Wadah PELANCAR Edisi Oktober 2018

“Dalam hal ini, ahli-ahli JPAN sebagai pemimpin

Dato’ Haji Kamarudin Ismail, ANGKASA sentiasa berusaha meningkatkan tahap kelestarian kepimpinan koperasi dan pembangunan modal insan dalam kalangan pemimpin koperasi menerusi pelbagai program yang dilaksanakan seperti kursus, seminar dan bengkel untuk memberi impak positif kepada gerakan koperasi. Beliau berkata, barisan kepimpinan terdiri daripada pemimpin dan pentadbir koperasi perlu mengukuhkan kefahaman dan mendorong semangat kerja berpasukan untuk mencapai wawasan organisasi. “Pentadbir peringkat bawahan dan atasan sewajarnya bersikap prihatin terhadap perkembangan organisasi tanpa mengabaikan pembentukan modal insan yang mantap dalam melahirkan pekerja yang cekap dan mahir kerana mereka adalah aset kepada organisasi,” katanya. Sebanyak tujuh kertas kerja dibentangkan sepanjang dua hari program iaitu “Jati Diri Koperasi”, “Peranan Dan Tanggungjawab ANGKASA Sebagai Badan Puncak Gerakan Koperasi Negara”, “Hala Tuju Dan Pelan Strategik ANGKASA”, “Pengurusan Kewangan ANGKASA & JPAN”, “Integriti Dan Tadbir Urus Koperasi”, “Koperasi Pembiayaan Syariah ANGKASA (KOPSYA) dan “Pembangunan Perniagaan MyANGKASA Holding”.

gerakan koperasi perlu bersikap komited serta meletakkan usaha jitu untuk mencapai perubahan serta menggunakan sumber-sumber secara profesional dan berkesan,” katanya ketika merasmikan Majlis Penutupan Kursus Khas Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Zon Selatan bertempat di Hotel Kobemas, Melaka pada 13-14 September 2018 lalu. Kursus Khas JPAN Zon Selatan kali ini menyaksikan penyertaan seramai 35 peserta terdiri daripada ahli-ahli JPAN negeri Negeri Sembilan, Melaka dan Johor dengan matlamat untuk menjayakan agenda pembangunan pendidikan koperasi ke arah melahirkan pemimpin koperasi yang berwawasan, berilmu, berintegriti dan berstrategik. Penyertaan dalam kursus ini juga dilihat berupaya mengukuhkan kepimpinan koperasi dengan memantapkan kefahaman jati diri, peranan dan tanggungjawab ANGKASA sebagai badan puncak gerakan koperasi di Malaysia di samping memberikan pendedahan secara lebih terperinci mengenai hala tuju dan Pelan Strategik ANGKASA, pengurusan kewangan, integriti dan tadbir urus JPAN kepada pemimpin koperasi khususnya JPAN ANGKASA. Sementara itu, dalam ucapan perasmian pembukaan yang disampaikan oleh Timbalan Presiden ANGKASA,

» Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail bersama-sama peserta program. Turut sama dalam gambar ialah Pengerusi JPAN Melaka, Haji Muslim Md. Shah dan Pengerusi JPAN Negeri Sembilan, Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah.

Oktober 2018 PELANCAR

39

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease