HKS BANTU TANAM MINAT TERHADAP KEUSAHAWANAN KOPERASI
Oleh : MOHD ZAKUAN AZMI
» Bergambar bersama barisan guru dan pelajar yang terlibat dalam tadbir urus koperasi.
Selain aktiviti jualan, program selama lima hari bermula 3 September itu turut diserikan dengan pertandingan kuiz secara online , kitar semula barangan terpakai dan sukan Petanque melibatkan pelajar serta guru. Majlis perasmian HKS tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail pada 5 September bertempat di Dataran SMK Rahmat, Kuala Sungai Baru, Melaka. Dalam majlis tersebut, beliau turut menyampaikan anugerah koperator terbaik dan panitia terbaik sekolah. Menurut Pengerusi yang juga Pengetua Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Rahmat Berhad, Encik Mustapah Mulop, koperasi yang ditubuhkan sejak 18 Disember 1978 itu giat menjalankan aktiviti peruncitan menerusi kedai koperasinya. Kini kedai tersebut sedang dalam proses penambahbaikan dengan meningkatkan ruang niaganya kepada 120 kaki persegi. Beliau berharap agar penganjuran HKS dapat membantu Berpegang kepada matlamat untuk memberi pendedahan, galakan dan rangsangan kepada warga sekolah dalam bidang keusahawanan di samping mengeratkan lagi hubungan sosial warga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rahmat dengan komuniti setempat, Hari Koperasi Sekolah (HKS) 2018 anjuran Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Rahmat Berhad telah dijayakan baru-baru ini dengan pelbagai pengisian menarik.
» Dato’ Haji Kamarudin (kiri) menyampaikan cenderamata berupa produk-produk keluaran koperasi kepada Encik Mustapah
melahirkan pelajar untuk sentiasa bersikap peka selain memupuk minat untuk terus berjaya dalam perniagaan berteraskan koperasi.
» Meninjau perkembangan proses naik taraf kedai koperasi sekolah.
50 PELANCAR Oktober 2018
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease