Wadah PELANCAR Edisi Oktober 2018

Oleh : RAHMAT MOHD DID Jumlah Kutipan Zakat Koperasi Meningkat » Naib Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya; Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Haji Ahmad Shukri Yusoff dan Timbalan Pengerusi JPAN Wilayah Persekutuan, Haji M. Nasir Ramli bergambar kenangan dengan peserta-peserta Program Permata di Dalam Harta.

Jumlah kutipan zakat koperasi melalui ANGKASA meningkat sebanyak 41 peratus pada tahun 2017 berbanding tahun 2016.

Naib Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya berkata, sebanyak 900 buah koperasi telah diberi perkhidmatan taksiran dan kutipan zakat oleh ANGKASA pada tahun 2016 dengan jumlah RM3.65 juta kemudian melonjak kepada 1,265 buah koperasi pada tahun 2017 dengan jumlah kutipan sebanyak RM4.5 juta. Ini membuktikan bahawa koperasi-koperasi di Malaysia mula sedar akan kepentingan menunaikan kewajiban berzakat dalam perniagaan. Tambahnya, ANGKASA juga turut menyediakan wadah kebajikan dari koperasi untuk koperasi melalui skim Infaq Lil-Waqf yang membuktikan ANGKASA sentiasa peka dengan keperluan sekeliling di mana manfaat daripada kutipan sumbangan ini akan disalurkan kepada warga koperasi khususnya dan masyarakat amnya. “Kesedaran untuk berinfaq semakin terkesan di hati setiap warga koperasi. Sebanyak RM 6.9 juta telah berjaya

dikumpulkan oleh ANGKASA melalui skim ini. Daripada jumlah tersebut, pelbagai sumbangan telah diberikan kepada koperasi- koperasi di seluruh Malaysia dan salah satu sumbangan terbesar adalah dalam sektor kesihatan yang melibatkan pembelian 18 buah mesin dialisis dengan jumlah RM790,800,” katanya. Menurutnya lagi, elemen Pematuhan Syariah turut diberi perhatian utama oleh ANGKASA melalui Unit Pematuhan Syariah, Bahagian Pengurusan Syariah dan Pembangunan ANGKASA yang mengambil peranan untuk membantu koperasi- koperasi dalam menjalankan aktiviti atau penghasilan produk supaya menepati tuntutan syarak. “Sebanyak 153 buah koperasi telah berjaya memperoleh Sijil Pematuhan Syariah pada tahun 2017. Kami berharap jumlah ini akan terus meningkat untuk tahun ini dan di masa akan datang agar produk dan perkhidmatan koperasi dapat bersaing dengan produk dan perkhidmatan komersial yang lain,” jelasnya.

14 PELANCAR Oktober 2018

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease