Wadah PELANCAR Edisi September 2018

Koperasi ASEAN telah mendapat pengiktirafan sebagai sektor ketiga ekonomi selain sektor awam dan sektor swasta. Sebagai contoh, Dasar Koperasi Malaysia mengiktiraf Sektor Koperasi sebagai salah satu daripada tiga penyumbang utama dalam ekonomi negara dengan sasaran perolehan sebanyak RM50 bilion menjelang tahun 2020. Walau bagaimanapun, kita masih perlu mengharungi pelbagai bentuk cabaran seperti persekitaran yang kurang mesra dan dasar pelbagai lapisan yang tidak konsisten kepada kekurangan pelaburan daripada pelabur luar. Namun begitu, kita boleh mengatasi cabaran itu dengan kelebihan yang ada pada kita. Kita mempunyai pangkalan pengguna yang semakin meningkat dan kepelbagaian sumber semula jadi yang kaya. Percayalah bahawa kita mempunyai kekuatan dan suara. Kita mempunyai komitmen yang teguh daripada ahli-ahli kita. Kita perlu menjadi agen perubahan dengan pendekatan yang lebih kukuh dan terus berusaha untuk memperkasa hubungan serta kolaborasi antara koperasi dengan koperasi. Kita juga perlu meningkatkan kerjasama antara gerakan koperasi ASEAN. Ini boleh dilakukan melalui usahasama ke arah pertumbuhan dan pembangunan koperasi di rantau ini seperti mengadakan kerjasama Keynote Speech Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah Presiden ASEAN Co-Operative Organization (ACO)

Oleh : NADIAH KAMARUDIN Atasi Cabaran Manfaatkan Kelebihan

» Presiden ACO, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah menyampaikan keynote speech di Asia Pacific Regional Seminar on “ASEAN Cooperative Commodities forward to the Globe” bersempena dengan Sambutan Jubli Emas Co-operative League of Thailand dan Hari Koperasi Antarabangsa 2018.

Justeru, kita mesti melihat bagaimana perdagangan antara koperasi dengan koperasi atau C2C akan memberi manfaat kepada tujuan ini. Berikutan nilai dan prinsip yang sama yang dimilikinya, koperasi boleh menyumbang untuk mengurangkan kos perdagangan, membolehkan akses kepada barangan dan perkhidmatan serta pada masa yang sama, mempromosikan perdagangan yang lebih adil dengan harga yang lebih kompetitif. Menyedari bahawa produk koperasi memerlukan lebih banyak pendedahan selain meningkatkan akses pasaran di peringkat nasional dan antarabangsa, ANGKASA telah mengambil inisiatif dengan menganjurkan Karnival Produk dan Perkhidmatan Koperasi Malaysia atau MACOOPS. Pada penganjuran yang lalu, MACCOPS 2017 telah diubah menjadi acara antarabangsa yang diadakan serentak dengan ICA Global Conference and General Assembly.

dengan pelbagai pemegang kepentingan (stakeholders) terutama kerajaan, berkongsi sumber dan kepakaran, mengembangkan pangkalan data dan menyesuaikan diri dengan bentuk baru dalam menjalankan perniagaan. Izinkan saya untuk mengingatkan rakan koperator semua tentang peluang yang boleh diambil daripada pelaksanaan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC). Seperti yang anda semua tahu, AEC membayangkan ASEAN sebagai pasaran tunggal dan pangkalan pengeluaran, rantau yang sangat kompetitif dengan pembangunan ekonomi yang adil dan bersepadu sepenuhnya dalam ekonomi global. Apabila AEC direalisasikan, ASEAN akan dicirikan oleh pergerakan bebas barangan, perkhidmatan dan pelaburan serta aliran modal dan kemahiran yang lebih bebas.

10 PELANCAR September 2018

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease