Wadah PELANCAR Edisi Oktober 2018

ANGKASA Lahirkan Pemain Petanque Antarabangsa

Oleh : RAHMAT MOHD DID

» ADUN Klebang, Tuan Gue Teck (tiga dari kanan) melakukan gimik pelancaran Kejohanan Petanque ANGKASA Peringkat Kebangsaan Tahun 2018. Turut sama ialah Dato’ Abdul Fattah Abdullah (dua dari kanan), Dato’ Kamarudin Ismail (dua dari kiri), Datuk Mohamad Ali Hasan (kanan sekali), Dato’ Che Mohd Shukree Che Isa (kiri sekali), Haji Muslim Md Shah (tiga dari kiri) dan Haji Nasir Khan Yahaya (empat dari kiri).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klebang, Tuan Gue Teck berkata, melihat kepada usaha yang telah dilakukan ANGKASA terhadap kemajuan sukan petanque, beliau yakin satu hari nanti ANGKASA mampu melahirkan lebih ramai jaguh petanque yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa. “Sebagai contoh, pada tahun 2015, seorang peserta petanque ANGKASA, Muhd Hafizuddin Mohd Daud telah memenangi pingat emas acara petanque perseorangan dalam Sukan SEA di Singapura. “Ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan dan ia harus diteruskan bagi mengekalkan kesinambungan pemain berbakat yang mampu mengharumkan nama koperasi di mata dunia,” katanya. Menurutnya lagi, kejohanan petanque anjuran ANGKASA di seluruh negara yang bermula sejak tahun 1990 telah menunjukkan peningkatan ketara dari segi penyertaan dan juga skil individu. Jumlah penyertaan adalah Kejohanan petanque yang dianjurkan saban tahun oleh ANGKASA boleh menjadi pentas terbaik dalam mencungkil bakat dan melakar kejayaan dalam sukan tersebut di peringkat nasional dan antarabangsa.

18 PELANCAR Oktober 2018

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease