Wadah PELANCAR Edisi Oktober 2018

BIMBING PELAJAR URUSKAN KOPERASI

Oleh : MOHD ZAKUAN AZMI

Pelajar perlu dibimbing agar dapat menguruskan koperasi semasa berada di peringkat sekolah lagi agar ilmu dan pengalaman tersebut dapat dibawa dan dipraktikkan pada masa hadapan terhadap koperasi yang mereka naungi.

» Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin bergambar bersama barisan guru dan pelajar SMK Tun Syed Zahiruddin. Turut sama ialah Haji Muslim Md. Shah.

Anugerah Kecemerlangan Koperasi Sekolah (AKKS) Tahun 2018 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Syed Zahiruddin, Merlimau Melaka pada 19 September lalu anjuran Koperasi SMK Tun Syed Zahiruddin Melaka Berhad. Dato’ Haji Kamarudin

Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail berkata, antara pendekatan ilmu koperasi yang perlu diketahui dan dipraktikkan oleh pelajar adalah seperti pengendalian Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi, pengurusan dan pembentangan kewangan koperasi, memainkan peranan sebagai Jawatankuasa Audit Dalaman, mampu memberikan ucapan serta berupaya mengemukakan usul yang baik. Katanya, pendedahan awal yang diberi kepada pelajar bukan sahaja dapat meningkatkan pengetahuan pelajar terhadap ilmu berkoperasi, malah pelajar tersebut akan dapat membantu guru dalam menjalankan aktiviti koperasi secara lebih bersepadu dan berkesan. Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Hari Kokurikulum Sekolah dan Hari

juga turut menyampaikan anugerah koperator terbaik

bagi kategori lelaki dan wanita, panitia belian tertinggi dan penyampaian sijil penghargaan kepada individu-individu yang terlibat dalam menjayakan

» Hajah Nor Afzan binti Mat Salleh, Pengerusi Koperasi

48 PELANCAR Oktober 2018

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease