Wadah PELANCAR Edisi Oktober 2018

Negeri Sembilan

Jadi

Oleh : DATO’ HAJI IBRAHIM HAJI ABDULLAH Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Sembilan Aktiviti Koperasi Di Sabah Sumber Idea Dan Inspirasi

Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Sembilan

» Rombongan bergambar beramai- ramai di Koperasi Homestay Walai Tokou Kundasang Berhad.

Seramai 19 delegasi daripada kalangan Ahli Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Negeri Sembilan, warga kerja ANGKASA Negeri serta wakil-wakil koperasi ahli ANGKASA telah menyertai Program Penanda Aras Koperasi ke Kota Kinabalu dan Kundasang, Sabah, baru-baru ini.

Program selama empat hari tersebut bertujuan untuk menimba pengalaman di tempat yang dikunjungi di samping berkongsi serta bertukar-tukar idea serta pandangan ke arah pembangunan dan kemajuan gerakan koperasi negeri. Kunjungan ke Koperasi Kakitangan Taman-Taman Sabah Berhad (KOKTAS) di Kundasang menyaksikan kejayaan tersendiri apabila berjaya menjalankan aktiviti dan perkhidmatan seperti restoran; kedai cenderamata, pembekal barangan runcit dan alatulis, pusat sukan; kafe; pengangkutan; penginapan; khidmat pinjaman dan agen insurans termasuk penyewaan bangunan.

KOKTAS didaftarkan pada 2 Disember 1986 dan kini memiliki keanggotaan seramai 556 orang dengan perolehan pendapatan pada tahun lalu sebanyak RM7,508,169.73. Delegasi turut berpeluang ke Koperasi Homestay Walai Tokou Kundasang Berhad yang terletak berhampiran Gunung Kinabalu. Koperasi tersebut didaftarkan pada 23 Ogos 2010 dan terletak di kedudukan strategik dengan komposisi penduduknya terdiri daripada masyarakat Dusun. “Walai Tokou” dalam bahasa masyarakat Dusun bermaksud “Rumah Kita”. Koperasi tersebut memiliki keanggotaan seramai 186 orang dan giat menjalankan perkhidmatan penginapan

36 PELANCAR Oktober 2018

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease