Wadah PELANCAR Edisi Oktober 2018

Bantu ANGKASA Perluas Skop CSR Rakan Sukarelawan Coop Malaysia

Oleh : MOHD. ZAKUAN AZMI

Selaras dengan pertambahan bilangan anggota sukarelawan koperasi, ANGKASA yakin skop dan peranannya dapat diperluas menerusi kepelbagaian aktiviti khidmat sosial berkonsepkan tanggungjawab sosial koperasi (CSR) sekaligus memberi sumbangan lebih signifikan dalam perspektif gerakan koperasi.

Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah berkata, prinsip koperasi ketujuh yang lebih terarah kepada sikap mengambil berat dan sentiasa mendekati masyarakat menjadi sebahagian daripada tujuh prinsip koperasi yang perlu diperjuang dan diimplimentasikan dengan sebaik mungkin. Katanya, aktiviti yang dijalankan oleh koperasi pada masa kini tidak hanya tertumpu kepada pembangunan ekonomi sebenar (real economy) semata-mata. Perkembangan gerakan koperasi telah menjangkau ke satu tahap yang lebih tinggi menerusi kegiatan CSR yang berunsurkan khidmat kesukarelawan.

“Idea membentuk pasukan sukarelawan koperasi telah diilhamkan oleh mantan Presiden ANGKASA iaitu Allahyarham Dato’ Dr. Mohd Ali Baharum menerusi penubuhan Pasukan Sukarelawan Koperasi (PASKOP). Namun, menerusi pendekatan baharu yang dijalankan oleh Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA melalui kerjasama pelbagai entiti sukarelawan, ANGKASA yakin sumbangan yang bakal diberi itu akan dapat membantu meluaskan perkhidmatan CSR sekaligus membuktikan peranan koperasi sebagai sebuah institusi ekonomi, sosial dan budaya yang lebih bermakna kepada masyarakat dan negara”, ujar beliau.

» Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Rakan Sukarelawan Coop Malaysia antara ANGKASA dan sembilan entiti yang terdiri daripada koperasi/ kelab dan juga pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

12 PELANCAR Oktober 2018

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease