Wadah PELANCAR Edisi September 2018

Oleh : NADIAH KAMARUDIN

ANGKASA Bantu Rancak Perdagangan Dua Hala Antara Koperasi » Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah (dua dari kiri) dan Dato’ Haji Kamarudin Ismail (paling kiri) berbincang bersama wakil dari Suprimit Ruamjai Agricultural Cooperative Ltd. ketika sesi pemadanan perniagaan antara ANGKASA dan lima koperasi Thailand. Turut bersama ialah Pengurus Besar Bahagian Kepimpinan & Modal Insan Koperasi dan Sektor Pemborongan & Peruncitan ANGKASA, Haji Anuar Bulin (tiga dari kiri) dan Pengurus Besar Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa ANGKASA, Hajah Roszurina Haji Omar (lima dari kiri).

ANGKASA sedia memberi bimbingan kepada mana-mana koperasi yang berminat menjadi ejen pemasaran bagi produk-produk koperasi keluaran negara Thailand di pasaran tempatan.

Sesi Pemadanan perniagaan yang berlangsung antara ANGKASA dan koperasi Thailand sepanjang Asia Pacific Regional Seminar itu telah membincangkan beberapa pendekatan perniagaan antara kedua pihak dan menerusinya, beberapa produk telah dikenalpasti sesuai untuk dipasarkan di Malaysia melalui saluran koperasi. Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organisation (ACO), Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah berkata, ANGKASA komited memainkan peranannya iaitu merangsang dan membangunkan perniagaan koperasi melibatkan jaringan produk koperasi antara negara-negara ASEAN.

» Produk madu keluaran Prea Provincial Beekeping Cooperative Ltd.

12 PELANCAR September 2018

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease