GALAK PENYERTAAN BELIA Dalam Gerakan Koperasi
» Luqman Nurhakim bin Perma Suria, Pengerusi KO-UMMAH
Menurut Pengerusi Koperasi Pembangunan Ummah Kelantan Berhad (KO-UMMAH), Luqman Nurhakim Perma Suria, majoriti belia masih tidak mengetahui kekuatan dan potensi Gerakan Koperasi sebagai penggerak utama ekonomi negara. Beliau yang mula menjinak-jinakkan diri dengan koperasi sewaktu menuntut di SM Sains Tengku Mohamad Faris Petra, Kelantan merupakan Anggota Lembaga Koperasi (ALK) Koperasi Siswa (Kosiswa) Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kesihatan, Kubang Kerian dari tahun 2012 hingga 2014. Katanya, tiada salahnya sekiranya kebanyakan belia masih melihat makan gaji sebagai sumber pendapatan utama, namun begitu mereka perlu berani meneroka kategori pekerjaan yang lain sebagai persediaan untuk menghadapi segala bentuk perubahan ekonomi. Tambah beliau, kurang pengetahuan mengenai koperasi merupakan antara faktor yang melemahkan minat belia terhadap koperasi selain tidak yakin
Oleh : NADIAH KAMARUDIN
Penglibatan belia dalam Gerakan Koperasi Negara masih berada pada tahap yang rendah. Perangkaan Suruhanjaya Koperasi Malaysia menunjukkan hanya terdapat 217 koperasi koperasi belia pada tahun 2017 dengan keanggotaan seramai 22,290 orang. Angka ini mewakili 1.56 peratus daripada jumlah koperasi sebanyak 13,899.
» Luqman Nurhakim bersama kepimpinan tertinggi dan warga kerja KO-UMMAH
52 PELANCAR Oktober 2018
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease