Wadah PELANCAR Edisi September 2018

Membina rangkaian hubungan perniagaan sentiasa menjadi sebahagian yang penting dalam menjalankan aktiviti perniagaan. Platform e-dagang dan komuniti digital adalah salah satu cara untuk memperkenalkan produk ke pasaran. Perdagangan menerusi platform digital kini menjadi pilihan untuk terus maju ke hadapan dan pertumbuhan dari tahun ke tahun juga sangat menggalakkan. ANGKASA telah membangunkan ekosistem e-komunitinya sendiri iaitu MYMAYA.asia dan portal ini berperanan membantu koperasi dalam komunikasi, interaksi, kolaborasi dan pasaran untuk C2C atau Koperasi kepada Pengguna yang menggunakan teknologi digital. Platform tersebut kini tersedia di laman web dan aplikasi mudah alihnya dijangka akan dikeluarkan tidak lama lagi. ACO juga telah menghasilkan platform komuniti digital mudah alihnya yang tersendiri. Platform berkonsepkan interaktif itu berfungsi untuk membantu individu yang merupakan ahli koperasi untuk berhubung secara sosial, mendapatkan berita koperasi dan gerbang pembayaran serantau untuk koperasi ke penempatan pengguna. Namun begitu, mempunyai platform sama ada secara konvensional atau digital, tidak menjamin produk koperasi akan diterima dengan baik oleh pengguna. Oleh kerana itu, ANGKASA mengambil inisiatif untuk membantu koperasi memasarkan produk dan perkhidmatan mereka di peringkat domestik dan antarabangsa di bawah pogram yang dipanggil “100 Product Champion”. Di bawah program ini, ANGKASA membantu meningkatkan tahap kualiti produk-produk koperasi dengan matlamat untuk meletakkan produk tersebut ke dalam segmen pasaran yang lebih tinggi.

Produk yang dipilih dan memenuhi kriteria yang ditetapkan, akan bekerjasama dengan Standards and Industrial Research Institute of Malaysia atau SIRIM melibatkan aspek pembungkusan, pelabelan dan penjenamaan semula produk selain memastikannya memenuhi piawaian antarabangsa. Ia tidak berhenti setakat di situ sahaja. ANGKASA terus membantu meletakkan produk koperasi ke pasaran tempatan dan antarabangsa serta mengambil bahagian dalam pelbagai pameran dan misi perdagangan di peringkat antarabangsa. ACO juga turut merancang untuk menubuhkan sebuah bank di peringkat ASEAN yang akan dinamakan sebagai “ASEAN Co-op Development Bank” or ACDB. Misi ACDB adalah untuk membawa transformasi dan mengintegrasikan koperasi-koperasi ASEAN yang pelbagai dan berkembang sebagai komponen integral agenda ekonomi ASEAN melalui kerjasama kewangan. Bidang fokus ACDB adalah pertanian, pendidikan, tenaga dan kuasa, persekitaran, jantina, pembangunan modal insan, dan akhirnya, tadbir urus ekonomi dan kewangan. Secara keseluruhannya, saya ingin menyeru kepada seluruh warga ACO, ICA dan badan puncak koperasi yang lain agar terus menjana kecemerlangan dalam tadbir urus koperasi demi kemajuan sosio ekonomi anggota dan masyarakat. Semoga gerakan koperasi terus maju dan mencapai kejayaan seperti yang dihasratkan oleh semua.

September 2018 PELANCAR

11

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease