Wadah PELANCAR Edisi September 2018

Peluang Padanan Perniagaan Sesama Koperasi Negara-Negara ASEAN

Koperasi-koperasi di Malaysia perlu merebut peluang dengan mengambil bahagian dalam sesi padanan perniagaan (business- matching) dalam program yang dianjurkan oleh ACO dan ANGKASA di luar negara khususnya di negara-negara ASEAN melalui program jalinan kerjasama strategik antara koperasi, bagi meningkatkan lagi perolehan koperasi serta pendapatan masing-masing. Kapasiti dan peluang untuk berurusniaga dengan lebih 60 juta anggota koperasi daripada 309,361 buah koperasi di negara-negara tersebut terbuka luas. Potensi ekonomi yang wujud di negara seperti Vietnam, Filipina, Thailand, Brunei, Indonesia, Singapura, Kemboja, Myanmar dan Laos pasti dapat merancakkan lagi ekonomi sektor-sektor koperasi dan mampu meningkatkan perolehan gerakan koperasi secara keseluruhannya. Koperasi juga perlu sentiasa bersedia dari segi kewangan dan kelengkapan promosi produk atau perkhidmatan koperasi masing-masing untuk bersama-sama dengan ACO atau mengikuti mana-mana program koperasi di luar negara bagi meningkatkan rangkaian perhubungan selain dapat berhubung secara terus dengan wakil koperasi luar menerusi program pemadanan perniagaan yang dianjurkan. Hubungan yang sangat erat sesama anggota ACO di bawah kepimpinan Presidennya, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah dilihat sebagai peluang terbaik kepada koperasi khususnya koperasi di Malaysia untuk bersama-sama menyertai program yang dianjurkan sekaligus memperkenal dan menggalakkan urusan jual beli produk-produk koperasi sesama koperasi dalam kalangan negara-negara ASEAN. Selain dapat membantu koperasi mengenalpasti rakan niaga yang sesuai, program padanan perniagaan juga dapat memberi peluang kepada koperasi untuk meluaskan

Dato’ Haji Kamaruddin Ismail Timbalan Presiden ANGKASA merangkap Anggota Lembaga ICA

promosi dan pasaran secara lebih pantas dan berkesan. Apa yang penting, koperasi dapat bertemu dengan rakan niaga yang memang memerlukan produk mereka. Banyak faktor yang mampu mempengaruhi potensi jualan kerana masyarakat di negara-negara ASEAN mempunyai persekitaran budaya, makanan dan juga cara hidup yang hampir sama. Untuk menempa kejayaan dalam padanan perniagaan, dua perkara perlu dilaksanakan. Pertama, komitmen anggota Lembaga dan kakitangan, selain perkhidmatan yang lebih berkesan dalam menarik hati pelanggan. Pemadanan perniagaan memerlukan rakan strategik bagi mengembangkan perniagaan dalam pasaran baharu selain pelabur yang memainkan peranan sebagai penyumbang dana. Hasil daripada padanan perniagaan juga mampu memberi impak kepada peningkatan kecekapan, pengalaman dan personaliti yang akan membawa ke arah pencapaian organisasi yang lebih baik.

14 PELANCAR September 2018

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease