Wadah PELANCAR Edisi Oktober 2018

Tinjauan Koperasi

Tumpu Kebajikan Anggota Koperasi Kakitangan UiTM Berhad

Oleh : NOR AZAH ABD AZIZ

Sesuai dengan peranannya sebagai sebuah koperasi yang dianggotai kakitangan dari pelbagai peringkat seluruh cawangan Universiti Teknologi MARA (UiTM), Koperasi Kakitangan UiTM Berhad yang berpusat di Seksyen 7, Shah Alam memberi penumpuan terhadap aktiviti yang menjurus kepada kebajikan lebih tujuh ribu anggotanya.

Pengerusi koperasi, Encik Mohd Ikram Md Nazir berkata, selain mengendalikan aktiviti utama koperasi iaitu memberi pembiayaan peribadi Bai Al-Inah kepada anggotanya, koperasi juga turut menyediakan pembiayaan lain seperti pinjaman membeli motorsikal, pinjaman pakej pelancongan, pinjaman untuk persekolahan anak dan pembiayaan untuk kursus dan kemasukan ke institusi pengajian tinggi. Sebagai kemudahan tambahan kepada anggota, koperasi turut memberi pinjaman bagi pembelian komputer riba dan telefon bimbit pelbagai jenama di semua cawangan melalui sistem potongan gaji sejak tahun 2017. Koperasi Kakitangan UiTM juga turut aktif menjalankan perniagaan kedai runcit di kampus-kampus UiTM seperti di kampus induk yang terletak Shah Alam, kampus UiTM di Raub dan Jengka, Pahang; kampus UiTM di Tapah, Perak; UiTM Merbuk, Kedah dan kampus UiTM Pasir Gudang, Johor. ‘Campus Mart’ iaitu kedai serbaneka milik koperasi turut beroperasi di enam buah cawangan kampus UiTM seperti di daerah-daerah Pasir Gudang, Merbuk, Tapah, Jengka, Raub dan Shah Alam. Sementara itu, Setiausaha koperasi, Encik Syahrudin Hanib berkata, Koperasi Kakitangan UiTM Berhad yang menduduki tangga ke-58 koperasi terbaik di Malaysia pada tahun 2017 turut melibatkan diri dalam perniagaan perkhidmatan dobi yang beroperasi di kampus Shah Alam, Puncak Alam, Machang, Kelantan, Alor Gajah, Melaka, Kota Kinabalu, Sabah dan Sungai Buloh, Selangor. » Encik Mohd Ikram, Pengerusi koperasi.

42 PELANCAR Oktober 2018

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease