Wadah PELANCAR Edisi Oktober 2018

Pelan Strategik Tanaman Jagung Bijian Oleh ANGKASA

ANGKASA menetapkan sasaran menerusi pelan strategik tanaman jagung bijian sekurang-kurangnya empat ribu hektar menjelang 2020. Keluasan tersebut menerusi penglibatan koperasi berasaskan pertanian di bawah ANGKASA yang mempunyai tanah berkeluasan sekurang-kurangnya 25 ekar.

Dato’ Haji Kamarudin Ismail Timbalan Presiden ANGKASA

Menerusinya, ANGKASA akan mempraktikkan modul tanaman jagung bijian yang telah berjaya oleh koperasi yang menceburi lapangan tersebut sebelum ini seperti Konsortium Koperasi Tanaman Padi Kedah Berhad. ANGKASA melalui pelan mekanisasinya juga akan membantu menambahbaik tadbir urus perolehan jentera tanaman jagung bijian yang akan diuruskan oleh koperasi yang dilantik kelak berasaskan kerjasama strategik bersama Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. ANGKASA juga akan menawarkan perkhidmatan

mekanisasi kepada koperasi- koperasi yang mengambil bahagian dengan membantu menambahbaik tadbir urus perolehan jentera tanaman jagung bijian. Pengurusan jentera tersebut akan diurus oleh koperasi yang dilantik kelak berasaskan kerjasama strategik bersama Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Di samping itu, konsep belian balik hasil pengeluaran juga turut dirancang bagi menjamin pulangan projek yang diusahakan oleh koperasi. Menerusi pendekatan tersebut, pusat-pusat pengumpulan akan ditubuhkan di negeri-negeri yang terlibat dan mempunyai kawasan tanaman

yang luas. Belian balik itu akan dijual secara terus ke kilang ataupun diproses sebagai produk akhir ( feedmill ) sebagai peluang perniagaan baharu kepada koperasi yang berminat. ANGKASA juga bakal melantik ‘Anchor Company’ yang memberi tumpuan kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) menerusi penyelidikan, pemilihan dan pengedaran benih yang bermutu dalam usaha memastikan kejayaan dan kelangsungan projek tersebut oleh koperasi yang terlibat.

Oktober 2018 PELANCAR

27

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease