Perladangan, Industri Automatif, Industri Pembinaan, Industri Pelancongan dan sebagainya. “Ini penting dalam usaha memberikan keyakinan tinggi masyarakat terhadap produk koperasi seterusnya meletakkannya sebagai antara jenama yang unggul di persada tempatan dan antarabangsa,” katanya, Beliau berkata
demikian kepada PELANCAR sewaktu mewakili ANGKASA dalam Sesi Percambahan Fikiran Penyediaan Pelan Tindakan Hala Tuju Industri Halal Negeri Selangor – Invest Selangor Berhad di Kompleks Islam Putrajaya (JAKIM), Ogos lalu. Dato’ Haji Kamarudin berkata, penganjuran bengkel ini juga telah menyaksikan peranan secara langsung oleh pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan dan swasta dalam memberi manfaat secara lebih besar kepada industri halal di Malaysia khususnya dalam mencari penyelesaian terbaik bagaimana industri halal dapat terus dikembangkan. Ujarnya, ANGKASA melihat program sebegini dapat memberi peluang kepada sektor koperasi untuk mendapatkan informasi dengan lebih jelas mengenai industri halal terutamanya dari aspek logistik, pemasaran, kewangan Islam, penyelidikan dan pembangunan (R&D), perundangan, permintaan dan penawaran, pensijilan, modal dan sebagainya yang berkaitan. “Ini amat bertepatan sekali dengan Inisiatif dan komitmen berterusan yang digerakkan ANGKASA yang ternyata berjaya mendapat sambutan dalam kalangan koperasi untuk mengenengahkan produk keluaran masing-masing. “Produk yang dihasilkan juga dilihat bersesuaian dan memenuhi piawaian kualiti yang ditetapkan mengikut garis panduan SIRIM Berhad dan Kementerian Kesihatan Malaysia.
» Dato’ Haji Kamarudin (dua dari kanan) melontarkan idea ketika Sesi Percambahan Fikiran Penyediaan Pelan Tindakan Hala Tuju Industri Halal Negeri Selangor – Invest Selangor Berhad di Kompleks Islam Putrajaya (JAKIM), baru-baru ini.
“ANGKASA menerusi Sektor Pemborongan & Peruncitannya akan terus memperkasa dan mengangkat standard produk koperasi ke pasaran lebih meluas melalui Program ‘ 100 Product Champion ’. “Mengikut rekod, sehingga kini sebanyak 46 produk dengan 52 SKU daripada 19 buah koperasi telah melayakkan diri dalam Program 100 Product Champion ANGKASA serta menepati kriteria yang ditetapkan piawaian kualiti untuk dimasukkan ke dalam rangkaian kedai coop-runcit sebagai sebahagian produk runcit. “ 100 Product Champion yang diketengahkan koperasi ini juga mempunyai peluang luas untuk dipasarkan di peringkat global. Justeru, ia memerlukan komitmen tinggi dalam kalangan koperasi dalam usaha memastikan produk yang dibawa itu mendapat tempat di hati masyarakat asing. “Di samping itu, koperasi juga perlu lebih bersedia menghadapi cabaran untuk melayakkan produk mereka berada di pasaran antarabangsa khususnya dalam aspek menambah baik produk selain berusaha meningkatkan kualiti produk koperasi dari segi pembungkusan dan pelabelan,” ujar beliau.
Oktober 2018 PELANCAR
55
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease