Wadah PELANCAR Edisi Oktober 2018

khususnya terhadap para pemandu teksi yang berdaftar di negara ini. Beliau juga berharap agar pemandu teksi tidak ketinggalan dan bersedia untuk mempelajari, memahami sekaligus mampu mengadaptasikan penggunaan aplikasi cALLme selaras dengan arus perubahan semasa dan pendekatan baharu dalam mendapatkan khidmat pengangkutan awam berasaskan teknologi terkini. Anthony Loke berkata demikian kepada media selepas menyaksikan majlis pemeteraian perjanjian persefahaman (MoU) antara ANGKASA dan Pertubuhan Pemandu dan Pengusaha Teksi/Limosin dan Kereta Sewa Malaysia (PETEKMA) yang berlangsung di Kompleks Nasyrul Quran, Putrajaya, Ogos lepas. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya dan wakil-wakil PETEKMA dari seluruh negara.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, aplikasi cALLme berupaya merealisasikan pendekatan ‘menang- menang’ antara pemandu teksi dan pelanggan melalui sistem perkhidmatan pengangkutan awam yang lebih mudah, telus dan terjamin. Katanya, penggunaan aplikasi cALLme diharap dapat membantu meningkatkan mutu perkhidmatan teksi di negara ini di samping dapat meyakinkan pelanggan menerusi jaminan kadar tambang yang tepat dan dipersetujui lebih awal sebelum menggunakan perkhidmatan yang diminta. Menurut beliau, sudah tiba masanya bagi pemandu- pemandu teksi untuk mengubah pengurusan perkhidmatannya dengan menggunakan aplikasi mudah alih yang dilihat semakin popular dan sinonim dalam industri perkhidmatan pengangkutan darat bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia. Kerajaan akan sentiasa membantu meningkatkan mutu perkhidmatan teksi di negara ini menerusi agenda pembangunan yang dirangka selain beberapa kemudahan lain

Oktober 2018 PELANCAR

9

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease