DARI MEJA PRESIDEN
SIDANG PENGARANG
Presiden Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah
Timbalan Presiden Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail
Naib Presiden Datuk Haji Mohamad Ali Hasan Haji Mohamad Azmi Omaruddin Dr. Mohd. Azlan Yahya Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa Panel Penasihat Editorial Dato’ Haji A. Aziz Deraman Dr. Aminudin Mansor (AMI MASRA) Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah
Salam Sejahtera
Secara umumnya, kebolehan dan kecekapan seseorang individu berkaitan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam sesebuah koperasi berkait rapat dengan tahap literasi yang dimiliki selain prasarana atau kelengkapan yang disediakan. Pemantapan ilmu berkaitan ICT dalam kalangan anggota mahupun warga kerja koperasi sentiasa diberi penekanan serius oleh ANGKASA, namun keupayaan mereka untuk mengimplimentasikan kelengkapan tersebut haruslah seiring dengan perkembangan terkini selain faham dengan selok-belok penggunaan ICT dari semasa ke semasa. Seiring dengan Dasar Koperasi Negara yang turut menggariskan strategi tentang kepentingan ICT dalam gerakan koperasi demi kemajuan dan kelestariannya, sudah pasti matlamat tersebut perlu dilaksanakan dengan lebih bersungguh-sungguh. Semua kelebihan dan kemudahan yang disediakan menerusi ICT itu sewajarnya dimanfaatkan atau dikuasai dengan sebaiknya oleh setiap warga koperasi yang terlibat bagi memastikan tahap upaya tadbir urus koperasi berjalan seiring dengan perkembangan sosioekonomi masa kini. Budaya niaga konvensional bukan sahaja boleh menjejaskan prestasi perniagaan koperasi, malah pelaksanaan yang dibuat tanpa mengikuti perkembangan semasa khususnya aspek ICT boleh menyebabkan peningkatan kos yang akhirnya membebankan koperasi itu sendiri dalam jangka panjang. Menerusi ICT juga, sesebuah koperasi kecil akan mampu membawa perniagaannya sehingga merentasi sempadan negara selain lebih kompetitif untuk berada sebaris dengan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh pesaing yang lain. Di samping itu juga, ICT mampu berperanan sebagai platform untuk mewujudkan rangkaian niaga sesama koperasi bagi mewujudkan skala perniagaan yang lebih tinggi dalam satu-satu masa. Tiada lagi istilah sukar untuk mendapatkan pelanggan atau pembeli kerana pendekatan promosi boleh disalurkan secara terus dan menjimatkan hanya melalui ICT. Semoga dengan adanya lebih ramai tenaga mahir ICT dalam gerakan koperasi, sektor koperasi akan mampu berkembang dan memberi pulangan yang sewajarnya kepada sosioekonomi anggota dan masyarakat.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Haji Nasir Khan Yahaya
Pengurus Besar Bahagian Sekretariat Halim Haji Ibrahim
Pengurus Mohd Zakuan Azmi
Penolong Pengarang Nor Azah Abd. Aziz Wan Adlina Wan Ab. Aziz
Pegawai Media Sosial Nadiah Kamarudin
Pereka Grafik Faizatulliza Mohd. Nor
Pemberita / Jurugambar Rahmat Mohd. Did Aizal Azizan Sajari Pruf Dan Rekaletak Haji Anuar Ismail Datin Hajah Fauziah Zainal
Disediakan Oleh Unit PELANCAR Bahagian Sekretariat E-mel: pelancar.angkasa@gmail.com
Dicetak Oleh Ultimate Print Sdn. Bhd.
Oktober 2018 PELANCAR
1
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease