Wadah PELANCAR Edisi Oktober 2018

ANGKASA Optimis Koperasi Mampu Jadi Pemain Utama Industri Tenusu

ANGKASA optimis koperasi mampu menjadi pemain utama dalam industri tenusu negara. Kejayaan FrieslandCampina, salah satu koperasi tenusu terbesar di dunia dan juga pengeluar produk tenusu jenama Dutch Lady, boleh dijadikan contoh dan inspirasi bagi koperasi tempatan untuk berjaya dalam industri ini. Pada 4 September lepas, Sektor Pertanian dan Industri Asas Tani ANGKASA telah membentangkan Projek Pengeluaran Anak Lembu Tenusu Dara Pengganti Bunting Komposisi Baka Kacukan 5/8 Friesian Jersey yang berkualiti tinggi. Pembentangan yang berlangsung di Hotel Aliya, Klang itu turut dihadiri oleh kepimpinan tertinggi dan pengurusan tertinggi ANGKASA, Pengerusi Koperasi Pegawai-Pegawai MARDI Berhad (KOMARDI), Dato Dr. Azizan Ab. Rashid dan wakil konsultan industri iaitu Dr. Hamdan Ahmad yang merupakan Penyelaras Unit Penyelidikan Pusat Kawalan Pengajian Sains Kaji Hayat, Universiti Sains Malaysia. Projek yang dibangunkan oleh ANGKASA dengan kerjasama KOMARDI itu dikategorikan sebagai Co- operative Empowerment Project 1 atau CEP 1. CEP 1 telah diperkenalkan oleh ANGKASA sebagai salah satu usaha proaktif untuk memastikan kelestarian sumbangan Sektor Koperasi kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). CEP 1 adalah projek-projek utama ANGKASA, sama ada secara langsung atau melalui entiti perniagaan ANGKASA yang lain. Projek tersebut perlu bebas untuk berdaya saing dan melalui tadbir urus yang jelas serta tidak memberi kesan kepada ANGKASA sebagai badan APEKS gerakan koperasi. CEP 2 pula adalah dua atau lebih koperasi dalam fungsi yang sama bersama-sama dalam satu projek (konsortium) manakala CEP 3 adalah projek impak tinggi yang diketuai oleh sebuah koperasi. * Susu (cecair) merujuk kepada penggunaan susu segar dan susu cecair yang diimport.

Oleh : NADIAH KAMARUDIN

Menurut laporan Jabatan Perkhidmatan Veterinar, penggunaan per kapita susu (cecair)* setahun meningkat daripada 1.8 liter pada tahun 2016 kepada 2.0 liter pada tahun 2017, manakala pengeluaran susu segar mencatat pertumbuhan sebanyak 3.2 peratus kepada 37.9 juta liter. Nilai import Malaysia bagi susu dan hasil susu yang menurun daripada RM3.93 bilion pada tahun 2014 kepada RM3.08 bilion pada tahun 2016 juga menunjukkan peningkatan dalam penerimaan pengguna tempatan terhadap produk tenusu keluaran Malaysia. Hal tersebut sekaligus menunjukkan industri tenusu mampu memberi pulangan yang tinggi sekaligus dapat membantu kerajaan mengurangkan kebergantungan terhadap produk tenusu import. Koperasi seharusnya menggunakan kekuatan bilangan anggota koperasi sekolah yang mencecah 1.9 juta daripada keseluruhan 6.5 juta anggota di seluruh negara sebagai pemangkin untuk terlibat dalam industri tenusu memandangkan permintaan terhadap produk tersebut adalah tinggi dalam kalangan pelajar sekolah. Penglibatan koperasi tempatan dalam bidang penternakan lembu tenusu perlu diperhebatkan lagi kerana permintaan yang tinggi untuk produk tenusu dalam kalangan masyarakat dari dalam dan luar negara.

30 PELANCAR Oktober 2018

30 PELANCAR Oktober 2018

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease