aktiviti koperasi sekolah. Turut hadir dalam majlis perasmian tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Melaka, Haji Muslim Md. Shah. Menurut Pengerusi koperasi yang juga Pengetua SMK Tun Syed Zahiruddin, Hajah Nor Afzan Mat Salleh, Koperasi SMK Tun Syed Zahiruddin Melaka Berhad telah berjaya mencatat perolehan lebih RM100 ribu pada tahun lalu dengan merekodkan keuntungan lebih RM30 ribu. Menurut beliau, selain menjalankan aktiviti perniagaan runcit, koperasi yang ditubuhkan sejak tahun 2008 itu juga turut terlibat dalam kegiatan penanaman dan penjualan kelapa sawit dengan keluasan tanaman melebihi dua ekar. Penganjuran AKKS bermatlamat untuk menggalakkan pelajar supaya dapat melibatkan diri secara lebih aktif terhadap aktiviti luar kelas dan memupuk minat dalam bidang koperasi. Di samping itu, AKKS juga diharap dapat memupuk dan membina daya kepimpinan serta daya keusahawanan dalam kalangan pelajar selain memupuk potensi serta daya kreativiti dalam diri
setiap pelajar ke arah melahirkan modal insan yang lebh dinamik. Pengisian program yang berlangsung selama sehari di sekolah tersebut turut diisi dengan pelbagai aktiviti jualan oleh kelab dan persatuan, pertandingan kawad kaki, memanah, pertandingan menganyam ketupat, demonstrasi jahitan dan pameran galeri seni visual.
» Perasmian AKKS SMK Tun Syed Zahiruddin Melaka
» Barisan Jawatankuasa Koperasi SMK Tun Syed Zahiruddin Melaka Berhad.
» Bergambar di kedai koperasi.
» Aktiviti jualan oleh pelajar dan guru.
Oktober 2018 PELANCAR
49
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease