Seterusnya, peserta akan terlibat dengan aktiviti dalam kumpulan dan ‘ ice breaking ’ serta pembahagian kumpulan peserta. Pada sebelah malamnya, diadakan upacara pembukaan program dan diikuti oleh perkongsian pengalaman langsung pengendalian pakej pelancongan koperasi sekolah oleh Cikgu Shahrul Moha. Keesokan harinya, selepas sarapan dan senaman pagi, peserta dibawa ke Gua Niah. Pelajar SMK Subis yang terlibat dalam melaksanakan program pakej lawatan koperasi sekolah bertindak sebagai pemandu pelancong. Mereka bertanggungjawab memberi penerangan dan penjelasan tentang keadaan muka bumi serta flora dan fauna yang boleh ditemui sepanjang perjalanan ke Gua Niah. Perjalanan ke Gua Niah memakan masa 1 jam 30 minit melalui laluan yang disediakan selain mendaki laluan yang agak mencabar sebelum tiba di Gua Niah. Peserta juga turut dibawa melawat tapak niaga penduduk Rumah Panjang Patrick Libau. Peserta boleh melihat dan membeli kraftangan yang dihasilkan dan dijual oleh penduduk rumah panjang. Perasmian penutup program ini dilakukan oleh Encik Mohamad Mortadza Matarang, Ahli Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Sarawak yang mewakili Pengerusi JPAN Sarawak, Haji Usuf Haji Samah @ Abu Samah. Dalam ucapan penutupan, beliau menekankan pentingnya pendedahan kepada generasi muda tentang budaya hormat menghormati serta menghargai alam sekitar. Masyarakat sebaliknya perlu berganding bahu dalam memastikan keindahan alam ini terpelihara dan tidak pupus. Sebagai sebahagian kepada program khidmat masyarakat ini, tetamu kehormat dijemput untuk menanam pokok limau kasturi di Tapak Projek Hijau SMK Subis. Secara keseluruhannya program ini berjaya mencapai objektifnya dan telah membuka ruang kepada peserta untuk terus membangunkan koperasi sekolah secara amnya. Pengisian program yang memberi kesan yang positif kepada peserta menjadikan mereka berasa lebih bersyukur terhadap khazanah alam pemberian Tuhan dan mengenali dengan lebih mendalam budaya masyarakat serta etnik berbilang bangsa di kawasan berkenaan.
Sebanyak lapan buah koperasi sekolah di bahagian Miri dan Bintulu dipilih untuk menjayakan program khidmat masyarakat ini yang terdiri daripada SMK Bintulu, Kolej Vokasional Bintulu, SMK Kidurong, Sekolah Menengah Sains Miri, SMK Suai, SMK Subis, SMK Luak dan Kolej Vokasional Miri. Peserta dari setiap sekolah terdiri daripada seorang guru pengiring dan tiga orang pelajar. Pada 28 Julai 2018, semua peserta dari setiap sekolah akan berkumpul dan mendaftar di Taman Negara Niah untuk mendapatkan bilik penginapan dan ‘goodies ’ daripada pihak sekolah dan ANGKASA. Seterusnya, para peserta
akan terus ke SMK Subis untuk sesi taklimat program. Diikuti dengan ceramah motivasi oleh pegawai dari Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB) berkenaan “Kesedaran Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama”. Peserta diberikan penerangan tentang perlunya menjaga alam sekitar serta sumbangan peserta dalam memelihara dan memulihara flora dan fauna anugerah Tuhan ini.
35 Oktober 2018 PELANCAR 35 PELANCAR
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease