Rebut Peluang Sertai ‘cALLme’ Koperasi teksi diseru agar
Selain mampu menjana peningkatan pendapatan bagi pengusaha teksi, sistem cALLme memberi peluang kepada pemandu teksi untuk mendapat penumpang sama ada semasa pulang daripada menghantar pelanggan ke sesebuah destinasi. Justeru, masa balik pemandu tidak akan terbazir begitu sahaja dan mereka tetap berpeluang untuk mendapatkan pelanggan. Kualiti perkhidmatannya juga turut diserikan dengan pemakaian pakaian seragam dalam kalangan pemandu teksi yang terlibat. Selain itu, cALLme juga turut menyediakan kemudahan cara pembayaran atas talian supaya pemandu berasa lebih selamat dan tidak perlu membawa wang tunai bersama dalam perjalanan yang berjarak jauh dan berisiko. Jaminan mendapat tuntutan insurans atas kemalangan yang berlaku juga merupakan antara kelebihan yang boleh diperoleh oleh pelanggan cALLme. hal tersebut mampu menarik minat dan membuatkan pelanggan merasa lebih yakin dengan perkhidmatan yang disediakan. Justeru, koperasi dan pengusaha teksi diseru agar menyambut ledakan teknologi dan permodenan itu dengan hati yang terbuka dan sama-sama menikmati kemudahan yang disediakan.
merebut peluang menggunapakai sistem e-hailing cALLme dalam perkhidmatan mereka bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan selain metaih lebih ramai pelanggan.
Sistem yang dibangunkan oleh ANGKASA dengan kerjasama PETEKMA itu merupakan dicipta oleh ANGKASA sendiri melalui Sektor Inovasi dan Pembangunan
Teknologi ANGKASA bagi mendepani arus pemodenan semasa perkhidmatan teksi di negara ini.
Haji Mohamad Azmi Omaruddin Naib Presiden ANGKASA
Oktober 2018 PELANCAR
11
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease