Wadah PELANCAR Edisi Oktober 2018

atas faktor kebenaran menjual makanan kering. Keluasan kilang yang sedia ada ialah sekitar satu ekar. Bangunan kilang yang dibina pada tahun 2015 mempunyai pekerja seramai 10 orang yang terdiri daripada masyarakat kampung sekitar. Terkini, kilang baharu milik koperasi dijangka akan mula beroperasi dalam tempoh terdekat dan akan melibatkan penambahan bilangan tenaga kerja seramai lima orang. Selain isi ubi kayu diproses menjadi kerepek, kulitnya akan dijual sebagai produk makanan haiwan dan baja tanaman. Koperasi juga mempunyai ladang untuk tanaman ubi kayu seluas lima ekar, selain bergantung kepada contract farming dengan pengusaha tanaman produk tersebut, iaitu pengusaha dalam kalangan anggota koperasi itu sendiri. Perisa yang dipasarkan ialah perisa bbq, lada hitam, asli dan pedas. Selain kerepek ubi kayu, KOUPANG turut menjual kerepek pisang, bawang dan lain-lain. Koperasi juga turut berhasrat untuk mengetengahkan perisa baru, seperti perisa tomato, masam manis dan keju di pasaran. Foodtruck juga antara perancangan terkini koperasi dalam mengembangkan lagi pasaran perniagaan. Alamat KOUPANG : Jalan Sempadan Ulu Teris, Kampung Bukit Bangkong, 43950 Sungai Pelek, Sepang, Selangor Darul Ehsan. Telefon : 019-262 1553 / 03- 3142 1169 Facebook : Koperasi Pengusaha Dan Pengilang Ubi Selangor Berhad Instagram : Kerepek, Koupang

diekspot ke luar negara, seperti negara Brunei dan Singapura yang telahpun menunjukkan minat untuk mengimport. Beliau berharap, lebih banyak koperasi dapat memberikan sokongan dan galakan terhadap produk koperasi. Katanya, sokongan tersebut sangat perlu bagi membantu KOUPANG mencapai sasaran jualan seperti yang telah ditetapkan. Menurut beliau, setiap hari, sekurang- kurangnya 1,000 bungkusan kerepek disasar akan terjual melalui koperasi sekolah. Setiausaha koperasi, Cik Nabila Zamri memberitahu, pasaran terbesar KOUPANG setakat ini adalah di kedai koperasi sekolah menengah di seluruh Semenanjung Malaysia. “Walau bagaimanapun, koperasi turut mendapat tempahan daripada koperasi-koperasi di negeri Sabah dan Sarawak, namun kerana kekangan pengangkutan, permintaan mereka belum dapat dipenuhi. Tempahan juga turut diterima daripada pasar raya,” ujar beliau. Katanya lagi, tidak dinafikan wujud permintaan daripada luar negara seperti dari negara China. Walau bagaimanapun, pihak koperasi masih menunggu pensijilan daripada negara itu. Ia turut melibatkan kos berkaitan dengan pengurusan konsultan, pensijilan Good Manufacturing Practice (GMP) dan HACCP. Sebelum ini katanya, produk KOUPANG sudahpun menembusi pasaran Dubai. Setakat ini, sebanyak 135 buah koperasi sekolah di sekitar Lembah Klang menjadi pelanggan tetap KOUPANG. Setiap sekolah akan menempah antara 400 hingga 1,500 bungkus kerepek pelbagai perisa seberat 30 gram. Menurut beliau, sebenarnya terdapat lebih 300 sekolah telah menunjukkan minat untuk berurusniaga bagi menjual produk KOUPANG namun hanya 100 koperasi sekolah sahaja yang meneruskan urusniaga

» Mesin pembungkus.

» Proses menggoreng kerepek.

» Kerepek KOUPANG juga turut dijual secara pukal.

» Pusat pemprosesan ubi kayu mentah.

Oktober 2018 PELANCAR

33

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease