Wadah PELANCAR Edisi Oktober 2018

Oleh : NOR AZAH ABD AZIZ Mesin Pembungkusan Baharu Bantu Tingkat Pengeluaran Koperasi Pengeluar Ubi dan Kerepek Negeri Selangor Berhad (KOUPANG)

» Dato’ Abdul Fattah (kanan) bergambar bersama produk kerepek KOUPANG. Turut sama ialah Encik Zamri Jamaludin (tengah) dan Cik Nabila.

Koperasi Pengeluar Ubi dan Kerepek Negeri Selangor Berhad (KOUPANG) berpotensi untuk melangkah lebih jauh dalam perniagaan kerepek ubi kayunya sehingga ke luar negara, terutama selepas menggunakan mesin pembungkusan baharu yang lebih cekap dan sistematik.

Mesin pembungkusan bernilai lebih RM400 ribu itu telah dibeli hasil pembiayaan yang diperoleh dari Koperasi Pembiayaan Syariah ANGKASA Berhad (KOPSYA) dan berupaya memproses dan mengeluarkan hasil kerepek lebih 15 ribu pek sehari. Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah ketika mengunjungi kilang pengeluaran produk makanan ringan jenama KOUPANG milik koperasi tersebut di Sungai Pelek di Sepang, Selangor berkata, peningkatan kualiti

pembungkusan produk KOUPANG yang tergolong dalam kategori ‘100 Product Champion’ telah banyak membantu dalam menjana peningkatan pasaran. Katanya, selain pasaran terbuka, koperasi-koperasi sekolah seperti di negeri Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Kuala Lumpur turut menjadi antara pelanggan konsisten bagi produk tersebut. Dato’ Abdul Fattah juga turut merancang untuk membantu memperkenalkan produk-produk koperasi ke negeri-negeri lain

termasuk di luar negara secara terus bagi membantu mempromosikan produk-produk berkualiti keluaran koperasi kepada masyarakat. Sementara itu, Penasihat KOUPANG, Encik Zamri Jamaludin memberitahu, koperasi bercadang untuk membeli sebuah lagi mesin pembungkusan kerepek supaya operasi pengeluaran berjalan dengan lebih lancar sekaligus dapat menghasilkan kerepek siap bungkus dengan kuantiti yang lebih besar. Katanya, kerepek-kerepek yang dikeluarkan, berpotensi

32 PELANCAR Oktober 2018

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease