Sementara itu, Pengerusi CLT, Mr. Mongkalat Pukanat dalam ucapannya berkata, CLT juga memiliki persamaan dengan ANGKASA dari sudut peranannya iaitu menggembleng usaha ke arah meningkatkan sumbangan sektor koperasi kepada KDNK di Thailand. Tambah beliau lagi, walaupun koperasi pertanian, dengan keanggotaan hampir 6.3 juta, sudah sekian lama mendominasi kedudukan teratas dalam kalangan enam lagi sektor koperasi lain yang ditubuhkan di Thailand, CLT amat menggalakkan koperasi ahlinya agar turut juga melilbatkan diri dalam aktiviti perniagaan berimpak tinggi yang lain. “Hal ini adalah kerana blueprint Komuniti Ekonomi ASEAN yang diperkenalkan pada tahun 2015 memberi gambaran penglibatan koperasi negara ASEAN hanya tertumpu dalam sektor pertanian sahaja. Gambaran ini adalah tidak benar sama sekali memandangkan koperasi turut bergerak aktif dalam Sektor Pengguna, Sektor Kewangan, Sektor Pendidikan dan lain-lain. Koperasi di Thailand telah diketagorikan secara rasmi kepada tujuh jenis; Koperasi Pertanian, Koperasi Penyelesaian Tanah, Koperasi Perikanan, Koperasi Pengguna, Penjimatan dan Kredit Koperasi, Koperasi Perkhidmatan dan Koperasi Kesatuan Kredit,” ujar beliau. Turut sama dalam seminar tersebut ialah Naib Presiden ANGKASA merangkap Ahli Lembaga International Co-operative Alliance
» Delegasi ANGKASA bergambar bersama Pengerusi The Agricultural Co-operative Federation of Thailand (ACFT), Mr. Sirichai Orsuwan (enam dari kiri) dan Pengurus Besar ACFT, Mr. Chokdee (tiga dari kiri) ketika delegasi ANGKASA mengadakan lawatan ke ibu pejabat ACFT.
» Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah (empat dari kiri) dan Haji Nasir Khan Yahaya (tiga dari kiri) melihat produk beras yang dihasilkan oleh ACFT.
» Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah dan Dato’ Haji Kamarudin Ismail melihat produk keluaran koperasi dari Thailand ketika melawat gerai pameran Asia-Pacific Regional Seminar di CLT Training Center di Bangkok, Thailand.
8 PELANCAR September 2018
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease