Wadah PELANCAR Edisi Oktober 2018

» “Campus Mart” di Terengganu

Katanya, koperasi yang berusia 50 tahun pada tahun ini, mempunyai bangunan dua tingkat di Seksyen 2, Shah Alam, yang disewakan kepada kedai percetakan manakala bangunan pejabat koperasi setinggi 4 tingkat yang dibeli sejak tahun 2006 turut dijadikan sebagai pusat jualan insurans Takaful Malaysia, Ar-Rahnu dan lain-lain urusan pentadbiran. Menurut beliau, koperasi juga turut mempunyai bangunan kedai » Kedai dobi yang beroperasi di Puncak Alam.

» Sumbangan kepada Pusat Zakat UiTM Cawangan di Melaka.

» Sebahagian daripada bangunan milik koperasi yang disewakan.

» Anggota Lembaga Koperasi dan Ahli Biro di Pulau Karimun, Indonesia sempena Program Perancangan Strategik.

sebanyak lima peratus kepada anggota selain merangsang peningkatan jumlah keanggotaan. Beliau juga turut menyampaikan setinggi- tinggi penghargaan kepada ANGKASA dan pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Selangor yang telah banyak memberi sokongan dan bantuan melalui pelbagai kursus dan ilmu pengetahuan kepada koperasi.

di Seksyen 7, dua lot termasuk setor telah disewakan kepada Polis Diraja Malaysia. Terdapat juga bangunan tiga tingkat, dua lot di Seksyen 9, Shah Alam telah disewakan dengan harga RM6,000 satu lot serta bangunan dua tingkat di Seksyen 15. Koperasi juga katanya turut memiliki bangunan kondominium tiga unit yang disewakan sejak Julai 2018 dan terletak berhampiran dengan Kelab Golf Rahman Putra, Sungai Buloh. Pada tahun lalu sahaja, koperasi berjaya mengaut pendapatan bersih tahunan lebih RM7 juta dengan jumlah aset terkumpul lebih RM100 juta dan modal syer serta yuran lebih RM78 juta. Pada tahun 2019, Anggota Lembaga Koperasi (ALK) berhasrat untuk meluaskan perniagaan dengan menjalankan perniagaan stesen minyak di Kota Kinabalu selain mengendalikan urusan pendaftaran “UiTM Di Hatiku” bagi tujuan cenderahati dan lain-lain. Perkhidmatan shuttle van juga diharap dapat membantu meningkatkan kemudahan kepada anggota dan pelajar. Koperasi juga merancang untuk menjalinkan kerjasama dengan koperasi lain dalam aktiviti pembersihan bangunan, selain menumpukan kegiatan kepada bidang hartanah. Bersama tenaga kerja seramai 22 orang, koperasi Kakitangan UiTM Berhad menyediakan Tabung Kebajikan Bersama dengan peruntukan sebanyak RM1.9 juta yang merangkumi sumbangan rawatan dan kematian. Insentif wang tunai juga turut disumbangkan kepada anak anggota yang cemerlang dalam akademik, hadiah persaraan, perkahwinan pertama dan pesara wajib yang berkhidmat selama 30 tahun ke atas. Mohd Ikram berharap, Koperasi Kakitangan UiTM Berhad dapat mewujudkan lebih banyak peluang perniagaan baharu bagi meningkatkan perolehan koperasi. Beliau dan Anggota Lembaga Koperasi (ALK) yang lain juga bercadang untuk memberi dividen

Alamat koperasi : B-13, Tingkat 1, 2 & 3 Worldwide @ 7, Jalan Lazuardi 7/29, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Telefon : 03-5510 4512 Laman Web : www.uitmkoop.com.my

Oktober 2018 PELANCAR

43

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease