satu-satu masa. Tiada lagi istilah sukar untuk mendapatkan pelanggan atau pembeli kerana pendekatan promosi boleh disalurkan secara terus dan menjimatkan hanya melalui ICT. Semoga dengan adanya lebih ramai tenaga mahir ICT dalam gerakan koperasi, sektor koperasi akan mampu berkembang dan memberi pulangan yang sewajarnya kepada sosioekonomi anggota dan masyarakat.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Haji Nasir Khan Yahaya
Pengurus Besar Bahagian Sekretariat Halim Haji Ibrahim
Pengurus Mohd Zakuan Azmi
Penolong Pengarang Nor Azah Abd. Aziz Wan Adlina Wan Ab. Aziz
Pegawai Media Sosial Nadiah Kamarudin
Pereka Grafik Faizatulliza Mohd. Nor
Pemberita / Jurugambar Rahmat Mohd. Did Aizal Azizan Sajari Pruf Dan Rekaletak Haji Anuar Ismail Datin Hajah Fauziah Zainal
Disediakan Oleh Unit PELANCAR Bahagian Sekretariat E-mel: pelancar.angkasa@gmail.com
Dicetak Oleh Ultimate Print Sdn. Bhd.
Oktober 2018 PELANCAR
1
OKTOBER 2018
22 Reaksi Juara 24 Koperasi Sertai Sektor
Pertanian Berimpak Tinggi 26 Pertingkat Kemajuan Projek Tanaman Jagung Bijian Koperasi 27 Pelan Strategik Tanaman Jagung Bijian Oleh ANGKASA 28 Pelan Pembangunan Industri Jagung Bijian 30 ANGKASA Optimis Koperasi Mampu Jadi Pemain Utama Industri Tenusu 38 Pemimpin Berwibawa Kunci Kejayaan Koperasi 100 PRODUCT CHAMPION 32 Mesin Pembungkusan Baharu Bantu Tingkat Pengeluaran JPAN 34 Sarawak : Program Khidmat
36 Negeri Sembilan : Aktiviti
Koperasi Di Sabah Jadi Sumber Idea Dan Inspirasi
RENCANA 44 Koperasi Wanita : Cabaran Dan Hala Tuju KOPERASI 40 ANGKASA Harap 100 Peratus KOSISWA Di IPTA Menjelang 2020 42 Tumpu Kebajikan Anggota KOPERASI SEKOLAH 29 Terap Sifat Sayang Dan Hargai Koperasi
KETERANGAN GAMBAR KULIT Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah menyampaikan lafaz zakat sambil disaksikan oleh Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud. Foto Oleh : AIZAL AZIZAN SAJARI
ANGKASA 4
Majlis Penyerahan Zakat ANGKASA Negeri Sarawak 2017 Bersama Majukan Tanah Milik Koperasi
Masyarakat Koperasi Sekolah Di Taman Negara Niah (Gua Niah Sarawak)
6
8
Aplikasi Bantu Tingkat Keyakinan Pelanggan 10 Aplikasi ‘cALLme’ Bantu Teksi Raih Lebih Ramai Pelanggan 12 Bantu ANGKASA Perluas Skop CSR 13 CSR Merupakan DNA Kepada Koperasi 14 Jumlah Kutipan Zakat Koperasi Meningkat 16 Fahami Tadbir Urus Zakat Perniagaan Koperasi 17 Pelan Pascabayar MUKMIN50 Untuk Anggota Koperasi 18 ANGKASA Lahirkan Pemain Petanque Antarabanga 20 Senarai Pemenang Mengikut Kategori
8
2 PELANCAR Oktober 2018
33
COOPMALAYSIA UPDATE 59 Inter School Tourism Co-operative (ISTAC) Help Boost Malaysia’s Tourism Industry 61 SGGS Aims to Make Penang Top School Co-operative Destination 63 Number of School Co-op Running Tourism Program Around Malaysia
18
46
46 Perasmian Kiosk Koperasi SMK Kamil Pasir Puteh Berhad 48 HKS Bantu Tanam Minat Terhadap Keusahawanan Koperasi 50 Bimbing Pelajar Terhadap Pengurusan Koperasi IKON KOPERATOR MUDA 52 Galak Penyertaan Belia Dalam Gerakan Koperasi PENGANTARABANGSAAN KOPERASI 54 Potensi Pasaran Produk Halal Koperasi 56 ANGKASA Yakin Produk Halal Koperasi Berjaya Tembus Pasaran Antarabangsa 57 Luaskan Perniagaan Melalui Platform Digital Ke Peringkat ASEAN
53
Diterbitkan Oleh: Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) Wisma Ungku A. Aziz Jalan SS 6/1, Kelana Jaya
47301 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan.
Alamat Perhubungan: Wisma Ungku A. Aziz Jalan SS 6/1, Kelana Jaya
Peti Surat 8797, Pejabat Pos Kelana Jaya 46798 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Telefon: 03-7806 1977 Faks: 03-7806 1506 E-Mel: apex@angkasa.coop Laman Web: www.angkasa.coop
@ANGKASACoop
Oktoer 2018 PELANCAR
3
Majlis Penyerahan Zakat ANGKASA Negeri Sarawak 2017
Oleh : AIZAL AZIZAN SAJARI
Majlis penyerahan zakat perniagaan ANGKASA bagi negeri Sarawak tahun 2017 berjumlah RM84,128.75 telah berlangsung di Astana Negeri Sarawak, Petrajaya, Kuching pada 21 September lalu.
Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud menerima zakat tersebut mewakili Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) yang disampaikan oleh Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah. Majlis penyerahan zakat tersebut turut dihadiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Sarawak, Haji Usuf Haji Samah @ Abu Samah; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA,
» Dato’ Abdul Fattah menyampaikan lafaz zakat sambil disaksikan oleh TYT Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud. Turut sama menyaksikan ialah Pengerusi JPAN Sarawak, Haji Usuf Haji Samah @ Abu Samah (tiga dari kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya (dua dari kiri).
4 PELANCAR Oktober 2018
Haji Nasir Khan Yahaya; Yang di-Pertua Majlis Islam Sarawak, Datu Haji Misnu Haji Taha; Pengerusi Lembaga Baitulmal dan Wakaf, Datu Haji Putit Matzen; Pengurus Besar TBS, Datu Haji Abang Mohd Shibli Haji Abang Mohd Nailie; Timbalan Pengurus Besar TBS, Encik Bolhassan Iskandar Taibi dan Pengurus Besar Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Syariah ANGKASA, Haji Azhar Hamzah. Secara keseluruhannya, jumlah pengagihan zakat perniagaan tahun 2017 meningkat kepada RM2,032,477.56 berbanding RM1,833,092.28 yang dicatatkan pada tahun 2016.
» Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud turut meluangkan masa mengadakan perbincangan berkaitan gerakan koperasi di negeri Sarawak.
Agihan Zakat ANGKASA Bagi Tahun 2011 Sehingga 2017 Bagi Negeri Sarawak
Oktober 2018 PELANCAR
5
Bersama Majukan Tanah Milik Koperasi Kunjung Hormat ANGKASA Bersama Tuan Yang Terutama (TYT) Pulau Pinang
Oleh : MOHD ZAKUAN AZMI
Kunjung hormat ANGKASA bersama Tuan Yang Terutama (TYT), Tun Dato’ Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas, Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang telah berlangsung pada 21 September lalu di kediaman rasmi TYT di Seri Mutiara, Pulau Pinang.
Di samping mengutarakan fungsi dan peranan ANGKASA sebagai badan puncak gerakan koperasi di Malaysia, sesi kunjung hormat itu juga turut mengenengahkan hasrat ANGKASA untuk mendapatkan pandangan serta sokongan TYT berhubung rancangan pembangunan beberapa hartanah milik koperasi yang terdapat di Negeri Pulau Pinang.
Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail mengetuai delegasi kunjungan tersebut diiringi Penasihat Korporat ANGKASA (Sektor Koperasi), Datuk Haji Md. Yusof Haji Samsudin; Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Pulau Pinang, Haji Mohd Jamil Othman serta sembilan Ahli Jawatankuasa JPAN yang lain.
6 PELANCAR Oktober 2018
TYT pada dasarnya menyokong penuh usaha pembangunan tanah-tanah milik koperasi oleh ANGKASA dan beliau juga sedia untuk ‘turun padang’ ke lokasi terbabit bagi mendapatkan gambaran sebenar bersama pemilik tanah sekaligus memberi pandangan tentang apa yang boleh dijayakan secara bersama. Dato’ Haji Kamarudin juga turut menyatakan kesediaan ANGKASA untuk meluangkan masa bersama TYT bagi meninjau beberapa lokasi hartanah yang dimaksudkan dan sedia merangka beberapa pelan cadangan yang boleh dijayakan dan mampu memberi impak positif kepada kedua belah pihak. Dalam pertemuan tersebut, ANGKASA Negeri Pulau Pinang juga turut menyatakan hasrat untuk menjemput TYT bagi menjayakan majlis penyerahan zakat perniagaan ANGKASA Negeri Pulau Pinang yang akan dilangsungkan dalam masa terdekat. TYT menyambut baik hasrat tersebut dan sedia menerima zakat tersebut bagi pihak Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.
7 Oktober 2018 PELANCAR 7 PELANCAR
» Anthony Loke Siew Fook melekatkan Jalur Gemilang di salah sebuah teksi sebagai simbolik meraikan ulang tahun ke-61 kemerdekaan tanahair.
Aplikasi e-hailing ‘cALLme’ Aplikasi Bantu Tingkat
Keyakinan Pelanggan
Oleh : MOHD ZAKUAN AZMI
Usaha ANGKASA dalam membantu meningkatkan keupayaan operasi
perkhidmatan teksi di negara ini menerusi pembangunan aplikasi ‘cALLme’ wajar dipuji selaras dengan dasar kerajaan yang mahu menggalakkan
penggunaan teknologi baharu dalam industri tersebut di negara ini.
Anthony Loke Siew Fook Menteri Pengangkutan
8 PELANCAR Oktober 2018
khususnya terhadap para pemandu teksi yang berdaftar di negara ini. Beliau juga berharap agar pemandu teksi tidak ketinggalan dan bersedia untuk mempelajari, memahami sekaligus mampu mengadaptasikan penggunaan aplikasi cALLme selaras dengan arus perubahan semasa dan pendekatan baharu dalam mendapatkan khidmat pengangkutan awam berasaskan teknologi terkini. Anthony Loke berkata demikian kepada media selepas menyaksikan majlis pemeteraian perjanjian persefahaman (MoU) antara ANGKASA dan Pertubuhan Pemandu dan Pengusaha Teksi/Limosin dan Kereta Sewa Malaysia (PETEKMA) yang berlangsung di Kompleks Nasyrul Quran, Putrajaya, Ogos lepas. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya dan wakil-wakil PETEKMA dari seluruh negara.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, aplikasi cALLme berupaya merealisasikan pendekatan ‘menang- menang’ antara pemandu teksi dan pelanggan melalui sistem perkhidmatan pengangkutan awam yang lebih mudah, telus dan terjamin. Katanya, penggunaan aplikasi cALLme diharap dapat membantu meningkatkan mutu perkhidmatan teksi di negara ini di samping dapat meyakinkan pelanggan menerusi jaminan kadar tambang yang tepat dan dipersetujui lebih awal sebelum menggunakan perkhidmatan yang diminta. Menurut beliau, sudah tiba masanya bagi pemandu- pemandu teksi untuk mengubah pengurusan perkhidmatannya dengan menggunakan aplikasi mudah alih yang dilihat semakin popular dan sinonim dalam industri perkhidmatan pengangkutan darat bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia. Kerajaan akan sentiasa membantu meningkatkan mutu perkhidmatan teksi di negara ini menerusi agenda pembangunan yang dirangka selain beberapa kemudahan lain
Oktober 2018 PELANCAR
9
» Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menyaksikan majlis pemeteraian MoU antara ANGKASA dan PETEKMA yang diwakili oleh Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah dan Presiden PETEKMA, Mohd Syahrir Abdul Aziz. Turut sama menyaksikan ialah Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Mohd Shukree Che Isa.
Aplikasi ‘cALLme’ Raih Lebih Ramai Pelanggan Program pembangunan tempahan secara dalam talian berkonsepkan aplikasi e-hailing yang dibangunkan Bantu Teksi
oleh ANGKASA berupaya meningkatkan standard koperasi pemandu teksi sekaligus membantu pemandu teksi mendapatkan lebih ramai pelanggan secara lebih mudah dan menyeluruh.
Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah Presiden ANGKASA
Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah berkata, aplikasi yang dikenali sebagai ‘cALLme’ itu mula diperkenalkan oleh ANGKASA kepada pemandu-pemandu teksi di Johor Bahru yang bernaung di bawah koperasi. Melihat kepada pencapaian projek perintis tersebut yang berjalan dengan lancar dan berkesan serta berjaya mencapai matlamat seperti yang dihasratkan, ANGKASA yakin aplikasi tersebut boleh diperluas bagi digunapakai oleh pemandu- pemandu teksi yang lain di seluruh negara. Aplikasi berteknologi terkini itu telah dibangunkan oleh Bahagian Teknologi Maklumat ANGKASA dan menjadi sebahagian daripada pendekatan holistik memajukan sektor perkhidmatan perniagaan koperasi berteraskan pendekatan teknologi di bawah Sektor Pembangunan Teknologi dan Inovasi ANGKASA. Menerusinya, pelanggan yang ingin mendapatkan perkhidmatan teksi boleh membuat tempahan teksi secara terus menerusi telefon bimbit mereka dengan memuatnaik aplikasi ‘cALLme’. Situasi dan pendekatan perkhidmatan juga
akan mengalami perubahan apabila pelanggan tidak lagi perlu bersusah payah untuk menunggu teksi di tepi jalan seperti dahulu. Sebagai permulaan, aplikasi ‘cALLme’ akan digunakan oleh pemandu teksi di Lapangan terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sebelum dikembangkan kepada pemandu-pemandu teksi yang lain sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Dato’ Abdul Fattah yang juga merupakan Presiden ASEAN Co-operative Organisation (ACO) turut menyasarkan matlamat untuk mengembangkan penggunaan aplikasi ‘cALLme’ kepada pemandu-pemandu teksi di negara-negara ASEAN menerusi platform koperasi. Aplikasi canggih tersebut boleh diselaras dan dipertingkat oleh pihak ANGKASA mengikut kesesuaian budaya, tempat dan undang-undang yang berkaitan dengan sistem pengangkutan awam negara-negara terbabit. Jaringan strategik antara negara itu juga diharap mampu memberikan impak positif terhadap sektor koperasi teksi sekaligus dapat menjadi pemangkin kecemerlangan perkhidmatan teksi di negara-negara ASEAN.
10 PELANCAR Oktober 2018
Rebut Peluang Sertai ‘cALLme’ Koperasi teksi diseru agar
Selain mampu menjana peningkatan pendapatan bagi pengusaha teksi, sistem cALLme memberi peluang kepada pemandu teksi untuk mendapat penumpang sama ada semasa pulang daripada menghantar pelanggan ke sesebuah destinasi. Justeru, masa balik pemandu tidak akan terbazir begitu sahaja dan mereka tetap berpeluang untuk mendapatkan pelanggan. Kualiti perkhidmatannya juga turut diserikan dengan pemakaian pakaian seragam dalam kalangan pemandu teksi yang terlibat. Selain itu, cALLme juga turut menyediakan kemudahan cara pembayaran atas talian supaya pemandu berasa lebih selamat dan tidak perlu membawa wang tunai bersama dalam perjalanan yang berjarak jauh dan berisiko. Jaminan mendapat tuntutan insurans atas kemalangan yang berlaku juga merupakan antara kelebihan yang boleh diperoleh oleh pelanggan cALLme. hal tersebut mampu menarik minat dan membuatkan pelanggan merasa lebih yakin dengan perkhidmatan yang disediakan. Justeru, koperasi dan pengusaha teksi diseru agar menyambut ledakan teknologi dan permodenan itu dengan hati yang terbuka dan sama-sama menikmati kemudahan yang disediakan.
merebut peluang menggunapakai sistem e-hailing cALLme dalam perkhidmatan mereka bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan selain metaih lebih ramai pelanggan.
Sistem yang dibangunkan oleh ANGKASA dengan kerjasama PETEKMA itu merupakan dicipta oleh ANGKASA sendiri melalui Sektor Inovasi dan Pembangunan
Teknologi ANGKASA bagi mendepani arus pemodenan semasa perkhidmatan teksi di negara ini.
Haji Mohamad Azmi Omaruddin Naib Presiden ANGKASA
Oktober 2018 PELANCAR
11
Bantu ANGKASA Perluas Skop CSR Rakan Sukarelawan Coop Malaysia
Oleh : MOHD. ZAKUAN AZMI
Selaras dengan pertambahan bilangan anggota sukarelawan koperasi, ANGKASA yakin skop dan peranannya dapat diperluas menerusi kepelbagaian aktiviti khidmat sosial berkonsepkan tanggungjawab sosial koperasi (CSR) sekaligus memberi sumbangan lebih signifikan dalam perspektif gerakan koperasi.
Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah berkata, prinsip koperasi ketujuh yang lebih terarah kepada sikap mengambil berat dan sentiasa mendekati masyarakat menjadi sebahagian daripada tujuh prinsip koperasi yang perlu diperjuang dan diimplimentasikan dengan sebaik mungkin. Katanya, aktiviti yang dijalankan oleh koperasi pada masa kini tidak hanya tertumpu kepada pembangunan ekonomi sebenar (real economy) semata-mata. Perkembangan gerakan koperasi telah menjangkau ke satu tahap yang lebih tinggi menerusi kegiatan CSR yang berunsurkan khidmat kesukarelawan.
“Idea membentuk pasukan sukarelawan koperasi telah diilhamkan oleh mantan Presiden ANGKASA iaitu Allahyarham Dato’ Dr. Mohd Ali Baharum menerusi penubuhan Pasukan Sukarelawan Koperasi (PASKOP). Namun, menerusi pendekatan baharu yang dijalankan oleh Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA melalui kerjasama pelbagai entiti sukarelawan, ANGKASA yakin sumbangan yang bakal diberi itu akan dapat membantu meluaskan perkhidmatan CSR sekaligus membuktikan peranan koperasi sebagai sebuah institusi ekonomi, sosial dan budaya yang lebih bermakna kepada masyarakat dan negara”, ujar beliau.
» Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Rakan Sukarelawan Coop Malaysia antara ANGKASA dan sembilan entiti yang terdiri daripada koperasi/ kelab dan juga pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
12 PELANCAR Oktober 2018
Menerusi penglibatan rakan sukarelawan koperasi itu juga, lebih banyak program berorientasikan khidmat komuniti anjuran ANGKASA akan dapat dianjur dan dijayakan terutamanya ketika menghadapi bencana alam seperti banjir besar dan aktiviti-aktiviti yang mampu memberi impak positif kepada masyarakat. Beliau juga percaya menerusi konsep baharu yang bakal diketengahkan dalam aktiviti yang melibatkan penyertaan rakan sukarelawan koperasi mampu menggerakkan peranannya tanpa mengira masa, keadaan dan tempat secara lebih cekap dan pantas. Dato’ Abdul Fattah berkata demikian ketika berucap merasmikan pelancaran dan majlis pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) Rakan Sukarelawan Koperasi pada 13 September lalu di Wisma Ungku A. Aziz, Kelana Jaya. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Naib-Naib Presiden
ANGKASA, Haji Mohd Azmi Omaruddin dan Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa. Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Rakan Sukarelawan Coop Malaysia antara ANGKASA dan sembilan entiti yang terdiri daripada koperasi/ kelab dan juga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) melibatkan : 1. Koperasi Pelaburan Kakitangan Bank Muamalat Berhad (KOPUTRA); 2. Koperasi Perodua Selangor Berhad; 3. Koperasi Minda Usahawan Berhad; 4. Koperasi Shikazo Berhad; 5. Kelab Motosikal Radio Televisyen Malaysia (RTM Bikers Club); 6. Kelab Permotoran Raiders Malaysia; 7. Kelab Sukan dan Rekreasi RTM Angkasapuri; 8. Persatuan Veteran RTM (PVRTM); dan 9. Persatuan Khidmat Masyarakat Bukit Bintang Kuala Lumpur.
CSR Merupakan DNA Kepada Koperasi
Tanggungjawab sosial koperasi (CSR) adalah DNA kepada koperasi dan peranannya mampu membentuk ‘coop as an enterprise with soul’ dalam usaha melestarikan sumbangan secara lebih bermakna kepada masyarakat.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya dalam ucapan aluannya menjelaskan, fungsi dan peranan CSR dalam koperasi bukan hanya tertakluk kepada tugas-tugas kemasyarakatan dan khidmat bantuan kemanusiaan berasaskan kepada prinsip ‘Berprihatin terhadap masyarakat’ semata-mata. Fungsinya juga mampu berkembang dan berupaya menjana kelestarian kesemua tujuh prinsip koperasi yang ada. Katanya, matlamat yang dihasratkan menerusi pendekatan CSR boleh dijadikan sebagai langkah permulaan terhadap usaha untuk membentuk kelestarian koperasi secara lebih menyeluruh seperti pembangunan modal insan, ekonomi dan semangat kerjasama yang akhirnya mampu bertindak sebagai penyumbang utama kepada pembangunan sosio ekonomi anggota dan masyarakat. Menurut kajian dwi tahunan terkini yang dijalankan oleh World Co-operative Monitor, terdapat lebih 1.3 bilion individu terlibat secara langsung dalam gerakan koperasi manakala lebih sejuta pekerjaan telah berjaya diwujudkan melalui 1.6 juta buah perniagaan milik koperasi.
“Jika dilihat pada statistik keanggotaan lebih 6.5 juta anggota daripada lebih 14 ribu buah koperasi yang berdaftar di negara ini, tidak boleh menafikan lagi bahawa koperasi sebenarnya
Haji Nasir Khan Yahaya Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA
merupakan sebuah badan perniagaan yang memiliki jiwa tersendiri ( enterprise with soul ) dan kaedah menjalankan perniagaan yang lebih baik sehingga berupaya memberi kesan dalam membantu menjana ekonomi khususnya ekonomi setempat. Dorongan tersebut secara tidak langsung berjaya membantu mempromosikan gerakan koperasi sebagai antara penyumbang utama kepada pertumbuhan sosioekonomi masyarakat menerusi kewujudan pelbagai peluang pekerjaan, meningkatkan pendapatan anggota dan fokus kepada pembangunan ekonomi dalam erti kata yang sebenar.
Oktober 2018 PELANCAR
13
Oleh : RAHMAT MOHD DID Jumlah Kutipan Zakat Koperasi Meningkat » Naib Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya; Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Haji Ahmad Shukri Yusoff dan Timbalan Pengerusi JPAN Wilayah Persekutuan, Haji M. Nasir Ramli bergambar kenangan dengan peserta-peserta Program Permata di Dalam Harta.
Jumlah kutipan zakat koperasi melalui ANGKASA meningkat sebanyak 41 peratus pada tahun 2017 berbanding tahun 2016.
Naib Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya berkata, sebanyak 900 buah koperasi telah diberi perkhidmatan taksiran dan kutipan zakat oleh ANGKASA pada tahun 2016 dengan jumlah RM3.65 juta kemudian melonjak kepada 1,265 buah koperasi pada tahun 2017 dengan jumlah kutipan sebanyak RM4.5 juta. Ini membuktikan bahawa koperasi-koperasi di Malaysia mula sedar akan kepentingan menunaikan kewajiban berzakat dalam perniagaan. Tambahnya, ANGKASA juga turut menyediakan wadah kebajikan dari koperasi untuk koperasi melalui skim Infaq Lil-Waqf yang membuktikan ANGKASA sentiasa peka dengan keperluan sekeliling di mana manfaat daripada kutipan sumbangan ini akan disalurkan kepada warga koperasi khususnya dan masyarakat amnya. “Kesedaran untuk berinfaq semakin terkesan di hati setiap warga koperasi. Sebanyak RM 6.9 juta telah berjaya
dikumpulkan oleh ANGKASA melalui skim ini. Daripada jumlah tersebut, pelbagai sumbangan telah diberikan kepada koperasi- koperasi di seluruh Malaysia dan salah satu sumbangan terbesar adalah dalam sektor kesihatan yang melibatkan pembelian 18 buah mesin dialisis dengan jumlah RM790,800,” katanya. Menurutnya lagi, elemen Pematuhan Syariah turut diberi perhatian utama oleh ANGKASA melalui Unit Pematuhan Syariah, Bahagian Pengurusan Syariah dan Pembangunan ANGKASA yang mengambil peranan untuk membantu koperasi- koperasi dalam menjalankan aktiviti atau penghasilan produk supaya menepati tuntutan syarak. “Sebanyak 153 buah koperasi telah berjaya memperoleh Sijil Pematuhan Syariah pada tahun 2017. Kami berharap jumlah ini akan terus meningkat untuk tahun ini dan di masa akan datang agar produk dan perkhidmatan koperasi dapat bersaing dengan produk dan perkhidmatan komersial yang lain,” jelasnya.
14 PELANCAR Oktober 2018
Beliau berkata demikian sewaktu merasmikan Program Permata di Dalam Harta anjuran ANGKASA dan Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) di Kuala Lumpur baru-baru ini. Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff dan Timbalan Pengerusi JPAN Wilayah Persekutuan, Haji M. Nasir Ramli. Sebelum itu, Haji Ahmad Shukri Yusoff dalam ucapannya berkata, pihaknya amat berbangga dengan kejayaan ANGKASA yang diamanahkan sebagai amil untuk gerakan koperasi. “Jumlah koperasi yang mengeluarkan zakat semakin bertambah. Kejayaan ini takkan dapat dicapai tanpa kerjasama yang erat di antara Majlis Agama Islam dan ANGKASA yang bertanggungjawab memberi kesedaran kepada anggota- anggota koperasi tentang kepentingan menunaikan zakat dalam perniagaan koperasi,” katanya. Tambahnya, setiap anggota masyarakat beragama Islam di negara ini mempunyai tanggungjawab mengikut kemampuan sendiri untuk mengukuhkan ekonomi umat Islam di negara ini. ‘Program Permata Di Dalam Harta’ adalah program dua hari anjuran Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Syariah ANGKASA dengan kerjasama Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP).
Seramai 84 peserta daripada 65 buah koperasi dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah mendapat pencerahan melalui ceramah-ceramah “Ke Mana Wang Zakat Anda Mengalir” yang disampaikan oleh Pengurus Bahagian Baitulmal, Ustaz Ahmad Talmizi Yahaya dan “Munafik Harta” yang disampaikan oleh Penolong Pengurus Unit Syariah dan Penerangan Khas Pusat Pungutan Zakat, Ustaz Ahmad Husni Abdul Rahman. Peserta juga turut dibawa melawat ke tiga tempat berbeza untuk mendalami ilmu zakat iaitu Institut Kemahiran Baitulmal, Kompleks Dar-Assa’adah dan lawatan ke Famous Shukulate’ (Produk Asnaf).
» Naib Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya (kanan) beramah- mesra dengan peserta-peserta Program Permata Di Dalam Harta.
» Peserta Program Permata di Dalam Harta bergambar kenangan sewaktu melawat Kompleks Dar-Assa’adah.
Oktober 2018 PELANCAR
15
Fahami Tadbir Urus Zakat Perniagaan Koperasi
Usaha tersebut dilihat sangat penting khususnya dalam memenuhi tanggungjawab ANGKASA sebagai badan puncak gerakan koperasi di Malaysia. Kefahaman yang lebih jelas terhadap tadbir urus zakat perniagaan koperasi dilihat mampu membantu menjana perkembangan ilmu berkoperasi dalam kalangan warga kerja dan anggotanya. Kewajiban berzakat dalam perniagaan sememangnya diakui sebagai antara elemen kefardhuan dalam Islam yang perlu dijalankan seperti yang termaktub dalam salah satu dari Rukun Islam. Namun kaedah pengurusan Informasi dan hebahan tentang panduan berzakat yang dijalankan secara berterusan menjadi antara pendekatan yang dijalankan oleh ANGKASA dalam usahanya untuk meningkatkan kualiti penyampaian dan memberi perkhidmatan terbaik kepada koperasi.
Datuk Haji Mohamad Ali Hasan Naib Presiden ANGKASA
ANGKASA sekiranya ada mana-mana koperasi atau individu yang inginkan pencerahan lanjut berhubung perkara tersebut.
khususnya zakat perniagaan koperasi perlu diberi petunjuk dan difahami agar sistem pengurusan kewangan koperasi tidak menyimpang daripada landasan yang sepatutnya seperti yang ditetapkan oleh hukum syarak. Di samping itu juga, setiap warga koperasi harus faham
Buku tersebut bukan sahaja menjelaskan tentang panduan pengiraan zakat, malah turut mengambilkira beberapa pendekatan
sampingan seperti penyelarasan dan penyeragaman dalam pengiraan zakat perniagaan koperasi berbanding zakat perniagaan bukan koperasi. Pemahaman yang jelas seperti itu diharap dapat memberi impak lebih baik kepada keupayaan dan kesungguhan pengurusan koperasi dalam pelaporan kewangan koperasi sekaligus memastikan institusi zakat khususnya zakat perniagaan koperasi di negara ini menjadi semakin subur dan mampu mewarnai
tentang bagaimana tadbir urus zakat perniagaan koperasi dijalankan selain mengetahui bagaimana dan ke mana dana zakat perniagaan tersebut diurus serta disalurkan kepada asnaf-asnaf yang berkaitan. Panduan pengurusan zakat perniagaan koperasi juga turut disediakan menerusi buku panduan berzakat yang dicetak khas oleh
kelestarian anggota dan masyarakat Islam di Malaysia.
16 PELANCAR Oktober 2018
» MOA antara My ANGKASA Amanah Berhad, MyKhairat Management Services Sdn. Bhd. dan RedOne Network Sdn. Bhd.
Pelan Pascabayar MUKMIN50 Untuk Anggota Koperasi
Oleh : WAN ADLINA WAN AB. AZIZ
Pelan pascabayar MUKMIN50 ini menyediakan kelebihan tiga dalam satu iaitu menawarkan data dan panggilan suara tanpa had, khairat premium iaitu perlindungan insurans yang menawarkan perkhidmatan pengurusan jenazah Muslim secara profesional dan khidmat nasihat pusaka percuma. Kerjasama strategik ketiga-tiga pihak ini dimeterai dalam satu Majlis Menandatangani Perjanjian (MOA) Kerjasama Strategik antara My ANGKASA Amanah Berhad, MyKhairat Management Services Sdn. Bhd. dan RedOne Network Sdn. Bhd. bertempat di ANGKASA. Majlis tersebut diwakili Ketua Pegawai Eksekutif MyANGKASA Amanah Berhad, Dato’ Ahmad Saruji Abdul Aziz; Ketua Pegawai Jualan RedOne Network Sdn. Bhd., MUKMIN 50 kepada penjawat awam dan kakitangan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC). Kerjasama strategik antara MyANGKASA Amanah Berhad, MyKhairat Management Services Sdn. Bhd. dan RedOne Network Sdn. Bhd. memperkenalkan pelan pascabayar unik dikenali
Encik Ben Teh Beng Hock dan Ketua Pegawai Eksekutif MyKhairat Management Services Sdn. Bhd, Encik Mohd. Yusni Haji Ismail sambil disaksikan Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah. Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail; Naib-Naib Presiden ANGKASA, Haji Mohamad Azmi Omaruddin dan Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa; Ahli-Ahli Lembaga Pengarah MyANGKASA Amanah Berhad, Datuk Hajah Noraini Datuk Seri Panglima Haji Salleh dan Haji Abdullah Muhamad serta Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya. Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah dalam ucapan perasmiannya menyatakan bahawa kerjasama tersebut akan memberi peluang kepada orang ramai terutama kakitangan awam membuat bayaran telefon bimbit secara potongan gaji. “Dengan kerjasama ini juga secara automatiknya sejumlah 15,000 ejen RedOne Network seluruh negara akan menjadi ejen MyANGKASA Amanah Berhad mempromosi dan menjual produk wasiat dan pusaka dengan lebih bersepadu. Ia secara tidak langsung dapat membantu dan memudahkan orang ramai menyelesaikan masalah pusaka. “Manakala khairat yang ditawarkan di dalam MUKMIN50 merangkumi perkhidmatan pengurusan jenazah di seluruh Malaysia iaitu sekiranya berlaku kematian kepada mana-mana pelanggan MUKMIN50, waris hanya perlu menghubungi talian bebas tol yang disediakan untuk urusan pengkebumian secara percuma,” katanya.
Oktober 2018 PELANCAR
17
ANGKASA Lahirkan Pemain Petanque Antarabangsa
Oleh : RAHMAT MOHD DID
» ADUN Klebang, Tuan Gue Teck (tiga dari kanan) melakukan gimik pelancaran Kejohanan Petanque ANGKASA Peringkat Kebangsaan Tahun 2018. Turut sama ialah Dato’ Abdul Fattah Abdullah (dua dari kanan), Dato’ Kamarudin Ismail (dua dari kiri), Datuk Mohamad Ali Hasan (kanan sekali), Dato’ Che Mohd Shukree Che Isa (kiri sekali), Haji Muslim Md Shah (tiga dari kiri) dan Haji Nasir Khan Yahaya (empat dari kiri).
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klebang, Tuan Gue Teck berkata, melihat kepada usaha yang telah dilakukan ANGKASA terhadap kemajuan sukan petanque, beliau yakin satu hari nanti ANGKASA mampu melahirkan lebih ramai jaguh petanque yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa. “Sebagai contoh, pada tahun 2015, seorang peserta petanque ANGKASA, Muhd Hafizuddin Mohd Daud telah memenangi pingat emas acara petanque perseorangan dalam Sukan SEA di Singapura. “Ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan dan ia harus diteruskan bagi mengekalkan kesinambungan pemain berbakat yang mampu mengharumkan nama koperasi di mata dunia,” katanya. Menurutnya lagi, kejohanan petanque anjuran ANGKASA di seluruh negara yang bermula sejak tahun 1990 telah menunjukkan peningkatan ketara dari segi penyertaan dan juga skil individu. Jumlah penyertaan adalah Kejohanan petanque yang dianjurkan saban tahun oleh ANGKASA boleh menjadi pentas terbaik dalam mencungkil bakat dan melakar kejayaan dalam sukan tersebut di peringkat nasional dan antarabangsa.
18 PELANCAR Oktober 2018
sebanyak 8,535 orang pada tahun 2015 dan meningkat kepada 10,250 orang pada tahun ini. “Saya juga difahamkan bahawa kejohanan petanque anjuran ANGKASA telah diiktiraf sebagai aktiviti ko-kurikulum di peringkat kebangsaan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Pihak sekolah dan pelajar boleh mendapat merit apabila menyertainya. Oleh itu, saya mencadangkan agar setiap sekolah mewujudkan padang petanque sendiri dan menganjurkan kejohanan petanque peringkat sekolah bagi menarik minat lebih ramai pelajar untuk melibatkan diri dalam sukan ini,” jelasnya. Beliau berkata demikian ketika berucap mewakili Ketua Menteri Melaka, Tuan Adly Zahari dalam majlis perasmian Kejohanan Petanque ANGKASA Peringkat Kebangsaan Tahun 2018 yang berlangsung di Arena Petanque Hang Jebat, Tanjong Kling, Melaka.
Turut hadir ialah Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah; Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin
Ismail; Naib-Naib Presiden ANGKASA iaitu Datuk Haji
Mohamad Ali Hasan dan Dato’ Che Mohd Shukree Che Isa; Pengerusi- Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya. Sebelum itu, Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah dalam ucapan aluannya berkata, ANGKASA mempunyai beberapa matlamat dalam penganjuran kejohanan ini. Antaranya adalah untuk menyatukan anggota koperasi melalui sukan petanque agar hubungan dan kerjasama antara koperasi terjalin lebih erat selaras dengan prinsip keenam koperasi iaitu kerjasama antara koperasi. Selain itu, ANGKASA turut berhasrat untuk melahirkan pemain- pemain petanque yang bertaraf dunia daripada kalangan anggota koperasi.
» Tuan Gue Teck menerima cenderamata daripada Dato’ Abdul Fattah.
“ANGKASA juga akan mempromosi sukan petanque secara berterusan kerana ia berkait rapat dengan pengurusan sesebuah koperasi yang bersifat fokus, cekap berfikir, bijak mengatur strategi serta hubungan harmoni sesama pasukan,” katanya.
Oktober 2018 PELANCAR
19
Senarai Pemenang Mengikut Kategori
Kategori Koperasi Dewasa (Lelaki) 1. Koperasi Staff KPYPJ Berhad (Johor)
2. Koperasi Taman Wan Adnan Kemaman Berhad (Terengganu) 3. Koperasi Sayong Lembah Kuala Kangsar Berhad (Perak) 4. Koperasi PIBG SK. Agama Sibu Berhad (Sarawak) Kategori Koperasi Dewasa (Wanita)
1. Koperasi SMK Pengkalan Permatang Berhad (Selangor) 2. Koperasi Keluarga Nikmat Kuantan Berhad (Pahang) 3. Koperasi Satu Komuniti Penternak Usahawan Santubong Kuching Berhad (Sarawak) 4. Koperasi Bukit Chandan Kuala Kangsar Berhad (Perak) Kategori Koperasi Sekolah (Lelaki)
1. Koperasi SMK Sungai Rawang Berhad (Selangor) 2. Koperasi SMK Kadok Kota Bharu Berhad (Kelantan) 3. Koperasi SMK Padang Besar Utara Berhad (Perlis) 4. Koperasi SMK Sultan Omar Dungun Berhad (Terengganu) Kategori Koperasi Sekolah (Perempuan) 1. Koperasi SMK Sultan Omar Dungun Berhad (Terengganu) 2. Koperasi SMK Kolombong Inanam Kota Kinabalu Berhad (Sabah) 3. Koperasi SMK Teluk Air Tawar Butterworth Berhad (Pulau Pinang) 4. Koperasi SMK Kubu Gajah Selama Berhad (Perak)
20 PELANCAR Oktober 2018
Kategori Dewasa (Lelaki) Mohd Faiza Mohamad – Koperasi Staff KPYPJ Berhad (Johor) Kategori Koperasi Dewasa (Wanita) Fatihah Ariffa Mohd Fairuz - Koperasi SMK Pengkalan Permatang Berhad (Selangor) Kategori Koperasi Sekolah (Lelaki) Ayzek Hakimi Safingan - Koperasi SMK Sungai Rawang Berhad (Selangor) Kategori Koperasi Sekolah (Perempuan) Nur Syahira Zakaria - Koperasi SMK Sultan Omar Dungun Berhad (Terengganu) Anugerah Pemain Terbaik Mengikut Kategori
» Sesi bergambar bersama-sama peserta peringkat akhir Kejohanan Petanque ANGKASA Peringkat Kebangsaan Tahun 2018.
21 Oktober 2018 PELANCAR 21 PELANCAR
Reaksi Juara
“Alhamdulillah, kejayaan ini berkat kerjasama berpasukan dan dorongan yang banyak membantu kami dalam pembangunan petanque dan InsyaAllah kami akan cuba mengekalkan kejuaraan kami di tahun hadapan. Kali terakhir kami bergelar johan adalah pada tahun 2012 dan ini adalah kali kedua kami berjaya merangkul kejuaraan.”
Johan Kategori Koperasi Dewasa (Lelaki) Koperasi Staff KPYPJ Berhad (Johor)
Johan Kategori Koperasi Dewasa (Wanita) Koperasi SMK Pengkalan Permatang Berhad (Selangor) ”Syukur kami ucapkan ke hadrat Ilahi, setelah pelbagai cabaran kami lalui daripada mula sehingga sampai ke tahap ini. Tahun lepas kami hanya mampu menduduki tempat kedua dan kali ini kami berjaya juga menjadi juara.”
Johan Kategori Koperasi Sekolah (Lelaki) Koperasi SMK Sungai Rawang Berhad (Selangor) “Kami ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menyokong kami sejak dari mula sehingga ke tahap ini. Tanpa sokongan anda, kami pasti tidak mampu berada di sini. Walaupun tahun lepas kami tidak layak bertanding di peringkat kebangsaan, tahun ini tuah menyebelahi kami walaupun berdepan dengan pemain-pemain yang hebat. Mungkin kerana latihan intensif yang telah kami jalankan sepanjang setahun telah membuahkan hasilnya.”
“Alhamdulillah dan syukur kerana ini adalah kali pertama kami menyertai kejohanan petanque peringkat kebangsaan dan terus bergelar juara. Kami sendiri pun tidak menyangka mampu sampai ke tahap ini tetapi berkat kerjasama yang kuat antara satu pasukan dan sokongan tidak henti-henti dari pelbagai pihak, akhirnya kami berjaya juga.”
Johan Kategori Koperasi Sekolah (Perempuan) Koperasi SMK Sultan Omar Dungun Berhad (Terengganu)
22 PELANCAR Oktober 2018
Projek Tanaman Jagung Bijian Sektor Pertanian Berimpak Tinggi Koperasi Sertai
Oleh : MOHD ZAKUAN AZMI
Kejayaan Konsortium Koperasi Tanaman Padi Negeri Kedah Berhad memanfaatkan sebahagian daripada tanah miliknya dengan tanaman jagung bijian terbukti mampu memberi pulangan yang lumayan setelah menyaksikan kejayaan musim kedua tanaman tersebut oleh konsortium berkenaan di Merbok, Kedah. Berasaskan kepada permintaan yang tinggi terhadap produk tersebut di pasaran dalam dan luar negara, tanaman jagung bijian mampu menghadirkan peluang kepada koperasi yang ingin menceburi industri tersebut secara berimpak tinggi.
24 PELANCAR Oktober 2018
24 PELANCAR Oktober 2018
Menariknya, proses penanaman jagung bijian cukup mudah kerana melibatkan penggunaan jentera secara sepenuhnya. Tanaman juga tidak mudah terjejas oleh serangan makhluk perosak seperti serangga selain tidak memerlukan penjagaan yang rapi kerana tumbuhan tersebut bersifat lasak dan tidak sensitif dengan faktor cuaca. Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah berkata, koperasi yang berminat untuk mengusahakan tanaman jagung bijian bakal dibantu oleh barisan tenaga pakar yang dilantik selain mendapat sokongan dan bantuan teknikal daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani seperti jentera dan sebagainya. Menurut beliau, selain terlibat dalam projek penanaman secara langsung dan
» Taklimat tentang produk benih jagung bijian oleh Pengarah Urusan Famox Platation (M) Sdn. Bhd., Encik Ramana K. Naidu
SAKSIKAN LIPUTAN VIDEO PROJEK TANAMAN JAGUNG BIJIAN KONSORTIUM KOPERASI TANAMAN PADI KEDAH BERHAD
mewujudkan tenaga kerja baharu, banyak lagi peluang sampingan yang boleh dibentuk oleh koperasi menerusi projek-projek hiliran seperti pembekalan benih tempatan, menguruskan pusat pengumpulan secara komprehensif, khidmat sokongan teknikal dan penghasilan produk akhir selain terlibat dalam aktiviti pemasaran.
IMBAS KOD QR
ATAU LAYARI PELANCARTV DI YOUTUBE
Selama ini, Malaysia banyak bergantung kepada import bagi produk jagung bijian yang mahu diproses sebagai makanan haiwan ternakan
dengan nilai import melebihi RM3 bilion
setahun. Berasaskan kepada rancangan jangka panjang ANGKASA, projek tanaman bersepadu jagung bijian koperasi dengan kerjasama MOA diharap dapat membantu mengurangkan jumlah import produk tersebut selain dapat meningkatkan kapasiti perolehan koperasi dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
» Dato’ Abdul Fattah mencuba masukkan biji jagung ke dalam mesin pengisar.
Oktober 2018 PELANCAR
25
Pertingkat Kemajuan Projek Tanaman Jagung Bijian Koperasi
Kamarudin Ismail; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya dan Pengurus Besar Bahagian Perladangan, Pertanian dan Industri Asas Tani ANGKASA, Encik Hashnan Mustapha. Menerusi perbincangan tersebut, ANGKASA telah membentangkan cadangan model kerjasama merangkumi aspek-aspek berikut : - Menyediakan kawasan yang sesuai bagi memenuhi kriteria yang ditetapkan (sasaran 4,000 hektar). - Tadbir urus mekanisasi yang diberi MOA di bawah koperasi bagi membantu
projek tanaman jagung bijian. - Pelan pengurusan belian balik hasil tanaman jagung bijian ( Buy back concept ). - Pemindahan teknologi dan aplikasi modul tanaman jagung bijian (pemilihan benih yang bermutu). - Memberi kebenaran kepada koperasi bagi menggunakan jentera dan mekanisasi yang telah dibeli untuk projek penanaman jagung bijian.
Satu perbincangan secara langsung telah diadakan oleh ANGKASA bersama Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia (MOA), Dato’ Mohd Sallehhuddin Hassan di Ibu Pejabat MOA Putrajaya. Pertemuan tersebut adalah bagi membentangkan pelan halatuju projek tanaman jagung bijian dan peluang kerjasama yang boleh dijayakan antara kedua belah pihak. Selain Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah, turut hadir dalam perbincangan tersebut ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji
- Memudahkan urusan
kebenaran mengusahakan tanah daripada peringkat pihak berkuasa tempatan.
26 PELANCAR Oktober 2018 Oktober 2018
Pelan Strategik Tanaman Jagung Bijian Oleh ANGKASA
ANGKASA menetapkan sasaran menerusi pelan strategik tanaman jagung bijian sekurang-kurangnya empat ribu hektar menjelang 2020. Keluasan tersebut menerusi penglibatan koperasi berasaskan pertanian di bawah ANGKASA yang mempunyai tanah berkeluasan sekurang-kurangnya 25 ekar.
Dato’ Haji Kamarudin Ismail Timbalan Presiden ANGKASA
Menerusinya, ANGKASA akan mempraktikkan modul tanaman jagung bijian yang telah berjaya oleh koperasi yang menceburi lapangan tersebut sebelum ini seperti Konsortium Koperasi Tanaman Padi Kedah Berhad. ANGKASA melalui pelan mekanisasinya juga akan membantu menambahbaik tadbir urus perolehan jentera tanaman jagung bijian yang akan diuruskan oleh koperasi yang dilantik kelak berasaskan kerjasama strategik bersama Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. ANGKASA juga akan menawarkan perkhidmatan
mekanisasi kepada koperasi- koperasi yang mengambil bahagian dengan membantu menambahbaik tadbir urus perolehan jentera tanaman jagung bijian. Pengurusan jentera tersebut akan diurus oleh koperasi yang dilantik kelak berasaskan kerjasama strategik bersama Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Di samping itu, konsep belian balik hasil pengeluaran juga turut dirancang bagi menjamin pulangan projek yang diusahakan oleh koperasi. Menerusi pendekatan tersebut, pusat-pusat pengumpulan akan ditubuhkan di negeri-negeri yang terlibat dan mempunyai kawasan tanaman
yang luas. Belian balik itu akan dijual secara terus ke kilang ataupun diproses sebagai produk akhir ( feedmill ) sebagai peluang perniagaan baharu kepada koperasi yang berminat. ANGKASA juga bakal melantik ‘Anchor Company’ yang memberi tumpuan kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) menerusi penyelidikan, pemilihan dan pengedaran benih yang bermutu dalam usaha memastikan kejayaan dan kelangsungan projek tersebut oleh koperasi yang terlibat.
Oktober 2018 PELANCAR
27
Sektor Pertanian & Industri Asas Tani ANGKASA
28 PELANCAR Oktober 2018
Terap Sifat Sayang dan Hargai Koperasi
Oleh : SHAMSURIA MD SIDEK Setiausaha Koperasi SMK St George V Pulau Pinang Berhad
DATUK HAJI MOHAMAD ALI HASAN Naib Presiden ANGKASA
» Datuk Haji Mohamad Ali Hasan menyampaikan sijil kepada penerima anugerah
Setiap warga koperasi perlulah memiliki sifat menyayangi dan menghargai koperasi selain terus setia dengan berpegang kepada motto ‘Once A Cooperator, Always A Cooperator”.
Demikian kata-kata semangat yang disampaikan oleh Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan sewaktu berucap merasmikan Sambutan Anugerah Kecemerlangan Koperasi Sekolah dan Sambutan Jubli Emas Ke-50 Tahun Penubuhan Koperasi Sekolah SMK (P) St. George, Pulau Pinang. Di samping mendoakan agar koperasi sekolah tersebut terus berjaya dan gemilang, beliau turut mencadangkan agar jumlah saham anggota terus dipertingkat demi menggandakan modal yang mampu membantu kepada penyaluran jumlah pelaburan perniagaan bersakala lebih tinggi. Program yang berlangsung di Dewan Tuanku Bainun, SMK (P) St. George pada 14 Ogos 2018 itu banyak memberikan pendedahan berguna kepada warga sekolah khususnya tentang fungsi dan peranan koperasi sekolah.
Selain memaparkan tentang sejarah penubuhan koperasi sekolah, pameran yang berlangsung turut diserikan dengan pelbagai aktiviti jual beli bagi memupuk minat dan kemahiran warga koperasi dalam aspek perniagaan dan keusahawanan koperasi. Program diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang Kuiz Koperasi, penyampaian Anugerah Koperator Terbaik, penyampaian Anugerah ALK Terbaik Pelajar dan Anugerah ALK Terbaik Guru. Koperator terbaik pada tahun ini disandang oleh Nu Fatin Atikah. Tajul Azlan dan Farisya Hani Muhamad Farid. ALK Terbaik Pelajar dimenangi oleh Yeap Qian Fang, Nur Farzana Abdul Samad dan Nurfatihah Syafiqah Mohd Rosli manakala ALK Terbaik Guru disandang oleh Pn. Azizah Abd. Rahim.
Oktober 2018 PELANCAR
29
ANGKASA Optimis Koperasi Mampu Jadi Pemain Utama Industri Tenusu
ANGKASA optimis koperasi mampu menjadi pemain utama dalam industri tenusu negara. Kejayaan FrieslandCampina, salah satu koperasi tenusu terbesar di dunia dan juga pengeluar produk tenusu jenama Dutch Lady, boleh dijadikan contoh dan inspirasi bagi koperasi tempatan untuk berjaya dalam industri ini. Pada 4 September lepas, Sektor Pertanian dan Industri Asas Tani ANGKASA telah membentangkan Projek Pengeluaran Anak Lembu Tenusu Dara Pengganti Bunting Komposisi Baka Kacukan 5/8 Friesian Jersey yang berkualiti tinggi. Pembentangan yang berlangsung di Hotel Aliya, Klang itu turut dihadiri oleh kepimpinan tertinggi dan pengurusan tertinggi ANGKASA, Pengerusi Koperasi Pegawai-Pegawai MARDI Berhad (KOMARDI), Dato Dr. Azizan Ab. Rashid dan wakil konsultan industri iaitu Dr. Hamdan Ahmad yang merupakan Penyelaras Unit Penyelidikan Pusat Kawalan Pengajian Sains Kaji Hayat, Universiti Sains Malaysia. Projek yang dibangunkan oleh ANGKASA dengan kerjasama KOMARDI itu dikategorikan sebagai Co- operative Empowerment Project 1 atau CEP 1. CEP 1 telah diperkenalkan oleh ANGKASA sebagai salah satu usaha proaktif untuk memastikan kelestarian sumbangan Sektor Koperasi kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). CEP 1 adalah projek-projek utama ANGKASA, sama ada secara langsung atau melalui entiti perniagaan ANGKASA yang lain. Projek tersebut perlu bebas untuk berdaya saing dan melalui tadbir urus yang jelas serta tidak memberi kesan kepada ANGKASA sebagai badan APEKS gerakan koperasi. CEP 2 pula adalah dua atau lebih koperasi dalam fungsi yang sama bersama-sama dalam satu projek (konsortium) manakala CEP 3 adalah projek impak tinggi yang diketuai oleh sebuah koperasi. * Susu (cecair) merujuk kepada penggunaan susu segar dan susu cecair yang diimport.
Oleh : NADIAH KAMARUDIN
Menurut laporan Jabatan Perkhidmatan Veterinar, penggunaan per kapita susu (cecair)* setahun meningkat daripada 1.8 liter pada tahun 2016 kepada 2.0 liter pada tahun 2017, manakala pengeluaran susu segar mencatat pertumbuhan sebanyak 3.2 peratus kepada 37.9 juta liter. Nilai import Malaysia bagi susu dan hasil susu yang menurun daripada RM3.93 bilion pada tahun 2014 kepada RM3.08 bilion pada tahun 2016 juga menunjukkan peningkatan dalam penerimaan pengguna tempatan terhadap produk tenusu keluaran Malaysia. Hal tersebut sekaligus menunjukkan industri tenusu mampu memberi pulangan yang tinggi sekaligus dapat membantu kerajaan mengurangkan kebergantungan terhadap produk tenusu import. Koperasi seharusnya menggunakan kekuatan bilangan anggota koperasi sekolah yang mencecah 1.9 juta daripada keseluruhan 6.5 juta anggota di seluruh negara sebagai pemangkin untuk terlibat dalam industri tenusu memandangkan permintaan terhadap produk tersebut adalah tinggi dalam kalangan pelajar sekolah. Penglibatan koperasi tempatan dalam bidang penternakan lembu tenusu perlu diperhebatkan lagi kerana permintaan yang tinggi untuk produk tenusu dalam kalangan masyarakat dari dalam dan luar negara.
30 PELANCAR Oktober 2018
30 PELANCAR Oktober 2018
Pengeluaran Lembu Dara Pengganti Bunting Berkualiti Tinggi Di Heifers Park
04
01
14 - 16 Bulan Pemeriksaan Ovari
Lembu Dara Pengganti Bunting (20-24) Bulan Untuk Jualan
03
02
Pemilihan Baka
Pemanian Beradas
Projek Ternakan Lembu Susu Secara Berkelompok
Sementara itu, projek ternakan lembu susu telahpun dijalankan secara berkelompok dengan gabungan beberapa koperasi berdasarkan lokasi projek. Pelaksanaan projek ini dikendalikan oleh mentor yang dilantik oleh ANGKASA.
Pembelian semula susu dibuat berdasarkan ‘contract farming’ menerusi pemborong yang dilantik namun ANGKASA sedia menawarkan kepada peruncit yang berminat untuk membeli hasil tenusu tersebut.
LOKASI PROJEK (KELOMPOK)
MENTOR
JUMLAH INDUK BETINA
PENGELUARAN SUSU (LITER)
BILANGAN KOPERASI
Ladang Satelit Kampung Londah Negeri Sembilan Ladang Satelit Kampung Gadong, Negeri Sembilan
Koperasi Pegawai MARDI Berhad (KOMARDI
160 ekor
3
1,500 (Julai 2018)
140 ekor
1
Ladang TKPM Mersing, Johor
Koperasi Pekebun Kecil Wilayah Johor Selatan (KOPRIS)
100 ekor
136,936.80 (Ogos 2017 hingga Julai 2018)
8
Oktober 2018 PELANCAR
31
Page 1 Page 2 Page 3 Page 4 Page 5 Page 6 Page 7 Page 8 Page 9 Page 10 Page 11 Page 12 Page 13 Page 14 Page 15 Page 16 Page 17 Page 18 Page 19 Page 20 Page 21 Page 22 Page 23 Page 24 Page 25 Page 26 Page 27 Page 28 Page 29 Page 30 Page 31 Page 32 Page 33 Page 34 Page 35 Page 36 Page 37 Page 38 Page 39 Page 40 Page 41 Page 42 Page 43 Page 44 Page 45 Page 46 Page 47 Page 48 Page 49 Page 50 Page 51 Page 52 Page 53 Page 54 Page 55 Page 56 Page 57 Page 58 Page 59 Page 60 Page 61 Page 62 Page 63 Page 64 Page 65 Page 66 Page 67 Page 68Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease