Wadah PELANCAR Edisi Oktober 2018

bahawa koperasi mampu membantu meningkatkan taraf sosioekonomi mereka. Adalah menjadi tanggungjawab pemimpin koperasi pada masa kini untuk meyakinkan golongan belia bahawa Sektor Koperasi mempunyai beberapa potensi dan kelebihannya tersendiri. Salah satu kelebihannya adalah, anggota akan menerima kembali keuntungan yang diperoleh melalui aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh koperasi. Sementara itu, Luqman Nurhakim memuji langkah bijak diambil kerajaan yang telah mengiktiraf aktiviti koperasi sebagai salah satu kegiatan kokurikulum di peringkat sekolah. Namun begitu, bagi memastikan kepekaan golongan belia terhadap koperasi tidak berhenti setakat di peringkat sekolah sahaja, kerajaan perlu memperluaskan lagi pembelajaran mengenai subjek tersebut di peringkat institut pengajian tinggi. Beliau turut berharap agar pihak kerajaan dan gerakan koperasi dapat bekerjasama bagi menghasilkan pelan strategik khusus untuk meningkatkan penglibatan belia dalam koperasi terutama di pengajian peringkat tinggi.

Kriteria-kriteria perlu ada pada diri setiap kepimpinan muda dalam menggerakkan koperasi, menurut Luqman Nurhakim:

1) Mempunyai “jiwa koperasi”, iaitu semangat menjalankan perniagaan bukan hanya untuk diri sendiri tetapi untuk masyarakat. 2) Kepimpinan yang matang 3) Mempunyai halatuju dan visi yang jelas 4) Berfikir di luar kotak 5) Minat membaca dan menimba ilmu 6) Amanah, jujur dan telus

PROFIL

Nama Umur

Luqman Nurhakim Perma Suria

30 tahun

Kedudukan Dalam Koperasi

Pengerusi, KO-UMMAH (2014 – kini)

Pendidikan

Ijazah Sarjana Muda Sains Kesihatan (Kepujian), Universiti Sains Malaysia i. ALK Koperasi SM Sains Tengku Mohamad Faris Petra ii. ALK Kosiswa USM Kampus Kesihatan (2012-2014) iii. ALK Koperasi Sains Senaman dan Sukan (2013-2015)

Pengalaman

Facebook

Luqman Ummah

» Luqman Nurhakim bersama staf U-SHOP di Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan

» Kedai emas “Ummah Gold”

» Sebanyak lima outlet kedai serbaneka Ummah Shop (U-SHOP) telahpun beroperasi di Pasir Puteh, Gua Musang, Kubang Kerian, Pasir Tumbuh dan Shah Alam

Oktober 2018 PELANCAR

53

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease