sebanyak 8,535 orang pada tahun 2015 dan meningkat kepada 10,250 orang pada tahun ini. “Saya juga difahamkan bahawa kejohanan petanque anjuran ANGKASA telah diiktiraf sebagai aktiviti ko-kurikulum di peringkat kebangsaan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Pihak sekolah dan pelajar boleh mendapat merit apabila menyertainya. Oleh itu, saya mencadangkan agar setiap sekolah mewujudkan padang petanque sendiri dan menganjurkan kejohanan petanque peringkat sekolah bagi menarik minat lebih ramai pelajar untuk melibatkan diri dalam sukan ini,” jelasnya. Beliau berkata demikian ketika berucap mewakili Ketua Menteri Melaka, Tuan Adly Zahari dalam majlis perasmian Kejohanan Petanque ANGKASA Peringkat Kebangsaan Tahun 2018 yang berlangsung di Arena Petanque Hang Jebat, Tanjong Kling, Melaka.
Turut hadir ialah Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah; Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin
Ismail; Naib-Naib Presiden ANGKASA iaitu Datuk Haji
Mohamad Ali Hasan dan Dato’ Che Mohd Shukree Che Isa; Pengerusi- Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya. Sebelum itu, Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah dalam ucapan aluannya berkata, ANGKASA mempunyai beberapa matlamat dalam penganjuran kejohanan ini. Antaranya adalah untuk menyatukan anggota koperasi melalui sukan petanque agar hubungan dan kerjasama antara koperasi terjalin lebih erat selaras dengan prinsip keenam koperasi iaitu kerjasama antara koperasi. Selain itu, ANGKASA turut berhasrat untuk melahirkan pemain- pemain petanque yang bertaraf dunia daripada kalangan anggota koperasi.
» Tuan Gue Teck menerima cenderamata daripada Dato’ Abdul Fattah.
“ANGKASA juga akan mempromosi sukan petanque secara berterusan kerana ia berkait rapat dengan pengurusan sesebuah koperasi yang bersifat fokus, cekap berfikir, bijak mengatur strategi serta hubungan harmoni sesama pasukan,” katanya.
Oktober 2018 PELANCAR
19
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease