Pemimpin Berwibawa Kunci Kejayaan Koperasi
Oleh : WAN ADLINA WAN AB. AZIZ
Keupayaan dan kebolehan seseorang pemimpin koperasi wajar dipertingkat bagi mewujudkan daya kecekapan dalam menguruskan koperasi. Penguasaan ilmu berkoperasi terutamanya dalam mengasah pemikiran kreatif dan inovatif pemimpin koperasi menjadi kunci kejayaan dalam pengurusan. » Dato’ Abdul Fattah menyerahkan sijil-sijil penyertaan peserta kepada Pengerusi JPAN yang mewakili negeri masing-masing iaitu Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah (Pengerusi JPAN Negeri Sembilan), Haji Muslim Md. Shah (Pengerusi JPAN Melaka) dan Haji Sazali Abd. Hamid (Pengerusi JPAN Johor).
Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah menyatakan, kekuatan gerakan koperasi dalam sesebuah negara sangat bergantung kepada tadbir urus dan kepimpinan yang baik ke arah mewujudkan tahap kepimpinan yang lebih mampan. Katanya, pemimpin bukan sahaja bertindak sebagai penggerak tetapi perlu menunjukkan contoh terbaik kepada warga kerja termasuk masyarakat.
Mereka seharusnya memiliki wawasan dan matlamat yang jelas dalam melaksanakan tanggungjawab mengurus koperasi. “Seseorang pemimpin yang cekap perlu mempunyai kredibiliti yang tinggi untuk mengharungi cabaran dalam dunia kepimpinan gerakan koperasi sejajar dengan keperluan Dasar Koperasi Negara 2011-2020.
38 PELANCAR Oktober 2018
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease