Wadah PELANCAR Edisi September 2018

» Q-Life Milk Tablets keluaran Wangnamyen Dairy Cooperative Ltd.

» Produk pisang keluaran Banlard Agricultural Cooperative Ltd.

» Produk kebersihan rumah, I - Rich Community Enterprise.

Tambah beliau, sesi pemadanan perniagaan itu juga merupakan antara inisiatif yang dibentuk bagi meningkatkan jumlah perdagangan dua hala antara koperasi di Malaysia dengan koperasi di luar negara sekaligus membantu merancakkan lagi aktiviti perdagangan antara Malaysia dan Thailand. Menurut laporan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, jumlah import Malaysia dari Thailand bagi tempoh Januari sehingga Mei 2018 yang mencecah RM19.4 bilion, merupakan yang kedua tertinggi selepas Singapura (RM41.1 bilion). Rekod tersebut menunjukkan terdapat permintaan yang tinggi terhadap barangan keluaran Thailand di Malaysia.

Sementara itu, Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail yang mengetuai sesi pemadanan perniagaan tersebut berkata, koperasi seharusnya melihat perkara itu sebagai peluang untuk meluaskan jaringan perniagaan. Katanya, koperasi tidak perlu risau dengan soal persaingan antara produk tempatan dan produk import kerana perkara tersebut dilihat sebagai sihat dan mampu membentuk dan merancakkan lagi aktiviti serta kerjasama ekonomi antara koperasi. Turut terlibat dalam sesi pemadanan perniagaan tersebut ialah Pengurus Besar Bahagian Pembangunan Kepimpinan & Modal Insan Koperasi dan Sektor Pemborongan & Peruncitan, Haji Anuar Bulin.

» Kameng Shampoo keluaran Suprimit Ruamjai Agricultural Cooperative Ltd.

Berikut adalah senarai koperasi dari Thailand yang telah menjalankan pemadanan perniagaan dengan ANGKASA:

1. Nama koperasi / syarikat : Suprimit Ruamjai Agricultural Cooperative Ltd. Produk : Kameng Shampoo

2. Nama koperasi / syarikat : Wangnamyen Dairy Cooperative Ltd. Produk : Q-Life Milk Tablets

3. Nama koperasi / syarikat : Banlard Agricultural Cooperative Ltd. Produk : Pisang dan gula melaka

4. Nama koperasi / syarikat : Prea Provincial Beekeping Cooperative Ltd. Produk : Madu

5. Nama koperasi / syarikat : I-Rich Community Enterprise Produk : Produk kebersihan rumah

September 2018 PELANCAR

13

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease