Beliau berkata demikian sewaktu merasmikan Program Permata di Dalam Harta anjuran ANGKASA dan Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) di Kuala Lumpur baru-baru ini. Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff dan Timbalan Pengerusi JPAN Wilayah Persekutuan, Haji M. Nasir Ramli. Sebelum itu, Haji Ahmad Shukri Yusoff dalam ucapannya berkata, pihaknya amat berbangga dengan kejayaan ANGKASA yang diamanahkan sebagai amil untuk gerakan koperasi. “Jumlah koperasi yang mengeluarkan zakat semakin bertambah. Kejayaan ini takkan dapat dicapai tanpa kerjasama yang erat di antara Majlis Agama Islam dan ANGKASA yang bertanggungjawab memberi kesedaran kepada anggota- anggota koperasi tentang kepentingan menunaikan zakat dalam perniagaan koperasi,” katanya. Tambahnya, setiap anggota masyarakat beragama Islam di negara ini mempunyai tanggungjawab mengikut kemampuan sendiri untuk mengukuhkan ekonomi umat Islam di negara ini. ‘Program Permata Di Dalam Harta’ adalah program dua hari anjuran Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Syariah ANGKASA dengan kerjasama Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP).
Seramai 84 peserta daripada 65 buah koperasi dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah mendapat pencerahan melalui ceramah-ceramah “Ke Mana Wang Zakat Anda Mengalir” yang disampaikan oleh Pengurus Bahagian Baitulmal, Ustaz Ahmad Talmizi Yahaya dan “Munafik Harta” yang disampaikan oleh Penolong Pengurus Unit Syariah dan Penerangan Khas Pusat Pungutan Zakat, Ustaz Ahmad Husni Abdul Rahman. Peserta juga turut dibawa melawat ke tiga tempat berbeza untuk mendalami ilmu zakat iaitu Institut Kemahiran Baitulmal, Kompleks Dar-Assa’adah dan lawatan ke Famous Shukulate’ (Produk Asnaf).
» Naib Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya (kanan) beramah- mesra dengan peserta-peserta Program Permata Di Dalam Harta.
» Peserta Program Permata di Dalam Harta bergambar kenangan sewaktu melawat Kompleks Dar-Assa’adah.
Oktober 2018 PELANCAR
15
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease