Wadah PELANCAR Edisi Oktober 2018

ANGKASA yakin pasaran produk halal di Malaysia akan terus berkembang di peringkat antarabangsa khususnya di negara-negara ASEAN dengan kemunculan banyak produk koperasi berasaskan makanan dan minuman halal selain peningkatan kualiti produk dan pembungkusan daripada produk sedia ada. ANGKASA Yakin Produk Halal Koperasi Berjaya Tembus Pasaran Antarabangsa Oleh : RAHMAT MOHD DID

» Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah bergambar bersama-sama anggota Koperasi Global Haltrade Berhad yang baru ditubuhkan.

Beliau juga turut menasihatkan koperasi agar mencari rakan strategik dari sektor lain yang mampu melonjakkan prestasi koperasi ke tahap yang lebih baik. Selain itu, beliau juga turut menasihatkan koperasi khususnya koperasi baharu agar sentiasa peka dengan perkembangan sosioekonomi yang berlaku di dalam dan luar negara. Mana-mana perkembangan yang boleh diterjemahkan sebagai peluang perniagaan hendaklah direbut dengan segala kekuatan yang ada. Sementara itu, Encik Wan Saha Luddin dalam ucapannya berkata, koperasi adalah wadah permulaan terbaik untuk bergerak maju ke hadapan. Sebagai penggerak industri IKS, beliau mengakui berdepan dengan beberapa kekangan untuk membawa produk koperasi ke tahap lebih jauh namun koperasi optimis dapat menanganinya dengan baik dan merasakan keperluan bagi menjalin kerjasama strategik dengan penggerak- penggerak industri lain yang lebih berpengalaman dan hebat sebagai sokongan. Katanya, ia selaras dengan falsafah penubuhan Koperasi Global Haltrade Berhad iaitu untuk meningkat dan melestarikan perniagaan industri halal negara serta membangunkan rangkaian perniagaan bersama koperasi- koperasi dalam dan luar negara.

Presiden ASEAN Co-operative Organisation (ACO), Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah berkata, di bawah ANGKASA, Malaysian Business Office (MBO) mempunyai wakil-wakil dari Jepun, Korea dan China yang ditugaskan untuk meneroka produk-produk tempatan yang boleh dipasarkan ke luar negara khususnya pasaran negara-negara Asia Pasifik. Beliau berkata demikian sewaktu berucap merasmikan Mesyuarat Agung Permulaan Koperasi Global Haltrade Berhad di ibu pejabat ANGKASA baru- baru ini. Turut hadir ialah Pengerusi Penaja Koperasi Global Haltrade Berhad, Encik Wan Saha Luddin Dato’ Haji Wan Farid. Menurut Dato’ Abdul Fattah, di peringkat ASEAN sahaja terdapat 64 juta anggota koperasi daripada 640 juta orang penduduk yang mampu menjadi prospek kepada pasaran produk halal tempatan. “Oleh sebab itu, penubuhan Koperasi Global Haltrade Berhad yang mengumpulkan pengusaha- pengusaha Industri Kecil Sederhana (IKS) dan memfokuskan kepada produk halal adalah sangat baik dan dialu-alukan demi merancakkan lagi sektor ini,” katanya.

56 PELANCAR Oktober 2018

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease