Wadah PELANCAR Edisi Oktober 2018

Menariknya, proses penanaman jagung bijian cukup mudah kerana melibatkan penggunaan jentera secara sepenuhnya. Tanaman juga tidak mudah terjejas oleh serangan makhluk perosak seperti serangga selain tidak memerlukan penjagaan yang rapi kerana tumbuhan tersebut bersifat lasak dan tidak sensitif dengan faktor cuaca. Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah berkata, koperasi yang berminat untuk mengusahakan tanaman jagung bijian bakal dibantu oleh barisan tenaga pakar yang dilantik selain mendapat sokongan dan bantuan teknikal daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani seperti jentera dan sebagainya. Menurut beliau, selain terlibat dalam projek penanaman secara langsung dan

» Taklimat tentang produk benih jagung bijian oleh Pengarah Urusan Famox Platation (M) Sdn. Bhd., Encik Ramana K. Naidu

SAKSIKAN LIPUTAN VIDEO PROJEK TANAMAN JAGUNG BIJIAN KONSORTIUM KOPERASI TANAMAN PADI KEDAH BERHAD

mewujudkan tenaga kerja baharu, banyak lagi peluang sampingan yang boleh dibentuk oleh koperasi menerusi projek-projek hiliran seperti pembekalan benih tempatan, menguruskan pusat pengumpulan secara komprehensif, khidmat sokongan teknikal dan penghasilan produk akhir selain terlibat dalam aktiviti pemasaran.

IMBAS KOD QR

ATAU LAYARI PELANCARTV DI YOUTUBE

Selama ini, Malaysia banyak bergantung kepada import bagi produk jagung bijian yang mahu diproses sebagai makanan haiwan ternakan

dengan nilai import melebihi RM3 bilion

setahun. Berasaskan kepada rancangan jangka panjang ANGKASA, projek tanaman bersepadu jagung bijian koperasi dengan kerjasama MOA diharap dapat membantu mengurangkan jumlah import produk tersebut selain dapat meningkatkan kapasiti perolehan koperasi dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

» Dato’ Abdul Fattah mencuba masukkan biji jagung ke dalam mesin pengisar.

Oktober 2018 PELANCAR

25

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease