Wadah PELANCAR Edisi Oktober 2018

Sarawak

Program Khidmat Masyarakat Koperasi Sekolah Di Taman Negara Niah (Gua Niah Sarawak)

Oleh : ANDERSON ANAK EDIT

Pegawai Pelajaran ANGKASA Sarawak

Program Khidmat Masyarakat Koperasi Sekolah adalah satu projek khas yang dikendalikan oleh Bahagian Pembangunan Modal Insan Dan Pembangunan Keusahawanan ANGKASA. Program ini selaras dengan prinsip koperasi yang ke-7 melalui Jati Diri Koperasi iaitu Prihatin Terhadap Masyarakat.

Haji Usuf Bin Haji Samah @ Abu Samah Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Sarawak

Koperasi sekolah haruslah memainkan peranan penting di dalam komuniti bagi sama-sama membangunkan masyarakat melalui program khidmat masyarakat. Keprihatinan ini akan menjadikan koperator sekolah menjadi pemimpin yang dapat membela kehidupan masyarakat pada masa akan datang. ANGKASA sebagai badan apex gerakan koperasi mengambil tanggungjawab sosial ini sebagai pemangkin kesedaran yang perlu dipupuk dalam kalangan koperator sekolah agar mereka dapat menjadi lebih bertanggungjawab apabila berada dalam kelompok komuniti nanti.

Koperasi SMK Subis Miri Berhad telah dipilih sebagai tuan rumah untuk melaksanakan program pada julung kali pelaksanaannya memandangkan SMK Subis mempunyai pakej pelancongan koperasi sekolah yang diuruskan oleh Anggota Lembaga Koperasi Sekolah, Cikgu Shahrul Moha. Program ini dilaksanakan pada 28 dan 29 Julai 2018 di Taman Negara Niah dan diuruskan sendiri oleh Anggota Lembaga guru dan pelajar Koperasi SMK Subis Miri Berhad dengan tema “Di Mana Alam Memayungi Warisan”.

34 PELANCAR Oktober 2018

34 PELANCAR Oktober 2018

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease