» Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menyaksikan majlis pemeteraian MoU antara ANGKASA dan PETEKMA yang diwakili oleh Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah dan Presiden PETEKMA, Mohd Syahrir Abdul Aziz. Turut sama menyaksikan ialah Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Mohd Shukree Che Isa.
Aplikasi ‘cALLme’ Raih Lebih Ramai Pelanggan Program pembangunan tempahan secara dalam talian berkonsepkan aplikasi e-hailing yang dibangunkan Bantu Teksi
oleh ANGKASA berupaya meningkatkan standard koperasi pemandu teksi sekaligus membantu pemandu teksi mendapatkan lebih ramai pelanggan secara lebih mudah dan menyeluruh.
Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah Presiden ANGKASA
Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah berkata, aplikasi yang dikenali sebagai ‘cALLme’ itu mula diperkenalkan oleh ANGKASA kepada pemandu-pemandu teksi di Johor Bahru yang bernaung di bawah koperasi. Melihat kepada pencapaian projek perintis tersebut yang berjalan dengan lancar dan berkesan serta berjaya mencapai matlamat seperti yang dihasratkan, ANGKASA yakin aplikasi tersebut boleh diperluas bagi digunapakai oleh pemandu- pemandu teksi yang lain di seluruh negara. Aplikasi berteknologi terkini itu telah dibangunkan oleh Bahagian Teknologi Maklumat ANGKASA dan menjadi sebahagian daripada pendekatan holistik memajukan sektor perkhidmatan perniagaan koperasi berteraskan pendekatan teknologi di bawah Sektor Pembangunan Teknologi dan Inovasi ANGKASA. Menerusinya, pelanggan yang ingin mendapatkan perkhidmatan teksi boleh membuat tempahan teksi secara terus menerusi telefon bimbit mereka dengan memuatnaik aplikasi ‘cALLme’. Situasi dan pendekatan perkhidmatan juga
akan mengalami perubahan apabila pelanggan tidak lagi perlu bersusah payah untuk menunggu teksi di tepi jalan seperti dahulu. Sebagai permulaan, aplikasi ‘cALLme’ akan digunakan oleh pemandu teksi di Lapangan terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sebelum dikembangkan kepada pemandu-pemandu teksi yang lain sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Dato’ Abdul Fattah yang juga merupakan Presiden ASEAN Co-operative Organisation (ACO) turut menyasarkan matlamat untuk mengembangkan penggunaan aplikasi ‘cALLme’ kepada pemandu-pemandu teksi di negara-negara ASEAN menerusi platform koperasi. Aplikasi canggih tersebut boleh diselaras dan dipertingkat oleh pihak ANGKASA mengikut kesesuaian budaya, tempat dan undang-undang yang berkaitan dengan sistem pengangkutan awam negara-negara terbabit. Jaringan strategik antara negara itu juga diharap mampu memberikan impak positif terhadap sektor koperasi teksi sekaligus dapat menjadi pemangkin kecemerlangan perkhidmatan teksi di negara-negara ASEAN.
10 PELANCAR Oktober 2018
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease