Potensi Pasaran Produk Halal Koperasi Oleh : WAN ADLINA WAN AB. AZIZ
Produk halal keluaran koperasi sememangnya memiliki potensi yang cukup besar bagi diletakkan sebaris dengan produk-produk halal yang lain khususnya dalam mewarnai pasaran antarabangsa berdasarkan standard dan piawaian halal industri halal Malaysia itu sendiri.
Potensi pasaran produk halal koperasi juga dilihat semakin cerah menerusi permintaan tinggi produk-produk makanan halal selain Malaysia sendiri memiliki ekosistem halal yang lebih kondusif menerusi pembangunan sektor halalnya yang diiktiraf dan lebih diyakini. Kelebihan tersebut juga adalah hasil komitmen berterusan dan sokongan padu oleh kerajaan khususnya dari segi polisi selain penglibatan pelbagai kementerian serta agensi. Sokongan tidak berbelah bahagi itu juga turut melibatkan kerjasama pihak tertentu seperti Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI), Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi (MOSTI), Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC), Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Perbadanan Perusahaan Kecil Dan Sederhana (SME Corp), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta Jabatan Standard Malaysia dalam membangunkan produk dan perkhidmatan menerusi industri halal negara. Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail menyatakan bahawa kekuatan yang dimiliki koperasi menerusi penghasilan produk masing-masing berjaya membawa produk koperasi di dalam pasaran tempatan dan juga antarabangsa. Pencapaian tersebut turut berkait rapat dengan faktor penerimaan dan keyakinan masyarakat pengguna terhadap produk yang menepati piawaian halal mengikut keperluan industri halal di Malaysia. Beliau berkata, ekosistem industri halal di negara ini merangkumi pelbagai jenis produk dan perkhidmatan yang antara lain meliputi makanan dan minuman, kewangan Islam,
Dato’ Haji Kamarudin Ismail Timbalan Presiden ANGKASA merangkap Anggota Lembaga ICA
pelancongan, fesyen, makanan haiwan, perubatan dan farmaseutikal, kosmetik dan penjagaan diri, kandungan dan bahan perasa makanan, logistik dan keperluan gudang serta bahan kimia. Ujarnya, sebagai badan induk gerakan koperasi dan peneraju kepada industri produk koperasi, ANGKASA akan berusaha memberikan komitmen tinggi kepada sektor koperasi untuk menempatkan diri dalam industri halal negara. Lebih-lebih lagi, Malaysia kini sudah menempah nama di peringkat global dalam beberapa bidang seperti Industri Halal, Perbankan Islam, Petroleum,
54 PELANCAR Oktober 2018
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease