Wadah PELANCAR Edisi Oktober 2018

Luaskan Perniagaan Melalui Platform Digital Ke Peringkat ASEAN Oleh : NOR AZAH ABD AZIZ

» Perjanjian persefahaman di antara ASEAN Co-operative Organization (ACO), Koperasi Dunia Satu Ais Berhad (KDSAB) dan VFTECH Sdn Bhd (VFTECH).

ASEAN Co-operative Organization (ACO), Koperasi Dunia Satu Ais Berhad (KDSAB) dan VFTECH Sdn Bhd (VFTECH) telah menandatangani perjanjian persefahaman dalam membangunkan aplikasi Mobil Eazy Untung.

yang mewakili gerakan koperasi sama ada di peringkat organisasi, kebangsaan dan antarabangsa. Perjanjian kerjasama dengan Koperasi Dunia Satu Ais Berhad (KDSAB) pula bakal menyediakan peluang niaga kepada anggota koperasi tempatan dan antarabangsa menerusi platform Eazy Untung yang ingin menceburi perniagaan mengeluarkan kiub ais, pembuatan ais krim dan ais yang boleh dimakan. Menurut Pengerusinya, KDSAB kini bertumpu kepada penjualan mesin membuat air batu dan dalam proses untuk mendapatkan pensijilan halal dalam memastikan ais yang dihasilkan menepati piawaian halal selain tidak mengandungi bakteria. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Naib-Naib Presiden ANGKASA, Haji Mohamad Azmi Omaruddin dan Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa.

Aplikasi yang diwujudkan di bawah Ekosistem Ekonomi ACO itu merupakan program ganjaran rebat dan kesetiaan yang boleh dimuat turun secara percuma melalui platform digital. Mewakili ACO ialah Presidennya, Dato’ Abdul Fattah Abdullah, Encik Syed Syahrulazman Syed Abdullah yang mewakili KDSAB dan Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Chris Yen mewakili VFTECH Sdn Bhd. Menurut Dato’ Abdul Fattah, secara optimisnya, aplikasi itu diyakini dapat membawa kepada rangkaian lebih kukuh antara komuniti dan koperasi di negara- negara ASEAN sekaligus menyokong program pemerkasaan koperasi yang bertepatan dengan visi ACO. Katanya, ANGKASA juga komited menyokong koperasi dan usahawan agar mampu

merealisasikan wawasan perniagaan koperasi berteraskan platform digital. Selain menikmati promosi harga yang menarik, aplikasi mudah alih Eazy Untung juga turut menyediakan pakej- pakej tertentu dengan tawaran eksklusif seperti percutian, kecantikan dan hiburan selain kemudahan e-dompet UntungPay. Sempena pengenalan Eazy Untung, 200 mata ganjaran yang bernilai RM200 akan dimasukkan ke dalam akaun pengguna yang mendaftar buat kali pertama. Kad fizikal “Untunglah” berfungsi sebagai tunai kembali dan baucar belanja percuma, selain membolehkan anggota mendapatkan mata semasa menjelaskan bil utiliti mereka. ACO yang dianggotai koperasi apeks dari kalangan negara ASEAN menerajui hubungan strategik dan memainkan peranan sebagai entiti

Oktober 2018 PELANCAR

57

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease