Wadah PELANCAR Edisi Oktober 2018

Menerusi penglibatan rakan sukarelawan koperasi itu juga, lebih banyak program berorientasikan khidmat komuniti anjuran ANGKASA akan dapat dianjur dan dijayakan terutamanya ketika menghadapi bencana alam seperti banjir besar dan aktiviti-aktiviti yang mampu memberi impak positif kepada masyarakat. Beliau juga percaya menerusi konsep baharu yang bakal diketengahkan dalam aktiviti yang melibatkan penyertaan rakan sukarelawan koperasi mampu menggerakkan peranannya tanpa mengira masa, keadaan dan tempat secara lebih cekap dan pantas. Dato’ Abdul Fattah berkata demikian ketika berucap merasmikan pelancaran dan majlis pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) Rakan Sukarelawan Koperasi pada 13 September lalu di Wisma Ungku A. Aziz, Kelana Jaya. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Naib-Naib Presiden

ANGKASA, Haji Mohd Azmi Omaruddin dan Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa. Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Rakan Sukarelawan Coop Malaysia antara ANGKASA dan sembilan entiti yang terdiri daripada koperasi/ kelab dan juga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) melibatkan : 1. Koperasi Pelaburan Kakitangan Bank Muamalat Berhad (KOPUTRA); 2. Koperasi Perodua Selangor Berhad; 3. Koperasi Minda Usahawan Berhad; 4. Koperasi Shikazo Berhad; 5. Kelab Motosikal Radio Televisyen Malaysia (RTM Bikers Club); 6. Kelab Permotoran Raiders Malaysia; 7. Kelab Sukan dan Rekreasi RTM Angkasapuri; 8. Persatuan Veteran RTM (PVRTM); dan 9. Persatuan Khidmat Masyarakat Bukit Bintang Kuala Lumpur.

CSR Merupakan DNA Kepada Koperasi

Tanggungjawab sosial koperasi (CSR) adalah DNA kepada koperasi dan peranannya mampu membentuk ‘coop as an enterprise with soul’ dalam usaha melestarikan sumbangan secara lebih bermakna kepada masyarakat.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya dalam ucapan aluannya menjelaskan, fungsi dan peranan CSR dalam koperasi bukan hanya tertakluk kepada tugas-tugas kemasyarakatan dan khidmat bantuan kemanusiaan berasaskan kepada prinsip ‘Berprihatin terhadap masyarakat’ semata-mata. Fungsinya juga mampu berkembang dan berupaya menjana kelestarian kesemua tujuh prinsip koperasi yang ada. Katanya, matlamat yang dihasratkan menerusi pendekatan CSR boleh dijadikan sebagai langkah permulaan terhadap usaha untuk membentuk kelestarian koperasi secara lebih menyeluruh seperti pembangunan modal insan, ekonomi dan semangat kerjasama yang akhirnya mampu bertindak sebagai penyumbang utama kepada pembangunan sosio ekonomi anggota dan masyarakat. Menurut kajian dwi tahunan terkini yang dijalankan oleh World Co-operative Monitor, terdapat lebih 1.3 bilion individu terlibat secara langsung dalam gerakan koperasi manakala lebih sejuta pekerjaan telah berjaya diwujudkan melalui 1.6 juta buah perniagaan milik koperasi.

“Jika dilihat pada statistik keanggotaan lebih 6.5 juta anggota daripada lebih 14 ribu buah koperasi yang berdaftar di negara ini, tidak boleh menafikan lagi bahawa koperasi sebenarnya

Haji Nasir Khan Yahaya Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA

merupakan sebuah badan perniagaan yang memiliki jiwa tersendiri ( enterprise with soul ) dan kaedah menjalankan perniagaan yang lebih baik sehingga berupaya memberi kesan dalam membantu menjana ekonomi khususnya ekonomi setempat. Dorongan tersebut secara tidak langsung berjaya membantu mempromosikan gerakan koperasi sebagai antara penyumbang utama kepada pertumbuhan sosioekonomi masyarakat menerusi kewujudan pelbagai peluang pekerjaan, meningkatkan pendapatan anggota dan fokus kepada pembangunan ekonomi dalam erti kata yang sebenar.

Oktober 2018 PELANCAR

13

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease