DARI MEJA PRESIDEN
SIDANG PENGARANG
Presiden Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah
Timbalan Presiden Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail
Naib Presiden Datuk Haji Mohamad Ali Hasan Haji Mohamad Azmi Omaruddin Dr. Mohd. Azlan Yahya Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa Panel Penasihat Editorial Dato’ Haji A. Aziz Deraman Dr. Aminudin Mansor (AMI MASRA) Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah
Salam Sejahtera
Menerap dan memupuk semangat keusahawanan koperasi dalam kalangan pelajar tidak hanya sekadar bersandarkan kepada penglibatan atau melalui pengalaman yang ditimba sewaktu berkecimpung dalam sesuatu aktiviti koperasi semata-mata. Mereka juga perlu memiliki matlamat keusahawanan koperasi dengan meletakkan sasaran tertentu yang sealiran dengan aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh koperasi. Merancang dan membina matlamat keusahawanan koperasi merupakan antara pendekatan visi dan misi yang perlu ditanam ke dalam diri setiap anggota koperasi dengan menetapkan sasaran tertentu melalui perancangan serta strategi yang dibentuk sama ada secara sendiri mahupun berkumpulan. Menerusi pendekatan tersebut, pelajar perlu memastikan agar matlamat yang dirancang mampu mencapai impak positif berlandaskan kepada disiplin, strategi dan kesungguhan. Selain menyuburkan semangat keusahawanan melalui usaha secara lebih bersungguh- sungguh, penetapan matlamat keusahawanan yang diterap sejak dari peringkat awal mampu membentuk jiwa yang lebih kental, berani menghadapi risiko, berupaya menilai sebarang bentuk risiko mahupun potensi yang ada dalam sesebuah perniagaan, tidak mudah putus asa dengan cabaran selain akan berasa lebih yakin untuk berhadapan dengan pelanggan. Usaha untuk menyuburkan semangat dan minda keusahawanan melalui pelaksanaan aktiviti keusahawanan koperasi di peringkat sekolah juga boleh disemai menerusi pelaksanaan aktiviti-aktiviti tambahan seperti ceramah motivasi, business canvas dan lain-lain aktiviti yang bersifat teknikal seperti pameran produk atau peralatan yang berkaitan dengan perniagaan seperti sistem pengurusan berasaskan Point Of Sale dan sebagainya. Pendekatan holistik dalam menghadapi era baharu dunia perniagaan sememangnya sangat memerlukan kekuatan mental dan inovasi yang tinggi. Aliran perniagaan di seluruh dunia jelas semakin memperlihatkan perubahan yang drastik dan boleh melonjak atau menjatuhkan sesebuah institusi perniagaan hanya dalam sekelip mata sekiranya tidak dikawal selia mengikut arus ekonomi dan kehendak pasaran semasa. Justeru, semua pihak perlulah berganding bahu bagi memastikan matlamat keusahawanan koperasi tersemai kuat di dalam setiap jiwa pelajar agar legasi akan datang lebih bersedia dan bermotivasi tinggi untuk terus menjaga, mempertahan dan mengangkat sektor koperasi ke peringkat yang lebih tinggi selain memastikan perniagaan koperasi terus berdaya saing.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Haji Nasir Khan Yahaya
Pengurus Besar Bahagian Sekretariat Halim Haji Ibrahim
Pengurus Mohd Zakuan Azmi
Penolong Pengarang Nor Azah Abd. Aziz Wan Adlina Wan Ab. Aziz
Pegawai Media Sosial Nadiah Kamarudin
Pereka Grafik Faizatulliza Mohd. Nor
Pemberita / Jurugambar Rahmat Mohd. Did Aizal Azizan Sajari Pruf Dan Rekaletak Haji Anuar Ismail Datin Hajah Fauziah Zainal
Disediakan Oleh Unit PELANCAR Bahagian Sekretariat E-mel: pelancar.angkasa@gmail.com
Dicetak Oleh Ultimate Print Sdn. Bhd.
September 2018 PELANCAR
1
SEPTEMBER 2018
36 Ke Arah Kedai Koperasi Yang Lebih Proaktif Dan Maju 37 Reaksi Mereka 52 Manfaat Ruang Bawah Panel Solar ANGKASA 54 Projek Heifers Park : Impak Kepada Program Pembangunan Lembu Tenusu Koperasi CLT 6 Koperasi Negara ASEAN Terus Pacu Pertumbuhan Sosio- ekonomi 10 Atasi Cabaran Manfaatkan Kelebihan 12 ANGKASA Bantu Rancak Perdagangan Dua Hala Antara Koperasi 14 Peluang Padanan Perniagaan Sesama Koperasi Negara- Negara ASEAN 15 Reaksi Mereka PENGANTARA- BANGSAAN KOPERASI 16 Program Advokasi :
24
19 Matlamat Pembangunan
Lestari : Meletakkan Koperasi Dalam Pelan Tindakan Komuniti Ekonomi ASEAN
KOPERASI 35 Koperasi Perlu Berani Ceburi Perniagaan Berimpak Tinggi 38 Pupuk Semangat Berkoperasi Terhadap Generasi Muda 39 Tingkat Semangat Keusahawanan Koperasi Di Sekolah 40 Koperasi Sekolah Mampu Jadi Penyelesai Utama Hal Kebajikan Pelajar 48 Koperasi Iman Lancar Laman e-Dagang RENCANA 50 Pupuk Budaya Kreativiti Dan Inovasi Di Koperasi
KETERANGAN GAMBAR KULIT Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah dan delegasi ANGKASA serta Mr. Mongkalat Pukanat bergambar di hadapan bangunan Thai-ASEAN Center for Co-operative Business di CLT Training Center. Foto Oleh : NADIAH KAMARUDINan
ANGKASA 4
Perkasa Pelancongan Koperasi Di Melaka 22 Pelancongan Koperasi Sekolah Memartabatkan Jenama ISTAC 25 Tadbir Urus PKS Semakin Matang 26 Pandangan Guru 27 Reaksi Pelajar 28 Senarai Penerima Anugerah Hos Terbaik Peringkat Kebangsaan 2018 30 Ke Arah Memantapkan Prosedur Kerja Melalui Kawalan Dalaman 31 Prosedur Kerja Berkualiti Beri Impak Kepada Produktiviti 32 ANGKASA Teruskan Usaha Bantu Anak-Anak Koperator Sambung Pengajian 34 Reaksi Mereka
Kembangkan Jalinan Pelbagai Hala Koperasi Negara-Negara ASEAN
9
2 PELANCAR September 2018
30
50
COOPMALAYSIA UPDATE 57 School Co-ops Can Help Fill Skills Gap
59 Delegates’ Reaction 60 Visit & Case Study School 62 School Co-op : Chungbuk High School Follows Malaysia’s Footsteps 63 NCFN looks forward to working with ANGKASA in promoting co-op to youth
36
JPAN 42 Pahang Zon 2 : Lahirkan Usahawan Wanita Dalam Koperasi 43 Negeri Sembilan : Peranan Dan Tanggungjawab Koperasi Anggota Baru ANGKASA 44 Sarawak : 96 Pasukan Sertai Kejohanan Petanque Sarawak 2018 45 Selangor : Platform Terbaik Gilap Pemain Bertaraf Kebangsaan 46 Pahang : ANGKASA Pahang Zon 2
12
Diterbitkan Oleh: Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) Wisma Ungku A. Aziz Jalan SS 6/1, Kelana Jaya
47301 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan.
Juara Keseluruhan Kejohanan Petanque ANGKASA Peringkat Negeri Pahang 2018
Alamat Perhubungan: Wisma Ungku A. Aziz Jalan SS 6/1, Kelana Jaya
47 Terengganu : Sokong Pelan
Pembangunan Sektor Koperasi
Peti Surat 8797, Pejabat Pos Kelana Jaya 46798 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Telefon: 03-7806 1977 Faks: 03-7806 1506 E-Mel: apex@angkasa.coop Laman Web: www.angkasa.coop
@ANGKASACoop
September 2018 PELANCAR
3
PELANCONGAN KOPERASI DI MELAKA Perkasa
Oleh : MOHD ZAKUAN AZMI
» Ketua Menteri Melaka, YAB Haji Adly Zahari berbincang tentang peranan dan peluang yang boleh diberikan kepada koperasi bersama Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah.
Koperasi-koperasi disaran supaya dapat memanfaatkan kelebihan yang ada di negeri Melaka sebagai sebuah destinasi pelancongan terkenal dengan menjalankan aktiviti perniagaan berasaskan industri tersebut kepada pelancong tempatan dan luar negara.
Ketua Menteri Melaka, YAB Haji Adly Zahari berkata, kelebihan tersebut sekiranya dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya, sektor koperasi khususnya di negeri Melaka mampu berkembang selain dapat membantu kerajaan negeri dalam meningkatkan sosioekonomi masyarakat, negeri dan negara secara amnya.
Menurut beliau, sebagai sebuah badan puncak gerakan koperasi negara, ANGKASA mampu bertindak sebagai penggerak dan pemudahcara kepada lebih banyak lagi program pembangunan perniagaan berasaskan pelancongan untuk membantu koperasi-koperasi yang berminat.
4 PELANCAR September 2018
» Dato’ Abdul Fattah turut mengadakan kunjungan ringkas bertemu TYT Yang di- Pertua Negeri Melaka, Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Dr. Mohd Khalil Yaakob. Turut sama ialah Penasihat Korporat ANGKASA (Sektor Kerajaan), Datuk Ahmad Jamil Hashim (kiri).
Beliau berkata demikian sewaktu mengadakan perbincangan bersama Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah yang mengetuai kunjungan hormat delegasi ANGKASA ke Pejabat Ketua Menteri di Seri Negeri, Ayer Keroh Melaka, 25 Julai lalu. Antara delegasi yang hadir dalam kunjungan tersebut ialah Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan; Pengerusi ANGKASA Negeri Melaka, Haji Muslim Md Shah; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya; Ahli-Ahli Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri dan pegawai ANGKASA Negeri Melaka.
» Majlis penyerahan zakat perniagaan ANGKASA disampaikan oleh Dato’ Abdul Fattah yang mewakili ANGKASA kepada Pusat Zakat Negeri Melaka yang diwakili YAB Ketua Menteri Melaka. Turut sama dalam sesi penyerahan tersebut ialah Datuk Haji Mohamad Ali Hasan (dua dari kanan) dan Haji Muslim Md Shah (paling kanan).
Menerusi perbincangan tersebut, Dato’ Abdul Fattah turut berkongsi beberapa pendekatan dan pandangan yang dirasakan dapat membantu koperasi di negeri Melaka untuk terus maju dan berdaya saing dengan sokongan kerajaan negeri. Turut berlangsung sebelum itu adalah Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Negeri Melaka Bagi Tahun 2017 yang juga berlangsung di tempat yang sama. Pada majlis tersebut, ANGKASA Negeri Melaka turut menyampaikan zakat berjumlah RM51,724.73.
» Delegasi ANGKASA bergambar bersama Ketua Menteri Melaka, YAB Haji Adly Zahari (lima dari kiri).
September 2018 PELANCAR
5
Oleh : NADIAH KAMARUDIN
» Delegasi ANGKASA yang terdiri daripada Presiden ANGKASA merangkap Presiden ACO, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah (sebelas dari kanan); Naib Presiden ANGKASA merangkap Ahli Lembaga ICA Global, Dato’ Haji Kamarudin Ismail (sebelas dari kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya (tiga dari kiri) bergambar bersama Pengerusi CLT, Mr. Mongkalat Pukanat (dua belas dari kanan) dan Ahli Lembaga serta Pengurusan CLT. Turut bersama Pengarah Serantau ICA-AP, Mr. Balu Iyer (dua belas dari kiri).
Koperasi Negara ASEAN Terus Pacu Pertumbuhan Sosioekonomi
Kenyataan tersebut menjadi antara intipati utama keynote address yang disampaikan oleh Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah di Asia Pacific Regional Seminar on “ASEAN Co-operative Commodities forward to the Globe” pada 11 hingga 13 Julai di Bangkok, Thailand. Seramai 292 koperator dari 85 buah koperasi seluruh ASEAN menghadiri seminar tersebut yang diadakan bersempena dengan Sambutan Jubli Emas badan apeks Gerakan Koperasi di Thailand, The Co-operative League of Thailand (CLT) dan Hari Koperasi Antarabangsa 2018.
“Sumbangan peranan yang dijalankan melalui sektor koperasi terhadap pembangunan sosioekonomi di negara-negara ASEAN merupakan suatu fakta dan tidak perlu disangkal.” dan
6 PELANCAR September 2018
Dato’ Abdul Fattah yang juga Presiden ANGKASA berkata, sumbangan sektor koperasi kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) di negara-negara ASEAN tidak begitu diberi perhatian oleh majoriti rakyat di rantau tersebut. Namun begitu, dari tahun ke tahun, koperasi negara ASEAN semakin berdaya saing memacu pertumbuhan ekonomi negara di samping membantu meningkatkan taraf hidup anggota. Sumbangan sektor koperasi di Malaysia kepada KDNK ketika ini adalah antara tiga hingga empat peratus manakala sektor koperasi di Vietnam berjaya menyumbang sehingga 26 peratus kepada KDNK negaranya. Koperasi di Singapura dan Thailand pula masing- masing menyumbang sebanyak lima peratus dan 19 peratus.
» Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah dan Mr. Mongkalat Pukanat memotong riben sebagai tanda merasmikan Thai-ASEAN Center for Co-operative Business di CLT Training Center.
September 2018 PELANCAR
7
Sementara itu, Pengerusi CLT, Mr. Mongkalat Pukanat dalam ucapannya berkata, CLT juga memiliki persamaan dengan ANGKASA dari sudut peranannya iaitu menggembleng usaha ke arah meningkatkan sumbangan sektor koperasi kepada KDNK di Thailand. Tambah beliau lagi, walaupun koperasi pertanian, dengan keanggotaan hampir 6.3 juta, sudah sekian lama mendominasi kedudukan teratas dalam kalangan enam lagi sektor koperasi lain yang ditubuhkan di Thailand, CLT amat menggalakkan koperasi ahlinya agar turut juga melilbatkan diri dalam aktiviti perniagaan berimpak tinggi yang lain. “Hal ini adalah kerana blueprint Komuniti Ekonomi ASEAN yang diperkenalkan pada tahun 2015 memberi gambaran penglibatan koperasi negara ASEAN hanya tertumpu dalam sektor pertanian sahaja. Gambaran ini adalah tidak benar sama sekali memandangkan koperasi turut bergerak aktif dalam Sektor Pengguna, Sektor Kewangan, Sektor Pendidikan dan lain-lain. Koperasi di Thailand telah diketagorikan secara rasmi kepada tujuh jenis; Koperasi Pertanian, Koperasi Penyelesaian Tanah, Koperasi Perikanan, Koperasi Pengguna, Penjimatan dan Kredit Koperasi, Koperasi Perkhidmatan dan Koperasi Kesatuan Kredit,” ujar beliau. Turut sama dalam seminar tersebut ialah Naib Presiden ANGKASA merangkap Ahli Lembaga International Co-operative Alliance
» Delegasi ANGKASA bergambar bersama Pengerusi The Agricultural Co-operative Federation of Thailand (ACFT), Mr. Sirichai Orsuwan (enam dari kiri) dan Pengurus Besar ACFT, Mr. Chokdee (tiga dari kiri) ketika delegasi ANGKASA mengadakan lawatan ke ibu pejabat ACFT.
» Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah (empat dari kiri) dan Haji Nasir Khan Yahaya (tiga dari kiri) melihat produk beras yang dihasilkan oleh ACFT.
» Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah dan Dato’ Haji Kamarudin Ismail melihat produk keluaran koperasi dari Thailand ketika melawat gerai pameran Asia-Pacific Regional Seminar di CLT Training Center di Bangkok, Thailand.
8 PELANCAR September 2018
(ICA) Global, Dato’ Haji Kamarudin Ismail; Pengarah Serantau ICA-AP, Mr. Balu Iyer; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MyANGKASA Holdings Sdn. Bhd., Encik Shaharuddin Mohamed; Pengurus Besar Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa ANGKASA, Hajah Roszurina Haji Omar dan Pengurus Besar Bahagian Pembangunan Kepimpinan dan Modal Insan Koperasi serta Sektor Pemborongan dan Peruncitan ANGKASA, Haji Anuar Bulin. Selain menjayakan sesi pemadanan perniagaan, delegasi ANGKASA juga turut mengadakan lawatan ke koperasi pertanian
terbesar di Thailand, The Agricultural Co-operative Federation of Thailand.
» Delegasi ANGKASA dan Ahli Lembaga serta Pengurusan CLT bergambar di hadapan bangunan CLT Training Center.
September 2018 PELANCAR
9
Koperasi ASEAN telah mendapat pengiktirafan sebagai sektor ketiga ekonomi selain sektor awam dan sektor swasta. Sebagai contoh, Dasar Koperasi Malaysia mengiktiraf Sektor Koperasi sebagai salah satu daripada tiga penyumbang utama dalam ekonomi negara dengan sasaran perolehan sebanyak RM50 bilion menjelang tahun 2020. Walau bagaimanapun, kita masih perlu mengharungi pelbagai bentuk cabaran seperti persekitaran yang kurang mesra dan dasar pelbagai lapisan yang tidak konsisten kepada kekurangan pelaburan daripada pelabur luar. Namun begitu, kita boleh mengatasi cabaran itu dengan kelebihan yang ada pada kita. Kita mempunyai pangkalan pengguna yang semakin meningkat dan kepelbagaian sumber semula jadi yang kaya. Percayalah bahawa kita mempunyai kekuatan dan suara. Kita mempunyai komitmen yang teguh daripada ahli-ahli kita. Kita perlu menjadi agen perubahan dengan pendekatan yang lebih kukuh dan terus berusaha untuk memperkasa hubungan serta kolaborasi antara koperasi dengan koperasi. Kita juga perlu meningkatkan kerjasama antara gerakan koperasi ASEAN. Ini boleh dilakukan melalui usahasama ke arah pertumbuhan dan pembangunan koperasi di rantau ini seperti mengadakan kerjasama Keynote Speech Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah Presiden ASEAN Co-Operative Organization (ACO)
Oleh : NADIAH KAMARUDIN Atasi Cabaran Manfaatkan Kelebihan
» Presiden ACO, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah menyampaikan keynote speech di Asia Pacific Regional Seminar on “ASEAN Cooperative Commodities forward to the Globe” bersempena dengan Sambutan Jubli Emas Co-operative League of Thailand dan Hari Koperasi Antarabangsa 2018.
Justeru, kita mesti melihat bagaimana perdagangan antara koperasi dengan koperasi atau C2C akan memberi manfaat kepada tujuan ini. Berikutan nilai dan prinsip yang sama yang dimilikinya, koperasi boleh menyumbang untuk mengurangkan kos perdagangan, membolehkan akses kepada barangan dan perkhidmatan serta pada masa yang sama, mempromosikan perdagangan yang lebih adil dengan harga yang lebih kompetitif. Menyedari bahawa produk koperasi memerlukan lebih banyak pendedahan selain meningkatkan akses pasaran di peringkat nasional dan antarabangsa, ANGKASA telah mengambil inisiatif dengan menganjurkan Karnival Produk dan Perkhidmatan Koperasi Malaysia atau MACOOPS. Pada penganjuran yang lalu, MACCOPS 2017 telah diubah menjadi acara antarabangsa yang diadakan serentak dengan ICA Global Conference and General Assembly.
dengan pelbagai pemegang kepentingan (stakeholders) terutama kerajaan, berkongsi sumber dan kepakaran, mengembangkan pangkalan data dan menyesuaikan diri dengan bentuk baru dalam menjalankan perniagaan. Izinkan saya untuk mengingatkan rakan koperator semua tentang peluang yang boleh diambil daripada pelaksanaan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC). Seperti yang anda semua tahu, AEC membayangkan ASEAN sebagai pasaran tunggal dan pangkalan pengeluaran, rantau yang sangat kompetitif dengan pembangunan ekonomi yang adil dan bersepadu sepenuhnya dalam ekonomi global. Apabila AEC direalisasikan, ASEAN akan dicirikan oleh pergerakan bebas barangan, perkhidmatan dan pelaburan serta aliran modal dan kemahiran yang lebih bebas.
10 PELANCAR September 2018
Membina rangkaian hubungan perniagaan sentiasa menjadi sebahagian yang penting dalam menjalankan aktiviti perniagaan. Platform e-dagang dan komuniti digital adalah salah satu cara untuk memperkenalkan produk ke pasaran. Perdagangan menerusi platform digital kini menjadi pilihan untuk terus maju ke hadapan dan pertumbuhan dari tahun ke tahun juga sangat menggalakkan. ANGKASA telah membangunkan ekosistem e-komunitinya sendiri iaitu MYMAYA.asia dan portal ini berperanan membantu koperasi dalam komunikasi, interaksi, kolaborasi dan pasaran untuk C2C atau Koperasi kepada Pengguna yang menggunakan teknologi digital. Platform tersebut kini tersedia di laman web dan aplikasi mudah alihnya dijangka akan dikeluarkan tidak lama lagi. ACO juga telah menghasilkan platform komuniti digital mudah alihnya yang tersendiri. Platform berkonsepkan interaktif itu berfungsi untuk membantu individu yang merupakan ahli koperasi untuk berhubung secara sosial, mendapatkan berita koperasi dan gerbang pembayaran serantau untuk koperasi ke penempatan pengguna. Namun begitu, mempunyai platform sama ada secara konvensional atau digital, tidak menjamin produk koperasi akan diterima dengan baik oleh pengguna. Oleh kerana itu, ANGKASA mengambil inisiatif untuk membantu koperasi memasarkan produk dan perkhidmatan mereka di peringkat domestik dan antarabangsa di bawah pogram yang dipanggil “100 Product Champion”. Di bawah program ini, ANGKASA membantu meningkatkan tahap kualiti produk-produk koperasi dengan matlamat untuk meletakkan produk tersebut ke dalam segmen pasaran yang lebih tinggi.
Produk yang dipilih dan memenuhi kriteria yang ditetapkan, akan bekerjasama dengan Standards and Industrial Research Institute of Malaysia atau SIRIM melibatkan aspek pembungkusan, pelabelan dan penjenamaan semula produk selain memastikannya memenuhi piawaian antarabangsa. Ia tidak berhenti setakat di situ sahaja. ANGKASA terus membantu meletakkan produk koperasi ke pasaran tempatan dan antarabangsa serta mengambil bahagian dalam pelbagai pameran dan misi perdagangan di peringkat antarabangsa. ACO juga turut merancang untuk menubuhkan sebuah bank di peringkat ASEAN yang akan dinamakan sebagai “ASEAN Co-op Development Bank” or ACDB. Misi ACDB adalah untuk membawa transformasi dan mengintegrasikan koperasi-koperasi ASEAN yang pelbagai dan berkembang sebagai komponen integral agenda ekonomi ASEAN melalui kerjasama kewangan. Bidang fokus ACDB adalah pertanian, pendidikan, tenaga dan kuasa, persekitaran, jantina, pembangunan modal insan, dan akhirnya, tadbir urus ekonomi dan kewangan. Secara keseluruhannya, saya ingin menyeru kepada seluruh warga ACO, ICA dan badan puncak koperasi yang lain agar terus menjana kecemerlangan dalam tadbir urus koperasi demi kemajuan sosio ekonomi anggota dan masyarakat. Semoga gerakan koperasi terus maju dan mencapai kejayaan seperti yang dihasratkan oleh semua.
September 2018 PELANCAR
11
Oleh : NADIAH KAMARUDIN
ANGKASA Bantu Rancak Perdagangan Dua Hala Antara Koperasi » Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah (dua dari kiri) dan Dato’ Haji Kamarudin Ismail (paling kiri) berbincang bersama wakil dari Suprimit Ruamjai Agricultural Cooperative Ltd. ketika sesi pemadanan perniagaan antara ANGKASA dan lima koperasi Thailand. Turut bersama ialah Pengurus Besar Bahagian Kepimpinan & Modal Insan Koperasi dan Sektor Pemborongan & Peruncitan ANGKASA, Haji Anuar Bulin (tiga dari kiri) dan Pengurus Besar Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa ANGKASA, Hajah Roszurina Haji Omar (lima dari kiri).
ANGKASA sedia memberi bimbingan kepada mana-mana koperasi yang berminat menjadi ejen pemasaran bagi produk-produk koperasi keluaran negara Thailand di pasaran tempatan.
Sesi Pemadanan perniagaan yang berlangsung antara ANGKASA dan koperasi Thailand sepanjang Asia Pacific Regional Seminar itu telah membincangkan beberapa pendekatan perniagaan antara kedua pihak dan menerusinya, beberapa produk telah dikenalpasti sesuai untuk dipasarkan di Malaysia melalui saluran koperasi. Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organisation (ACO), Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah berkata, ANGKASA komited memainkan peranannya iaitu merangsang dan membangunkan perniagaan koperasi melibatkan jaringan produk koperasi antara negara-negara ASEAN.
» Produk madu keluaran Prea Provincial Beekeping Cooperative Ltd.
12 PELANCAR September 2018
» Q-Life Milk Tablets keluaran Wangnamyen Dairy Cooperative Ltd.
» Produk pisang keluaran Banlard Agricultural Cooperative Ltd.
» Produk kebersihan rumah, I - Rich Community Enterprise.
Tambah beliau, sesi pemadanan perniagaan itu juga merupakan antara inisiatif yang dibentuk bagi meningkatkan jumlah perdagangan dua hala antara koperasi di Malaysia dengan koperasi di luar negara sekaligus membantu merancakkan lagi aktiviti perdagangan antara Malaysia dan Thailand. Menurut laporan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, jumlah import Malaysia dari Thailand bagi tempoh Januari sehingga Mei 2018 yang mencecah RM19.4 bilion, merupakan yang kedua tertinggi selepas Singapura (RM41.1 bilion). Rekod tersebut menunjukkan terdapat permintaan yang tinggi terhadap barangan keluaran Thailand di Malaysia.
Sementara itu, Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail yang mengetuai sesi pemadanan perniagaan tersebut berkata, koperasi seharusnya melihat perkara itu sebagai peluang untuk meluaskan jaringan perniagaan. Katanya, koperasi tidak perlu risau dengan soal persaingan antara produk tempatan dan produk import kerana perkara tersebut dilihat sebagai sihat dan mampu membentuk dan merancakkan lagi aktiviti serta kerjasama ekonomi antara koperasi. Turut terlibat dalam sesi pemadanan perniagaan tersebut ialah Pengurus Besar Bahagian Pembangunan Kepimpinan & Modal Insan Koperasi dan Sektor Pemborongan & Peruncitan, Haji Anuar Bulin.
» Kameng Shampoo keluaran Suprimit Ruamjai Agricultural Cooperative Ltd.
Berikut adalah senarai koperasi dari Thailand yang telah menjalankan pemadanan perniagaan dengan ANGKASA:
1. Nama koperasi / syarikat : Suprimit Ruamjai Agricultural Cooperative Ltd. Produk : Kameng Shampoo
2. Nama koperasi / syarikat : Wangnamyen Dairy Cooperative Ltd. Produk : Q-Life Milk Tablets
3. Nama koperasi / syarikat : Banlard Agricultural Cooperative Ltd. Produk : Pisang dan gula melaka
4. Nama koperasi / syarikat : Prea Provincial Beekeping Cooperative Ltd. Produk : Madu
5. Nama koperasi / syarikat : I-Rich Community Enterprise Produk : Produk kebersihan rumah
September 2018 PELANCAR
13
Peluang Padanan Perniagaan Sesama Koperasi Negara-Negara ASEAN
Koperasi-koperasi di Malaysia perlu merebut peluang dengan mengambil bahagian dalam sesi padanan perniagaan (business- matching) dalam program yang dianjurkan oleh ACO dan ANGKASA di luar negara khususnya di negara-negara ASEAN melalui program jalinan kerjasama strategik antara koperasi, bagi meningkatkan lagi perolehan koperasi serta pendapatan masing-masing. Kapasiti dan peluang untuk berurusniaga dengan lebih 60 juta anggota koperasi daripada 309,361 buah koperasi di negara-negara tersebut terbuka luas. Potensi ekonomi yang wujud di negara seperti Vietnam, Filipina, Thailand, Brunei, Indonesia, Singapura, Kemboja, Myanmar dan Laos pasti dapat merancakkan lagi ekonomi sektor-sektor koperasi dan mampu meningkatkan perolehan gerakan koperasi secara keseluruhannya. Koperasi juga perlu sentiasa bersedia dari segi kewangan dan kelengkapan promosi produk atau perkhidmatan koperasi masing-masing untuk bersama-sama dengan ACO atau mengikuti mana-mana program koperasi di luar negara bagi meningkatkan rangkaian perhubungan selain dapat berhubung secara terus dengan wakil koperasi luar menerusi program pemadanan perniagaan yang dianjurkan. Hubungan yang sangat erat sesama anggota ACO di bawah kepimpinan Presidennya, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah dilihat sebagai peluang terbaik kepada koperasi khususnya koperasi di Malaysia untuk bersama-sama menyertai program yang dianjurkan sekaligus memperkenal dan menggalakkan urusan jual beli produk-produk koperasi sesama koperasi dalam kalangan negara-negara ASEAN. Selain dapat membantu koperasi mengenalpasti rakan niaga yang sesuai, program padanan perniagaan juga dapat memberi peluang kepada koperasi untuk meluaskan
Dato’ Haji Kamaruddin Ismail Timbalan Presiden ANGKASA merangkap Anggota Lembaga ICA
promosi dan pasaran secara lebih pantas dan berkesan. Apa yang penting, koperasi dapat bertemu dengan rakan niaga yang memang memerlukan produk mereka. Banyak faktor yang mampu mempengaruhi potensi jualan kerana masyarakat di negara-negara ASEAN mempunyai persekitaran budaya, makanan dan juga cara hidup yang hampir sama. Untuk menempa kejayaan dalam padanan perniagaan, dua perkara perlu dilaksanakan. Pertama, komitmen anggota Lembaga dan kakitangan, selain perkhidmatan yang lebih berkesan dalam menarik hati pelanggan. Pemadanan perniagaan memerlukan rakan strategik bagi mengembangkan perniagaan dalam pasaran baharu selain pelabur yang memainkan peranan sebagai penyumbang dana. Hasil daripada padanan perniagaan juga mampu memberi impak kepada peningkatan kecekapan, pengalaman dan personaliti yang akan membawa ke arah pencapaian organisasi yang lebih baik.
14 PELANCAR September 2018
Reaksi Mereka
Natheethon Keawsanit Eksekutif Kanan Jualan Khotcher Global Food Co., Ltd. Thailand “Kami mensasarkan Malaysia sebagai destinasi eksport kami yang kedua untuk Q-Life Milk Tablets perisa durian yang pasti akan mendapat sambutan bukan sahaja dalam kalangan pelajar sekolah, tetapi juga orang dewasa.”
Tibpawan Kunrat Pengurus Besar Khotcher Global Food Co., Ltd. Thailand “Sesi pemadanan perniagaan yang telah diadakan antara kami (Khotcher Global Food Co., Ltd.) dan ANGKASA memberi keyakinan kepada saya bahawa Q-Life Milk Tablets boleh diterima baik oleh koperasi-koperasi sekolah di Malaysia.”
“Rata-rata rakyat Thailand menerima baik produk buatan koperasi di negara ini kerana
Sanpoom Sriin Pegawai Pemasaran Muaklek Dairy Milk Cooperative Ltd. Thailand “Perdagangan dua hala antara koperasi perlu dipertingkatkan supaya produk buatan koperasi dapat memberi persaingan yang sihat kepada produk yang sedia ada di pasaran.”
Rapeepat Montonglang Pegawai Pemasaran Muaklek Dairy Milk Cooperative Ltd. Thailand mereka mempunyai kepercayaan yang tinggi terhadap kualiti yang ditonjolkan.”
Sawichaya Thinmorlee Pegawai Pemasaran Dontoom Cooperative Ltd. Thailand “Hubungan baik antara dua koperasi apeks (ANGKASA dan Co-operative League of Thailand) perlu dimanfaatkan sebaiknya oleh koperasi ahli terutama sekali dalam perdagangan dua hala antara koperasi.”
CV Nathan Naib Pengerusi / Perunding Kanan Entrepreneurs’ Cooperative Ltd. Singapura supaya apa sahaja agenda yang diperjuangkan demi kesejahteraan hidup anggota tercapai.” “Koperasi-koperasi di peringkat ASEAN perlu bersatu hati
September 2018 PELANCAR
15
» YBhg. Dato’ Kamarudin Ismail, Timbalan Presiden ANGKASA merangkap bendahari ACO menyampaikan cenderahati kepada Dr. Aladdin D. Rillo, Timbalan Setiausaha Agung, Sekretariat ASEAN sesudah bermesyuarat bersama ahli-ahli ACO dan wakil ICA-AP.
Program Advokasi : Kembangkan Jalinan Pelbagai Hala Koperasi Negara-Negara ASEAN
Oleh : MUHAMMAD FAHMI ISMAIL Penolong Pengurus / Sekretariat ACO
Program advokasi anjuran sekretariat ICA Asia Pasifik (ICA-AP) telah berlangsung dari 23 hingga 26 Julai di Jakarta, Indonesia dengan matlamat untuk melihat bagaimana pembangunan koperasi di negara-negara ASEAN dapat dikembangkan melalui jalinan kerjasama pelbagai hala. Hasil kerjasama strategik bersama Dewan
Society Organization (CSO) yang mempunyai jalinan kerjasama dengan Kesatuan Eropah. Presiden ACO, Dato’ Abdul Fattah Abdullah memainkan peranan sebagai ‘Chef di Mission’ dan Ketua Delegasi ACO dan ANGKASA serta turut menyampaikan ucapan aluan dalam majlis pembukaan. Antara yang hadir ialah Ahli lembaga ICA Global yang juga merupakan Bendahari ACO, Dato’ Haji Kamarudin Ismail yang berperanan sebagai Timbalan Ketua Delegasi ACO serta mengetuai delegasi tersebut dalam sesi mesyuarat bersama Sekretariat ASEAN. Setiausaha Agung ACO, Dato’ Paduka Hanapi Suliman turut hadir bagi membentangkan profil ACO dan berkongsi permasalahan yang dihadapi anggota ACO semasa mesyuarat selain melakukan tindakan susulan berkaitan permohonan ACO untuk diakreditasi di bawah ASEAN.
Koperasi Indonesia (DEKOPIN), ASEAN Co- operative Organization (ACO) dan melalui sokongan daripada ICA-EU Partnership on Co- operatives in Development, seminar ini juga dianjurkan bagi tujuan untuk memanfaatkan hubungan kerjasama erat di antara ASEAN dan Kesatuan Eropah (EU), serta mencari persamaan sesama koperasi di rantau ASEAN. Selain itu, seminar ini juga dianjurkan bagi mendapatkan sokongan dan penerimaan sektor koperasi di dalam ASEAN Economic Community (AEC). Program tiga hari ini telah disertai oleh 50 peserta (30 peserta antarabangsa dan 20 peserta anggota DEKOPIN) yang terdiri daripada badan koperasi Apeks dan agensi kerajaan yang bertanggungjawab terhadap pembangunan koperasi dari rantau ASEAN, NGO-NGO & Civil
16 PELANCAR September 2018
» YBhg. Dato’ Abdul Fattah Abdullah, Presiden ACO merangkap Presiden ANGKASA menerima cenderahati daripada wakil penganjur Prof. Ruli Indrawan, Naib Presiden DEKOPIN.
» Para tetamu kehormat bergambar bersama cenderahati masing-masing. Dari kanan, YBhg Dato’ Abdul Fattah Abdullah, ASEAN Co-operative Organization (ACO), Mr. Balu Iyer, Regional Director of the International Co- operative Alliance Asia and Pacific (ICA-AP), Ibu Eva Kusama Sundari, Ahli Parlimen Jawa Timur, Bapak Meliadi Sembiring, Secretary, Ministry of Co-operatives and SMEs, Indonesia, Bapak Shukri dan Prof. Ruli Indrawan, Vice President of DEKOPIN.
Pelbagai perkongsian ilmu dan pengalaman telah dibentangkan. Pada hari kedua dan ketiga, latihan kerja dalam kumpulan telah membuatkan seminar ini menjadi lebih interaktif dan melibatkan semua peserta. Latihan kerja dalam kumpulan ini telah mengajak semua peserta untuk menjalankan sesi sumbang saran bagi membincangkan persamaan, perbezaan, keutamaan, kekuatan, kelemahan, cabaran serta ruang kolaborasi yang boleh dijalankan pada masa hadapan terutama dalam pembangunan koperasi di negara ASEAN. Peranan hubungan ICA-AP, ACO, EU dan Sekretariat ASEAN dalam mempengaruhi pembangunan koperasi Asia Tenggara juga turut dibincangkan secara mendalam dan menyeluruh. Laporan penuh berhubung
hasil seminar tersebut akan disiapkan oleh ICA-AP dan akan dikongsikan bersama semua peserta. Menerusinya, proses menjalankan advokasi untuk memastikan pembangunan sektor koperasi di rantau ASEAN merupakan suatu kerja jangka masa panjang dan memerlukan sokongan padu daripada kesemua 10 negara ASEAN. Pelbagai kajian dan analisis perlu dijalankan bagi memastikan ketepatan data dan input berhubung koperasi di rantau ASEAN. Selain itu, penglibatan pihak berkepentingan (stakeholder) serta penerokaan lebih peluang kerjasama dan jalinan perniagaan perlu diperkasakan. Jaringan ICA-AP dan ACO boleh digunakan secara optimum bagi tujuan ini.
September 2018 PELANCAR
17
Pada hari Khamis, 26 Julai 2018, Delegasi ICA-AP bersama ACO telah melakukan kunjungan hormat kepada Dr. Aladdin D. Rillo, Timbalan Setiausaha Agung, ASEAN Sekretariat di pejabat beliau untuk membentangkan hasil seminar tiga hari yang berlangsung dan juga berkongsi idea berhubung pembangunan koperasi di rantau ASEAN. Delegasi ICA-AP dan ACO juga membangkitkan kebimbangan tentang kedudukan sektor koperasi di dalam ASEAN Economic Community (AEC). Hal ini kerana sektor koperasi hanya dibincangkan dan diselitkan bersama sektor pertanian dan tidak memadai untuk meliputi keseluruhan sektor koperasi. Delegasi ICA-AP dan ACO juga berharap supaya ASEAN dapat menubuhkan jawatankuasa kerja ekslusif yang membincangkan hal-hal berkaitan koperasi. Setiausaha Agung ACO mengambil peluang dengan bertanyakan tentang status permohonan ACO bagi mendapatkan akreditasi daripada ASEAN dan pihak Sekretariat ASEAN bagi memaklumkan bahawa permohonan tersebut masih di dalam proses dan berjanji akan melihat semula permohonan supaya dapat disegerakan kelulusannya. Pihak Sekretariat ASEAN juga sangat berbesar hati dengan kunjungan tersebut dan akan membincangkan
isu-isu yang dibangkitkan oleh delegasi ICA-AP dan ACO secara dalaman terutama dengan jawatankuasa pembangunan AEC. Setiap gerakan koperasi Apeks di rantau ASEAN juga haruslah melobi dan mendapatkan sokongan penuh daripada kementerian yang bertanggungjawab menjaga pembangunan koperasi untuk membawa isu ini ke peringkat seterusnya. Hal ini kerana penubuhan jawatankuasa ini dan isu-isu ASEAN yang lain adalah di peringkat hubungan kerajaan dengan kerajaan (G2G). Para peserta bersetuju bahawa transformasi koperasi di ASEAN sebagai enjin pertumbuhan ke-4 perlu dilakukan melalui transformasi dari pertanian / ekonomi luar bandar kepada ekonomi digital / agenda bandar global. Melalui seminar ini juga, ICA-AP dan koperasi negara ASEAN seharusnya meletakkan kecemerlangan Kesatuan Eropah (EU) sebagai penanda aras yang boleh dijadikan contoh ke arah memajukan gerakan koperasi yang kompetan, progresif dan profesional. Melihat kepada kejayaan seminar ini dan keperluan untuk meneruskan usaha jangka panjang, ICA-AP telah menyatakan bahawa program advokasi seperti ini dianjurkan lagi pada masa hadapan.
» Para peserta dan ahli panel bergambar secara berkumpulan sebelum berlangsungnya seminar.
18 PELANCAR September 2018
Matlamat Pembangunan Lestari: Meletakkan Koperasi Dalam Pelan Tindakan Komuniti Ekonomi ASEAN
Oleh : ABDUL AZIZ MOHAMAD YUNUS Pengurus, Tadbir Urus & Integriti
Pada bulan Januari 2007 semasa Sidang Kemuncak ASEAN Ke-12, pemimpin- pemimpin negara ASEAN telah bersetuju untuk menubuhkan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) bagi mengubah ASEAN sebagai sebuah pergerakan rantau bebas bagi barangan, perkhidmatan, pelaburan, tenaga kerja mahir dan modal.
AEC 2015 merupakan matlamat terakhir integrasi ekonomi di rantau Asia Tenggara seperti yang digambarkan dalam visi AEC tahun 2020 (ASEAN, 2009) iaitu berlandaskan kepada satu pemusatan kepentingan negara- negara ahli ASEAN bagi mendalami dan meluaskan integrasi ekonomi mereka. Ia penting bagi negara-negara ASEAN menyiapkan diri menandingi perubahan ekonomi dunia (ASEAN, 2009) dan wilayah ekonomi lain yang berkuasa. Maka AEC akan mewujudkan ASEAN sebagai sebuah pasaran tunggal dan menjadi peneraju kepada sebuah rantau pangkalan pengeluaran yang dinamik dan kompetitif. Ini termasuklah perlaksanaan mekanisme baharu dan langkah pengukuhan perlaksanaan inisiatif ekonomi yang sedia ada. Tujuannya juga adalah bagi mempercepatkan lagi integrasi serantau di sektor utama, memudahkan pergerakan perniagaan, tenaga kerja mahir dan berbakat serta mengukuhkan mekanisme institusi ASEAN (ASEAN, 2008). Wawasan 2020 ASEAN diterima oleh pemimpin negara- negara ASEAN semasa berlangsungnya ulang tahun ASEAN yang ke-30. Mereka bersetuju berkongsi satu visi yang digambarkan iaitu ‘keluar pergi melihat, hidup dengan aman, mengekalkan kemakmuran dan kestabilan serta terikat bersama dalam perkongsian pembangunan yang dinamik melalui sebuah persatuan masyarakat yang penyayang’. Pada Sidang Kemuncak ASEAN yang ke-9 tahun 2003, pemimpin negara-negara ASEAN membuat keputusan menubuhkan Komuniti ASEAN. Di Sidang Kemuncak ASEAN yang ke-12 pada bulan Januari 2007 pula, pemimpin-pemimpin negara ASEAN mengesahkan akan memberi komitmen yang kukuh bagi mempercepatkan penubuhan Komuniti ASEAN dan pada tahun 2015, mereka
menandatangani Deklarasi Cebu 2015 bagi mempercepatkan penubuhan tersebut. Komuniti ASEAN terdiri daripada tiga tunggak utama iaitu Komuniti Keselamatan Politik ASEAN, penyatuan Komuniti Ekonomi dan Komuniti Sosial- Kebudayaan ASEAN. Setiap tonggak memiliki pelan tindakannya sendiri melalui fasa “Initiative for ASEAN Integration Strategic Framework” and “IAI Work Plan II (2009-2015)” iaitu membentuk peta jalan bagi Komuniti ASEAN 2009-2015. Pengiktirafan telah diberikan kepada koperasi sebagai sebuah pertubuhan yang bergerak sendiri tanpa bantuan, mampu meningkatkan pendapatan dan kesejahteraan hidup manusia sejagat secara meluas terutamanya di institusi-institusi. Koperasi juga dapat membina kekayaan untuk anggotanya dengan melibatkan diri dalam perniagaan seperti pemberi perkhidmatan, pengeluar, pemilik perniagaan bebas, pengguna, pekerja dan pelabur dalam syarikat pelaburan. Dengan adanya lebih daripada 2.5 juta perusahaan dan 1.5 bilion anggota, koperasi diiktiraf sebagai pertubuhan yang mewakili lebih daripada 250 juta pekerjaan dan memainkan peranan utama sebagai pencipta buruh yang berkualiti. Jangkaan pada tahun 2020, koperasi akan memastikan anggotanya mematuhi 100 peratus undang-undang dan peraturan koperasi. Pelbagai usaha telah dijalankan bagi mengekalkan peraturan yang sedia ada agar kepentingan, keistimewaan dan insentif anggota dapat dilindungi di bawah undang- undang koperasi dan dapat mengelakkan koperasi daripada ditindas.
September 2018 PELANCAR
19
Komitmen yang tinggi dalam kalangan negara- negara ASEAN merupakan satu cabaran ASEAN di masa hadapan. Ini adalah kerana semasa berlakunya perdagangan barangan, enam anggota ASEAN telah menghapuskan cukai dagangan mereka terutamanya cukai dagangan antara daerah-daerah dengan 99.2 peratus tarif adalah pada kadar 0 peratus. Mengurangkan kos dagangan iaitu negara-negara ASEAN telah meringkaskan Undang-Undang Asal dengan menggubal Skim Perakuan Sendiri, menubuhkan “ASEAN Single Window” peringkat Kebangsaan dan Gudang Perdagangan Peringkat Kebangsaan (NTR) sebagai kaedah pertukaran. Satu perjanjian telah ditandatangani bagi merangka kerja menurut undang-undang bagi melaksanakan “ASEAN Single Window”. Bagaimanapun, Sekatan Bukan Tarif (NTBs) akan diteruskan sebagai amalan di rantau ASEAN ini. Standard Peringkat Kebangsaan boleh diwujudkan apabila ASEAN mengenakan peraturan dan syarat tempatan di peringkat kebangsaan, eksport atau cukai import, lesen tidak automatik dan lain-lain lagi. Oleh itu, kesan positif telah dicapai dengan penghapusan tarif atau langkah seperti Skim Perakuan Sendiri menafikan akan kelaziman NTBs. Banyak NTBs diwujudkan untuk menguruskan persiapan politik tempatan dan menangguhkan liberalisasi perdagangan. Oleh itu integrasi ekonomi di kalangan negara-negara ASEAN akan menjadi proses yang berterusan. Infrastruktur penting bagi pembangunan ekonomi. Ia perlu dilaksanakan serentak dengan integrasi ekonomi. Negara-negara ASEAN perlu mengusahakan sebuah program perkongsian sektor awam dan swasta yang sesuai untuk membina infrastruktur tempatan. Pembangunan koridor ekonomi boleh menjadi satu prasarana yang berguna untuk dipertimbangkan. ASEAN menyedari bahawa ketersediaan infrastruktur lembut dan keras di peringkat kebangsaan adalah satu pra-syarat jika mereka ingin mendapat faedah dari penyepaduan ekonomi serantau. Hubungan ASEAN memberi fokus kepada tiga dimensi utama iaitu: i. Hubungan secara fizikal iaitu penambahbaikan infrastruktur bagi pengangkutan, komunikasi dan tenaga. ii. Hubungan institusi iaitu meningkatkan dagangan, pelaburan, sempadan pengurusan dan rangka kerja peraturan bagi kemajuan dan kemakmuran ekonomi. iii. Hubungan antara manusia dengan manusia iaitu mempromosikan pendidikan, pengurusan sumber manusia, kebudayaan dan pelancongan, perpindahan dan kebajikan masyarakat ASEAN. Koperasi ASEAN perlu diakui melalui Pelan Tindakan Komuniti Ekonomi Koperasi ASEAN kerana ia merupakan
satu proses penting dalam membuat perubahan sosioekonomi masyarakat terutamanya komuniti koperasi di bandar dan di luar bandar. Kerajaan negara-negara ASEAN perlu mengambil kira kebaikan dan tanggungjawab dengan melaksanakan perundingan bersama sektor koperasi apabila ingin membangunkan dasar ekonomi koperasi ASEAN. Melalui peraturan yang ada, kerajaan negara-negara ASEAN perlu merangka undang-undang dan mengambil kira amalan pentadbiran dalam isu ekonomi dan sosial masyarakat. Menuju ke hadapan, sektor koperasi negara- negara ASEAN perlu mengukuhkan ekonomi anggota- anggotanya, mendidik anggota-anggota birokrat mereka secara menyeluruh melalui langkah-langkah AEC. Kepentingan pembangunan infrastruktur negara dan kerjasama ekonomi juga perlu dijaga dengan memberi tumpuan kepada faktor kewangan dan sumber manusia. Ini bagi membolehkan integrasi serantau negara-negara ASEAN berlaku dengan jayanya. Menjelang tahun 2025, kita mahu melihat ASEAN yang sebenarnya iaitu saling berkaitan antara satu sama lain terutamanya dalam soal jaringan prasarana bagi meningkatkan hubungan sesama sendiri. Prihatin terhadap pelbagai sektor yang telibat juga perlu diambil kira bagi meningkatkan perpaduan ekonomi koperasi serantau. AEC 2025 juga perlu memberi fokus kepada pembangunan teknologi digital masa kini agar pengiktirafan digital melalui koperasi dapat diperkenalkan. Program kerjasama antara sektor awam dan swasta juga perlu diperhebatkan dengan memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur, pendidikan anggota pemimpin birokrat serta memperuntukkan lebih banyak sumber kepada integrasi serantau. Keadaan ini akan dapat mengukuhkan lagi kerjasama serantau koperasi ASEAN di masa hadapan. Rujukan l Dr. Mohd Azlan Yahya (2018), Sustainable Goals: Positioning Co-operative in The ASEAN Economic Community Blueprint. l IMF, World Economic Outlook, April 2016. l Economic corridors are a combination of infrastructure networks and economic activities in a geographical space. Corridors can be built both within and between countries. l A Blueprint for Growth, ASEAN Economic Community 2015: Progress and Key Achievements. l ASEAN Economic Community Blueprint 2025. l ADB (Asian Development Bank). 2005.
20 PELANCAR September 2018
Timbalan & Naib Presiden Baru ANGKASA
Oleh : NOR AZAH ABD. AZIZ
Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Kebangsaan (JTK) ANGKASA telah memilih Dato’ Haji Kamarudin Ismail yang sebelum ini memegang jawatan sebagai Naib Presiden ANGKASA. Pada mesyuarat itu juga, Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Kelantan, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa dilantik sebagai Naib Presiden ANGKASA. Kedua-dua tokoh tersebut dipilih atas pengalaman dan pengetahuan mereka yang luas, dalam bidang koperasi dan perjalanan pentadbiran ANGKASA. Dato’ Haji Kamarudin mempunyai Ijazah Pendidikan (TESL ), dari Universiti Edinburgh, Scotland. Kini beliau memegang jawatan Anggota Lembaga Pengarah Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA Global) untuk sesi 2017 hingga Dato’ Haji Kamarudin Ismail dilantik sebagai Timbalan Presiden ANGKASA yang baru pada Ogos lalu, menggantikan mantan Timbalan Presiden ANGKASA, Haji Mutadho Bahri yang meletak jawatan secara sukarela pada Julai lalu.
DATO’ HAJI KAMARUDIN ISMAIL Timbalan Presiden ANGKASA
2021, selepas perlantikan dibuat pada Persidangan Global dan Mesyuarat Agung ICA pada November lalu di Kuala Lumpur. Beliau yang menyertai ANGKASA sejak tahun 2012, turut memegang jawatan sebagai Pengerusi Koperasi Yayasan Guru Malaysia Berhad, Anggota Lembaga Pengarah MyANGKASA Holdings Sdn Bhd, Anggota Lembaga Pengarah MyANGKASA Services Sdn Bhd dan MyANGKASA Bina Sdn Bhd serta beberapa jawatan di peringkat pengurusan tertinggi ANGKASA. Sementara itu, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer dari Universiti Teknologi MARA (UiTM), selain mempunyai Sijil Pengurusan Pentadbiran dari Universiti Harvard.
Beliau juga merupakan Anggota Lembaga Koperasi Wawasan Malaysia Berhad (KOWAMAS) dan Anggota Lembaga Pengarah MyANGKASA Bina
Sdn Bhd. Menyertai ANGKASA pada tahun 2011 sebagai Ahli Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Kelantan yang kemudian dilantik sebagai Pengerusi.
DATO’ HAJI CHE MOHD SHUKREE CHE ISA Naib Presiden ANGKASA
September 2018 PELANCAR
21
Oleh : RAHMAT MOHD DID Memartabatkan Jenama ISTAC Pelancongan Koperasi Sekolah
» Aktiviti-aktiviti yang disertai oleh Tamu sepanjang Program Perhimpunan Hos Terbaik Pelancongan Koperasi Sekolah Peringkat Kebangsaan 2018.
» Bergambar bersama hasil tangkapan.
22 PELANCAR September 2018
Usaha Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan (SPPDK) untuk mendidik koperator muda sebagai usahawan pelancongan melalui program Pelancongan Koperasi Sekolah (PKS) kini mula memperlihatkan hasil yang memberangsangkan. ANGKASA melalui Prestasi dan kejayaan yang telah diraih sejak mula diperkenalkan pada tahun 2004 itu semakin meningkat apabila ANGKASA mengangkat program tersebut ke persada global dengan jenama baharu iaitu Inter School Co-operative Tourisme of ANGKASA (COOP ISTAC) sehingga berjaya diterima di peringkat antarabangsa sebagai antara pendekatan pengurusan koperasi terbaik dunia.
» Aktiviti-aktiviti yang disertai oleh Tamu sepanjang Program Perhimpunan Hos Terbaik Pelancongan Koperasi Sekolah Peringkat Kebangsaan 2018.
September 2018 PELANCAR
23
gerakan koperasi sekolah di negara ini,” katanya lagi. Beliau berkata demikian sewaktu berucap mewakili Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah dalam Majlis Penutup Perhimpunan Hos Terbaik Pelancongan Koperasi Sekolah Peringkat Kebangsaan 2018 di SMK Long Gafar, Kota Bharu, Kelantan. Turut hadir ialah Pengarah Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia, Puan Rozainum Ahmad; Penolong Kanan Pentadbiran SMK Long Gafar Mewakili Pengetua SMK Long Gafar, Haji Ahmad Zaki Awang; Pengarah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Kelantan, Encik Aidil Afizie Daud dan Pengerusi Jawatankuasa
» Datuk Haji Mohamad Ali Hasan (dua dari kanan) menyiram anak pokok sebagai gimik perasmian penutup Program Perhimpunan Hos Terbaik Pelancongan Koperasi Sekolah Peringkat Kebangsaan 2018 sambil disaksikan oleh Pengarah Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia, Puan Rozainum Ahmad (tiga dari kiri), Penolong Kanan Pentadbiran SMK Long Gafar mewakili Pengetua SMK Long Gafar, Haji Ahmad Zaki Awang (dua dari kiri) dan Pengerusi JPAN Kelantan, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa (paling kanan).
Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Kelantan, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa. Sementara itu, Puan Rozainum dalam ucapannya turut memuji usaha ANGKASA yang telah melatih hampir 700 buah koperasi sekolah Hos dan Tamu yang melibatkan lebih 1,200 projek lawatan PKS di seluruh tanah air sejak diperkenalkan 14 tahun yang lalu. “Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengucapkan jutaan terima kasih kepada koperasi sekolah yang melibatkan diri dalam program sebegini. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada ANGKASA kerana telah banyak membantu KPM khususnya Bahagian Kokurikulum dan Kesenian dalam membangunkan modal insan melalui aktiviti yang bermanfaat untuk pembangunan sahsiah diri dan kemenjadian pelajar,” katanya. Program Perhimpunan Hos Terbaik Pelancongan Koperasi Sekolah Peringkat Kebangsaan 2018 berlangsung selama tiga hari melibatkan 28 orang pelajar dan 28 orang guru koperasi dari 14 buah sekolah seluruh negara. Pelajar-pelajar ditempatkan dengan keluarga angkat masing-masing dengan kerjasama Homestay Kampung Seterpa. Para pelajar juga turut dibawa mengikuti pelbagai aktiviti sepanjang program berlangsung seperti mengadakan lawatan sambil belajar ke Wakaf Che Yeh, Kompleks Bebas Cukai Rantau Panjang, aktiviti menganyam ketupat, membuat wau, memancing ikan, menyaksikan demonstrasi monyet memanjat pokok kelapa selain terlibat secara langsung dalam aktiviti malam kebudayaan.
Naib Presiden ANGKASA, Datuk Mohamad Ali Hasan berkata, SPPDK berjaya menaikkan imej gerakan koperasi negara selain meningkatkan imej ANGKASA sebagai badan puncak gerakan koperasi apabila mendapat pengiktirafan kerajaan menerusi anugerah ‘Inisiatif Pembangunan Pelancongan Koperasi’ daripada Malaysia Tourism Council (MTC) pada November 2017. “Pada tahun 2014, 110 lawatan melibatkan 35 buah koperasi sekolah telah mencatatkan perolehan sebanyak RM127,000. Angka ini semakin meningkat saban tahun dan sejak diletakkan di bawah SPPDK, lebih 200 koperasi sekolah terlibat secara langsung dalam aktiviti PKS sama ada sebagai Hos ataupun Tamu. Ini turut melibatkan sejumlah lebih 30 projek lawatan melibatkan Tamu dari negara luar terutamanya dari negara Jepun dan Korea Selatan,” katanya. Beliau percaya, angka ini akan terus meningkat dan gerakan PKS akan berkembang pesat sebagai salah satu penjana ekonomi koperasi sekolah dan pemangkin kepada kejayaan melatih pelajar-pelajar sekolah menjadi modal insan berkebolehan dari segi aspek jasmani, rohani, emosi dan intelek. “ANGKASA sentiasa berusaha untuk membangunkan potensi koperasi sekolah sesuai dengan peranan yang telah dipersetujui antara ANGKASA, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Maktab Koperasi Malaysia (MKM) menerusi Deklarasi Putrajaya 2012. ANGKASA juga berbangga apabila dijadikan sebagai penanda aras bagi kebanyakan koperasi dan badan apeks koperasi luar negara khususnya mengenai kejayaan membangunkan
24 PELANCAR September 2018
Page 1 Page 2 Page 3 Page 4 Page 5 Page 6 Page 7 Page 8 Page 9 Page 10 Page 11 Page 12 Page 13 Page 14 Page 15 Page 16 Page 17 Page 18 Page 19 Page 20 Page 21 Page 22 Page 23 Page 24 Page 25 Page 26 Page 27 Page 28 Page 29 Page 30 Page 31 Page 32 Page 33 Page 34 Page 35 Page 36 Page 37 Page 38 Page 39 Page 40 Page 41 Page 42 Page 43 Page 44 Page 45 Page 46 Page 47 Page 48 Page 49 Page 50 Page 51 Page 52 Page 53 Page 54 Page 55 Page 56 Page 57 Page 58 Page 59 Page 60 Page 61 Page 62 Page 63 Page 64 Page 65 Page 66 Page 67 Page 68Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease