TYT pada dasarnya menyokong penuh usaha pembangunan tanah-tanah milik koperasi oleh ANGKASA dan beliau juga sedia untuk ‘turun padang’ ke lokasi terbabit bagi mendapatkan gambaran sebenar bersama pemilik tanah sekaligus memberi pandangan tentang apa yang boleh dijayakan secara bersama. Dato’ Haji Kamarudin juga turut menyatakan kesediaan ANGKASA untuk meluangkan masa bersama TYT bagi meninjau beberapa lokasi hartanah yang dimaksudkan dan sedia merangka beberapa pelan cadangan yang boleh dijayakan dan mampu memberi impak positif kepada kedua belah pihak. Dalam pertemuan tersebut, ANGKASA Negeri Pulau Pinang juga turut menyatakan hasrat untuk menjemput TYT bagi menjayakan majlis penyerahan zakat perniagaan ANGKASA Negeri Pulau Pinang yang akan dilangsungkan dalam masa terdekat. TYT menyambut baik hasrat tersebut dan sedia menerima zakat tersebut bagi pihak Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.
7 Oktober 2018 PELANCAR 7 PELANCAR
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease