Wadah PELANCAR Edisi Oktober 2018

» MOA antara My ANGKASA Amanah Berhad, MyKhairat Management Services Sdn. Bhd. dan RedOne Network Sdn. Bhd.

Pelan Pascabayar MUKMIN50 Untuk Anggota Koperasi

Oleh : WAN ADLINA WAN AB. AZIZ

Pelan pascabayar MUKMIN50 ini menyediakan kelebihan tiga dalam satu iaitu menawarkan data dan panggilan suara tanpa had, khairat premium iaitu perlindungan insurans yang menawarkan perkhidmatan pengurusan jenazah Muslim secara profesional dan khidmat nasihat pusaka percuma. Kerjasama strategik ketiga-tiga pihak ini dimeterai dalam satu Majlis Menandatangani Perjanjian (MOA) Kerjasama Strategik antara My ANGKASA Amanah Berhad, MyKhairat Management Services Sdn. Bhd. dan RedOne Network Sdn. Bhd. bertempat di ANGKASA. Majlis tersebut diwakili Ketua Pegawai Eksekutif MyANGKASA Amanah Berhad, Dato’ Ahmad Saruji Abdul Aziz; Ketua Pegawai Jualan RedOne Network Sdn. Bhd., MUKMIN 50 kepada penjawat awam dan kakitangan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC). Kerjasama strategik antara MyANGKASA Amanah Berhad, MyKhairat Management Services Sdn. Bhd. dan RedOne Network Sdn. Bhd. memperkenalkan pelan pascabayar unik dikenali

Encik Ben Teh Beng Hock dan Ketua Pegawai Eksekutif MyKhairat Management Services Sdn. Bhd, Encik Mohd. Yusni Haji Ismail sambil disaksikan Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah. Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail; Naib-Naib Presiden ANGKASA, Haji Mohamad Azmi Omaruddin dan Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa; Ahli-Ahli Lembaga Pengarah MyANGKASA Amanah Berhad, Datuk Hajah Noraini Datuk Seri Panglima Haji Salleh dan Haji Abdullah Muhamad serta Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya. Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah dalam ucapan perasmiannya menyatakan bahawa kerjasama tersebut akan memberi peluang kepada orang ramai terutama kakitangan awam membuat bayaran telefon bimbit secara potongan gaji. “Dengan kerjasama ini juga secara automatiknya sejumlah 15,000 ejen RedOne Network seluruh negara akan menjadi ejen MyANGKASA Amanah Berhad mempromosi dan menjual produk wasiat dan pusaka dengan lebih bersepadu. Ia secara tidak langsung dapat membantu dan memudahkan orang ramai menyelesaikan masalah pusaka. “Manakala khairat yang ditawarkan di dalam MUKMIN50 merangkumi perkhidmatan pengurusan jenazah di seluruh Malaysia iaitu sekiranya berlaku kematian kepada mana-mana pelanggan MUKMIN50, waris hanya perlu menghubungi talian bebas tol yang disediakan untuk urusan pengkebumian secara percuma,” katanya.

Oktober 2018 PELANCAR

17

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease